Cara Semak Baki Pinjaman Kereta Affin Bank Online

Affin Bank menawarkan kemudahan memiliki kereta secara ansuran untuk pelbagai pilihan kenderaan dengan keperluan dokumen yang mudah serta proses yang pantas.

Affin Bank menyediakan banyak pilihan dan terma pembiayaan mengikut keinginan pelanggan, rangkaian bayaran ansuran yang luas dan pilihan perlindungan insurans yang lengkap.

Sekiranya Anda telah mempunyai pinjaman Affin Bank dan ingin mengetahui berapa jumlah dan baki akhir pinjaman, izinkan kami kongsikan cara semak baki pinjaman kereta Affin Bank online.

Semak Baki Pinjaman Kereta Affin Bank
Semak Baki Pinjaman Kereta Affin Bank

Syarat dan Kelayakan

Berikut merupakan syarat dan kelayakan membuat permohonan pinjaman kenderaan Affin Bank.

  • Had umur, Individu yang berumur 18 tahun dan ke atas
  • Kewarganegaraan, Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap
  • Pemilikan, ​​​​​​​Individu, pemilikan tunggal/perkongsian, syarikat sendirian berhad/syarikat berhad

Terma Pembiayaan

Tertakluk pada Terma dan Syarat-Syarat. Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengubah mana-mana bahagian yang ditetapkan di atas dari semasa ke semasa.

Usia Kenderaan Kadar Pinjaman Tempoh Pinjaman
                                       Kenderaan Persendirian
Baharu Sehingga 90% Sehingga 9 tahun
1-5 tahun Sehingga 85% Sehingga 9 tahun
6-8 tahun Sehingga 75% Sehingga 7 tahun
Kenderaan Komersial (berat tanpa muatan tidak melebihi 2540kg)
Baharu Sehingga 85% Sehingga 6 tahun
1-5 tahun Sehingga 80% Sehingga 5 tahun

Semak Baki Pinjaman Kereta Affin Bank

Di bawah ini merupakan cara semak baki loan kereta Affin Bank secara online.

  1. Lawati pautan rasmi Affin Bank berikut ini https://www.affinalways.com/
  2. Klik Login.
  3. Klik AffinAlways (personal)
  4. Masukkan Username akaun Anda.
  5. Klik Login.
  6. Sahkan SecureWord and Image.
  7. Masukkan Password akaun Anda.
  8. Klik Login.
  9. Selepas Anda login, klik My Accounts.
  10. Seterusnya, klik Loan/Financing.
  11. Laman web akan paparkan maklumat baki Anda.

Soalan Lazim Affin Bank

Di bawah ini merupakan soalan lazim yang berkaitan dengan Affin Bank:

1. Adakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan pada butiran hubungan saya?

Penting bagi Anda untuk memaklumkan Affin Bank tentang sebarang perubahan dalam butiran hubungan Anda untuk memastikan semua surat menyurat sampai kepada Anda tepat pada masanya.

2. Adakah saya memerlukan sebarang perlindungan Insurans?

Untuk mempunyai perlindungan insurans yang komprehensif untuk tempoh pinjaman Anda. Anda mesti memaklumkan kepada Affin Bank tentang pembaharuan polisi insurans dalam tempoh 14 hari sebelum tamat tempohnya.

3. Di manakah saya boleh dapatkan bantuan dan pembetulan?

Jika Anda menghadapi masalah dalam membuat pembayaran, Anda harus menghubungi Affin bank seawal mungkin untuk membincangkan pembayaran alternatif.

Itu sahaja perkongsian mengenai cara semak loan kereta Affin Bank, semoga maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda. Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan, Anda boleh hubungi Customer Service Affin Bank di +603-8230-2222