Borang Buka Akaun BSN Cara Isi Permohonan Online

Pembukaan akaun BSN pada masa ini lebih mudah sebab di setiap bandar telah tersedia cawangan BSN. Selain itu BSN membolehkan Anda untuk membuka akaun BSN secara online, namun Anda juga mesti mengunjungi cawangan BSN yang berhampiran untuk mengisi borang permohonan akaun Anda.

Bagi Anda yang ingin membuat akaun simpanan BSN, sila rujuk langkah cara buka akaun BSN yang kami kongsikan berikut ini.

Tentu sahaja sebelum membuka akaun BSN Anda, mesti mengetahui syarat buka akaun BSN terlebih dahulu dan mengetahui manfaat serta kelebihan dari setiap produk yang ditawarkan.

Borang Buka Akaun BSN
Borang Buka Akaun BSN

Manfaat Produk Akaun BSN

Di bawah ini merupakan manfaat buka akaun BSN.

BSN Basic Savings

  • Amaun simpanan permulaan serendah RM20
  • Pengecualian fi tahunan ke atas Kad Debit
  • Percuma enam (6) kali urusan kaunter dalam sebulan
  • Percuma lapan (8) kali pengeluaran tunai daripada ATM dalam sebulan
  • Percuma Penyata Mini ATM

BSN Giro

  • Kemudahan perkhidmatan ATM dan CDM di seluruh Malaysia
  • Transaksi BSN Giro boleh dilakukan di mana-mana Cawangan dan ATM BSN
  • Perkhidmatan Pemindahan Dana Antara Bank (IBFT) melalui ATM BSN
  • Perkhidmatan Pembayaran Bil melalui ATM BSN dan Arahan Tetap
  • Kendalikan simpanan, pengeluaran dan pemindahan dana anda di mana-mana Kaunter dan/atau ATM BSN serta ATM Bank lain dengan MEPS
  • Perkhidmatan Giro Antara Bank (IBG)
  • Kemudahan Perbankan SMS
  • Kemudahan beli-belah di lebih 29 juta rakan niaga di seluruh niaga

BSN Giro eSAVER

  • Akaun Simpanan berasaskan Internet dengan kemudahan dalam talian
  • Kadar faedah tinggi berbilang peringkat
  • Nikmati faedah bagi baki harian RM5,000 ke atas
  • Pengecualian fi kad tahunan
  • Transaksi yang dibuat boleh disemak secara dalam talian.

Borang Buka Akaun BSN

Selepas Anda memilih produk yang Anda inginkan, Anda dapat mengunjungi cawangan rasmi BSN untuk dapatkan borang permohonan buka akaun BSN. Ikuti panduan di bawah ini:

  1. Kunjungi cawangan Bank BSN yang berhampiran dengan membawa Kad Pengenalan dan deposit RM50.
  2. Bincangkan kepada pegawai BSN bahawa Anda ingin membuka akaun BSN.
  3. Kemudian, pegawai BSN akan memberikan Anda borang permohonan.
  4. Isikan borang permohonan secara detail seperti maklumat peribadi, maklumat pekerjaan, dan lainnya.
  5. Selepas selesai, berikan borang permohonan kepada pegawai BSN.
  6. Pegawai BSN akan segera memproses akaun Anda.
  7. Tunggu beberapa minit, pembukaan akaun BSN Anda berjaya.
  8. Seterusnya, mulakan simpan wang melalui ATM, CDM secara online atau di Ejen Bank BSN.
  9. Selesai.

Cara Membuka Akaun BSN Online

Bagi Anda yang ingin membuka akaun BSN melalui online, boleh isi borang buka akaun BSN yang dipaparkan. Ikuti langkah-langkah dibawah ini.

  1. Buka link rasmi website BSN https://www.bsn.com.my
  2. Kemudian, klik pada bahagian Deposit.
  3. Pilih akaun Simpanan/Semasa yang Anda inginkan.
  4. Klik Mohon Sekarang.
  5. Klik Hantar Butiran. Contoh Borang Buka Akaun BSN
  6. Isikan Maklumat Peribadi Anda secara lengkap.
  7. Sahkan Dasar Privasi.
  8. Klik Hantar.
  9. Kemudian, Anda akan dihubungi oleh pihak BSN.
  10. Ikuti arahan seterusnya.

Kelayakan Buka Akaun Simpanan BSN

KategoriUmurAmaun Simpanan Min.Baki Min. di dalam Akaun
Akaun IndividuDewasa

16 tahun ke atas
RM50RM10
Akaun IndividuRemaja

13 - 15 tahun
RM50RM10
Akaun IndividuKanak-kanak

7 - 12 tahun
RM10RM10
Akaun Bersama7 tahun ke atasRM50RM10
Akaun AmanahIbubapa/Penjaga Sah
18 tahun ke atas
RM50RM10
Akaun AmanahKanak
7 tahun ke bawah
RM50RM10

Borang Permohonan BSN

Berikut adalah senarai borang yang disediakan oleh BSN

Soalan Lazim BSN

Di bawah ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan BSN:

1. Bolehkah saya membuka akaun BSN tetapi tidak bekerja?

Anda boleh memohon membuka akaun simpanan di BSN. Namun, kelulusan adalah bergantung kepada semakan kelayakan Anda di cawangan.

Bagi pembukaan akaun simpanan individu Anda perlu hadir ke cawangan BSN dengan membawa bersama kad pengenalan berserta minimum deposit RM50.00. Dokumen tambahan digalakkan untuk sokongan pembukaan akaun Anda.

2. Untuk membuka akaun BSN bagi anak berumur 17 tahun, perlukan penjaga pergi bersama? Apa sahaja dokumen yang diperlukan?

Penjaga tidak diperlukan. Pemohon perlu ke cawangan BSN bagi memohon membuka akaun simpanan individu tersebut.

3. Berapa lamakah duit yang disimpan semasa buka akaun boleh di  keluar kan balik?

Anda boleh mengeluarkan baki simpanan tersebut pada bila-bila masa sahaja.

4. Adakah buka akaun BSN memerlukan slip gaji?

Dokumen tambahan adalah digalakkan sebagai sokongan pembukaan akaun Anda.

5. Adakah perlu buat temu janji untuk membuat akaun baru BSN?

Tidak perlu. Anda boleh hadir terus ke cawangan BSN bagi melakukan urusan permohonan pembukaan akaun tersebut.

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.