Cara Beli Astro First dan Best Langgan Movie Online

Astro First dan Best adalah platform untuk menonton filem atau siri tv yang boleh diakses secara langganan.

Pelbagai kandungan yang terdapat di Astro First dan Best juga boleh dinikmati dengan mudah melalui pelbagai jenis peranti, bermula daripada telefon bimbit atau gajet, telefon pintar, TV, sehinggalah ke PC/Komputer riba.

Namun, untuk dapat melakukan strim filem, pengguna mesti terlebih dahulu mendaftar atau membeli akaun Astro First dan Best.

Sekiranya Anda dah mempunyai akaun Astro ID, berikut kami kongsikan cara beli Astro First dan Best untuk menonton filem online.

Cara Beli Astro First
Cara Beli Astro First

Apa Beza Astro First dan Astro Best

Berikut adalah perbezaan Astro First dan Astro Best.

Astro First

Astro First adalah perkhidmatan yang menawarkan hiburan pawagam tempatan dan Asia terkini selepas dilancarkan di pawagam Malaysia.

Kelebihan Astro First

  • Tonton filem seawal 2 minggu dari tayangan sinematik Malaysia atau tajuk eksklusif yang hanya tersedia di Astro First
  • Nikmati nilai untuk wang Anda daripada hanya RM15.00 setiap filem (tidak termasuk cukai)
  • Tonton filem yang tersedia selama 48 jam mengikut keselesaan Anda (kecuali dinyatakan sebaliknya). Dengan penjadualan unik Astro First, Anda juga akan dapat menonton sehingga 12 masa tontonan berbeza untuk setiap filem.
  • Tonton pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui perkhidmatan Atas Permintaan pada Set Top Box atau aplikasi Astro Go Anda.

Astro Best

Astro Best adalah perkhidmatan yang menawarkan hiburan pawagam antarabangsa selepas dilancarkan di pawagam Malaysia.

Kelebihan Astro Best

  • Tonton filem seawal 3 bulan dari tayangan sinematik Malaysia atau tajuk eksklusif yang hanya tersedia di Astro Best.
  • Nikmati nilai untuk wang Anda daripada hanya RM12.00 setiap filem (tidak termasuk cukai) dan RM14.00 setiap filem (tidak termasuk cukai) untuk UHD.
  • Tonton filem yang tersedia selama 48 jam mengikut keselesaan Anda (kecuali dinyatakan sebaliknya). Dengan penjadualan unik Astro Best, Anda juga akan dapat menonton sehingga 12 masa tontonan berbeza untuk setiap filem.
  • Tonton pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui perkhidmatan Atas Permintaan pada Set Top Box atau aplikasi Astro Go Anda.

Cara Membeli Astro First dan Astro Best

Astro First dan Best menyediakan beberapa cara untuk membeli filem antaranya.

Cara Beli Filem Astro Melalui SMS

Pembelian melalui SMS

  1. Pergi ke saluran 480 atau 481
  2. SMS kod filem ke 32999
  3. Balasan pengesahan SMS akan mengarahkan anda ke saluran kelayakan dengan sewajarnya

Nota: Perkhidmatan SMS tersedia untuk Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile sahaja.

Beyond PVR On Demand

  1. Tekan butang Home pada alat kawalan jauh Astro
  2. Pilih On Demand dan tekan butang OK dari alat kawalan jauh Astro
  3. Tatal ke Store dan cari Filem/siri
  4. Pilih Beli dan masukkan Kod Pin.

Melalui Antara Muka Ultra/Ulti On Demand

  1. Tekan butang Home pada alat kawalan jauh Astro
  2. Scroll ke tab Store
  3. Scroll ke New Releases: Astro Best atau New Releases: Astro First dan cari Filem
  4. Pilih Rent dan masukkan Kod Pin

Melalui Astro Go Web

  1. Pergi ke https://id.astro.com.my/‍
  2. Cipta ID dan pautkan akaun Anda / teruskan log masuk jika Anda telah memautkan akaun Anda
  3. Tatal ke Store dan cari Keluaran Baharu: Astro Best atau Keluaran Baharu: Astro First
  4. Pilih Sewa dan masukkan Kod Pin

Melalui Aplikasi Astro Go

  1. Muat turun apl Astro Go daripada gedung Google Play.
  2. Cipta ID dan pautkan akaun anda / teruskan log masuk jika anda telah memautkan akaun anda
  3. Tatal ke Kedai dan cari Keluaran Baharu: Astro Best atau Keluaran Baharu: Astro First
  4. Pilih Sewa dan masukkan Kod Pin

Nota: Kod pin lalai ialah 0000 jika Anda belum menetapkannya terlebih dahulu.

Untuk mengetahui bil Astro, Anda boleh baca artikel cara bil baki Astro

Cara Beli Astro First Melalui Whatsapp

Sila ikuti langkah-langkah cara beli Astro First:

  1. Pada Decoder Astro Anda, tune ke saluran 480.
  2. Anda akan dibawa ke saluran 480. Tunggu sehingga menu keluar.
  3. Kemudian, akan tertera menu yang mengandungi filem-filem yang terbaru.
  4. Pilih Filem yang Anda ingin tonton.
  5. Gunakan butang arah yang terdapat pada alat kawalan untuk memilih. Anda boleh tekan butang bahasa yang terdapat pada alat kawalan jauh Anda untuk menukar bahasa pada laman.
  6. Klik butang OK pada alat kawalan Anda untuk memilih filem yang Anda inginkan.
  7. Kemudian, jika Anda inginkan maklumat tentang filem tersebut, klik Info.
  8. Seterusnya, Anda akan dibawa ke laman untuk penerangan mengenai filem yang Anda pilih.
  9. Untuk melanggan filem yang Anda inginkan pilih Whatsapp, ikuti semua arahan dan hantar ke 03-9543 3838 di telefon Anda. Cara Melanggan Astro First
  10. Anda akan menerima Chat dari Astro mengenai pengesahan pembelian Anda. Cara Beli Astro First Filem
  11. Selesai. Dalam tempoh 5 minit, Anda boleh pergi ke siaran yang ditetapkan.

Nota:

  • Movie yang Anda beli tersebut akan berulang-ulang setiap hari. Sekiranya Anda belum mahu menonton filem tersebut atau sebab tiada masa, Anda boleh record terlebih dahulu filem tersebut secara keseluruhan. Jadi nanti dalam tempoh 48 jam, boleh play, rewind, pausa bila-bila masa sahaja. Nanti lepas 48 jam, recorded filem tersebut hilang tau.
  • Sekiranya Anda mempunyai aplikasi Astro Go, Anda boleh download filem tersebut. Nanti kalau tiada wifi pun, boleh tengok filem tersebut bila-bila sahaja.

Cara Melanggan Astro Go

Di bawah ini merupakan langkah-langkah cara daftar Astro Go

  1. Lawati pautan rasmi Astro Go https://astrogo.astro.com.my/
  2. Anda akan disambung ke sebuah laman untuk mengenal pasti sama ada Anda pelanggan Astro ataupun tidak.
  3. Klik butang AN Astro Customer.
  4. Anda akan tiba di laman untuk register.
  5. Bagi Anda yang belum mempunyai akaun tekan Click Here.
  6. Seterusnya, Anda perlu isikan beberapa maklumat.
  7. Pada ID Type, pilih Mykad.
  8. Masukkan Nombor Kad Pengenalan bagi pemegang akaun Astro yang Anda inginkan.
  9. Klik Next.
  10. Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya melanggan.
  11. Selesai

Senarai Channel Astro First dan Astro Best

Di bawah ini merupakan senarai penuh channel Astro First dan Astro Best:

  • 468
  • 470
  • 471
  • 472
  • 473
  • 474
  • 475
  • 476
  • 477
  • 478
  • 479
  • 482
  • 484
  • 487
  • 490
  • 496
  • 498

Harga dan Caj Astro First

Harga untuk Astro First iaitu RM15 untuk satu movie.

Dimaklumankan oleh Astro, bagi setiap filem pembelian hanya untuk sekali caj sahaja. Untuk setiap pembelian, filem tersebut akan terus ditayangkan di Astro First selama 48 jam tanpa henti.