Cara Buat Maybank2u

Dalam era moden hari ini, transaksi online telah menjadi keperluan yang sangat penting. Terutama bagi orang ramai yang mempunyai banyak aktiviti dan jadual yang sibuk, transaksi melalui juruwang di cawangan bank atau ATM akan memakan masa dan menyusahkan.

Oleh kerana itu, banyak bank di Malaysia menyediakan kemudahan perbankan internet, menjadikannya mudah bagi pelanggan.

Maybank adalah salah satu bank terbaik di Malaysia, yang rangkaiannya tersebar di seluruh kepulauan. Sekiranya Anda seorang pelanggan Maybank, cara buat Maybank2u adalah sangat mudah.

Anda boleh pergi ke cawangan Maybank terdekat dan mengemukakan permohonan perbankan internet ke jabatan perkhidmatan pelanggan, atau mendaftar melalui mesin ATM Maybank.

Nah, sebelum itu, mari kita merujuk penjelasan ringkas tentang perkhidmatan internet banking Maybank dibawah ini.

Cara Buat Maybank2u
Cara Buat Maybank2u

Syarat Membuat Maybank2u Online

Berikut ini adalah syarat yang mesti Anda ketahui.

  • Anda adalah pemilik akaun Simpanan Maybank
  • Mempunyai card ATM/Debit Maybank
  • Mempunyai nombor telefon yang berdaftar di Maybank untuk TAC

Cara Daftar Nombor Telefon TAC Maybank2u

Daftar Nombor Telefon TAC Maybank2uPergi ke ATM Maybank terdekat. Selepas memasukkan kad ATM maybank dan menaip nombor PIN, ikuti langkah-langkah di bawah.

  1. Pilih bahasa Malaysia
  2. Masukan kad ATM Maybank dan nombor PIN
  3. Pilih menu Maybank2u/Phone Banking/ATM Sms Alerts
  4. Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2u TAC
  5. Masukan nombor telefon Anda, pastikan nombor telefon betul. Pilih YA
  6. Selesai

Cara Buat Akaun Maybank2u Online

Selepas mendaftarkan nombor telefon untuk TAC, kini tiba masanya Anda mengaktifkan akaun Maybank2u.

  • Buka maybank2u.com.my pada browser chrome, mozilla, opera atau safari bebas sahaja.
  • Pada sudut kanan atas klik Register NowCara Daftar Maybank2u
  • Masukan 16 digit nombor card ATM/Debit Anda
  • Masukan 6 digit nombor PIN card ATM/Debit Anda, klik NextRegister Maybank2u
  • Pada laman ini, Anda mesti masukan username
  • Masukan password sekurang-kurangnya 8 aksara (gunakan kombinasi huruf besar, huruf kecil, Nombor dan simbol. Contoh Anda@Comel12*)
  • Masukan sekali lagi password yang sama
  • Masukan email yang Anda punya
  • TAC : nombor TACMasukan Maklmuat Akaun Maybank
  • Selepas tu klik Next.

Perhatian: Sila klik Request For TAC. Anda akan menerima nombor TAC pada telefon bimbit Anda. Masukan kod 6 digit tu ke ruangan TAC.

  • Seterusnya Anda diminta untuk memasukan gambar untuk keselamatan.
  • Security phrase : perkataan bagi tujuan keselamatan contoh Andacomel
  • Memorable Question : Jawab 3 soalan
  • Klik butang Done

Perhatian: Simpan butiran data diatas untuk keperluan masa mendatang. Tulis di buku atau foto menggunakan smartphone Anda.

Cara Login Maybank2u Online

Login Maybank2uSila cuba login menggunakan username dan password yang sudah Anda buat.

  1. Buka maybank2u.com.my
  2. Masukan username dan password
  3. Pastikan paparan gambar dan image betul adalah milik Anda, klik Yes
  4. Anda dapat melihat pelbagai menu termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.

Sudah mempunyai akaun M2U ? baca tutorial cara transfer duit melalui Maybank2u

Faq Berkait Maybank2u

  1. Macam mana kalau kita tukar kad baru ?
    Tidak masalah.
  2. Macamana nak aktifkan balik maybank2u sebab da lama xpkai ?
    Sila gunakan ciri reset password atau sila buat akaun baru.
  3. Boleh ke daftar no telefon untuk TAC di ATM sahaja ?
    Sila boleh sahaja.
  4. Wajib mendaftar nombor telefon untuk TAC ?
    Tentu, Anda wajib mendaftarkan nombor telefon untuk keperluan pelabagi transaksi.
  5. Boleh tak tukar no telefon melalui online ?
    Disyorkan tukar ke atm Maybank berdekatan.
  6. Bila dah daftar semua kat atm tu ada dikenakan bayaran ke ?
    Tiada bayaran (percuma).
  7. Kenape lepas saya update nombor baru dekat atm keluar nombor hp saya tidak sah ?
    Sila telefon 1-300 88 6688, untuk selesaikan masalah Anda. Atau lawati cawangan Maybank terdekat.

Seperti ini cara semak baki akaun Maybank online

Jika Anda mendapat masalah semasa dalam proses mendaftar akaun maybank2u, sila telefon Customer Care Hotline: 1-300 88 6688 (Malaysia) dan +603-7844 3696 (Overseas) ajukan masalah Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *