Cara Buka Akaun Affin Bank Online / Walk-in AffinAlways

Cara buka akaun Affin Bank simpanan, semasa, deposit dan mata wang asing sebetulnya mudah sangat. Hal pertama yang mesti Anda ketahui adalah apa sahaja syarat yang diperlukan agar proses pembukaan akaun Affin Bank online mahupun di cawangan dapat diluluskan segera.

Berikut kami kongsikan langkah-langkah cara membuka akaun Affin Bank secara online dan walk-in.

Cara Buka Akaun Affin Bank
Cara Buka Akaun Affin Bank

Syarat Buka Akaun Affin Bank

Di bawah ini merupakan produk Akaun Simpanan, Akaun Semasa dan Deposit yang dimiliki oleh Affin Bank. Bagi Anda yang ingin memohon, pastikan Anda sediakan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.

  • Kad Pengenalan
  • Mempunyai Nombor Telefon
  • Wang Untuk Pembukaan Akaun
  • Bil elektrik untuk sokongan

Akaun Simpanan

Akaun simpanan adalah merupakan akaun bank yang membolehkan Anda menyimpan wang di satu tempat yang selamat. Affin Bank menawarkan pelbagai jenis akaun simpanan.

1. Akaun Simpanan Affin

Berikut ini merupakan manfaat dan syarat kelayakan Akaun Simpanan:

Manfaat

  • Kemudahan Perbankan Internet 24/7
  • Kad Visa Debit
  • Akses Mudah
  • Perlindungan PIDM
  • e-Penyata atau Buku Akaun

Syarat & Kelayakan

  • Had Umur 12 tahun
  • Kewarganegaraan Malaysia, Penduduk Tetap
  • Deposit Permulaan RM100
  • Baki minimum yang perlu dikekalkan RM1

2. Akaun Simpanan Asas

Sila rujuk mengenai kelebihan dan kelayakan akaun Simpanan Asas.

Kelebihan

  • Tanpa Fi
  • Deposit Permulaan yang Rendah
  • Kemudahan Perbankan Internet 24/7
  • Penyata
  • Kad Debit Visa
  • Akses Mudah
  • Perlindungan PIDM (Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit)
  • Pilihan Pengecualian Fi ATM Tahunan

Anda boleh memilih antara:

  1. Pengecualian fi ATM Tahunan dengan had 8 pengeluaran melalui ATM secara percuma
  2. Fi ATM Tahunan sebanyak RM8.00 untuk pengeluaran melalui ATM Affin dan di kaunter (OTC) tanpa had

Syarat & Kelayakan

  • Had Umur untuk akaun kanak-kanak di bawah 12 tahun (akaun dibuka secara bersama dan dikendalikan hanya oleh ibu bapa atau penjaga) untuk akaun Individu iaitu 12 tahun ke atas
  • Kewarganegaraan Malaysia, penduduk tetap
  • Deposit Permulaan RM20
  • Baki minimum yang perlu dikekalkan RM10

3. Akaun Simpanan-i

Bagi Anda yang ingin memohon akaun Simpanan-i, baca terlebih dahulu mengenai Manfaat dan Kelayakan.

Manfaat

  • Kemudahan Perbankan Internet 24/7
  • Patuh Syariah
  • Buku Akaun atau e-Penyata
  • Kad Debit Visa Affin Islamic
  • Rangkaian Cawangan yang Luas
  • Layak untuk Perlindungan oleh PIDM

Syarat dan Kelayakan

  • Had Umur 12 tahun dan ke atas
  • Kewarganegaraan Pemastautin dan Bukan Pemastautin
  • Deposit Permulaan RM100
  • Baki minimum yang perlu dikekalkan RM10

Selain akaun simpanan diatas, berikut akaun simpanan Affin yang ditawarkan.

  • Wealth Saver-i
  • AFFIN Junior Saver
  • Junior Saver-i
  • AFFIN GOLD
  • AFFIN GOLD-i
  • AFFIN e-Saver
  • AFFIN eSaver-i
  • AFFIN Barakah Charity Account-i
  • Akaun Simpanan AFFIN Grow-i
  • AFFIN Scholar-i
  • Akaun Simpanan Asas-i

Akaun Semasa

Akaun semasa adalah produk yang disesuaikan untuk tujuan perniagaan.

1. Akaun Semasa Affin

Di bawah ini merupakan akaun semasa Affin Bank yang dapat Anda mohon.

Manfaat

  • Kemudahan Perbankan Internet 24/7
  • Kemudahan Buku Cek
  • Penyata Bulanan
  • Kad Debit Visa
  • Akses Mudah
  • Perlindungan PIDM

Syarat dan Kelayakan

  • Had Umur 18 tahun
  • Kewarganegaraan Malaysia, Penduduk tetap
  • Pencadang Wajib
  • Deposit Permulaan
    -RM1,000 (akaun peribadi)
    -Rm2,000 ( akaun syarikat)

2. Akaun Semasa-i

Pelbagai manfaat boleh Anda dapati jika memohon akaun semasa-i.

Manfaat

  • Kemudahan Perbankan Internet 24/7
  • Patuh Syariah
  • e-Penyata Bulanan
  • Kad Debit Visa Affin Islamic
  • Rangakaian Cawangan yang Luas
  • Layak untuk Perlindungan oleh PIDM

Syarat dan Kelayakan

  • Had Umur 18 tahun dan ke atas
  • Kewarganegaraan Pemastautin dan Bukan Pemastautin
  • Deposit Permulaan RM1,000 (akaun peribadi)
  • Pencadang Diperlukan
  • Syarat Caj penyelenggaraan separuh tahunan

Selain akaun semasa diatas, berikut akaun semasa Affin yang ditawarkan.

  • Akaun Simpanan Asas
  • AFFIN PLUS
  • AFFINPLUS-i
  • Akaun Semasa AFFIN GOLD
  • Akaun Semasa AFFIN GOLD-i
  • AFFIN AVANCE™ Savvy
  • AFFIN AVANCE Savvy-i
  • AFFIN INVIKTA™ Account
  • Akaun Semasa AFFIN Grow-i
  • Akaun Semasa Asas-i
  • AKAUN-i AFFIN INVIKTA™

Deposit

Deposit secara mudah boleh ditafsirkan sebagai proses kerjasama antara pelanggan dan bank untuk meletakkan sejumlah wang dalam tempoh masa tertentu mengikut masa yang dipersetujui bersama antara bank dengan pelanggan.

1. Deposit Tetap Affin Bank

Affin Bank juga menyediakan Deposit Tetap.

Manfaat

  • Kemudahan Perbankan Internet 24/7
  • Deposit Permulaan
  • Pulangan yang Lumayan
  • Tempoh yang Fleksibel
  • Akses Mudah
  • Perlindungan PIDM

Syarat dan Kelayakan

  • Had Umur 18 tahun
  • Kewarganegaraan Malaysia, Penduduk tetap
  • Tempoh 1-60 bulan
  • Deposit Permulaan
    -1 bulan RM5,000
    -2 bulan ke atas RM500

2. Deposit Berjangka-i Affin Islamic

Deposit Berjangka-i Affin Islamic memiliki pelbagai manfaat yang dapat Anda peroleh.

Manfaat

  • Patuh Syariah
  • Tempoh yang Fleksibel
  • Pengeluaran
  • Penerimaan Keuntungan
  • Mudah dan Senang
  • Yuran Pembrokeran
  • Kemudahan Perbankan Internet 24/7
  • Rangkaian Cawangan yang Luas
  • Layak untuk Perlindungan oleh PIDM

Syarat dan Kelayakan

  • Had Umur 18 tahun ke atas
  • Kewarganegaraan Pemastautin dan Bukan Pemastautin
  • Tempoh 1-60 bulan
  • Minimum Deposit
    -1 bulan: Minimum RM5,000
    -2 bulan dan ke atas: MinimumRM500
    -Pendahuluan dan Bulanan-RM10,000
    (Tertakluk pada kriteria yang telah ditetapkan oleh Bank)

Mata Wang Asing

Akaun semasa mata wang asing patuh Syariah dan menawarkan kadar keuntungan tetap dengan pemilihan mata wang asing utama. Pilihan Akaun Semasa Asing atau Deposit Tetap Asing.

1. Akaun Mata Wang Asing-i

Akaun Mata Wang Asing-i yang disediakan oleh Affin Bank.

Manfaat

  • Patuh Syariah
  • Mata Wang Antarabangsa
  • e-Penyata Akaun
  • Kiriman Wang Asing
  • Pendidikan Luar Negara
  • Kekalkan Gaji dalam Mata Wang Asing
  • Rangkaian Cawangan yang Luas
  • Layak untuk Perlindungan oleh PIDM

Syarat dan Kelayakan

  • Had Umur 18 tahun dan ke atas
  • Kewarganegaraan Pemastautin dan Bukan Pemastautin
  • Minimum Deposit USD1,000 atau setaranya
  • Caj Penyelenggaraan Separuh Tahunan USD atau setara dengannya
  • Pencadang Diperlukan

2. Deposit Berjangka Mata Wang Asing-i Affin Islamic

Yang terakhir iaitu Deposit Berjangka Mata Wang Asing-i Affin Islamic yang dapat Anda mohon.

Manfaat

  • Patuh Syariah
  • Mata Wang Antarabangsa
  • Tempoh yang Fleksibel
  • Mudah dan Senang
  • Yuran Pembrokeran
  • Akses Mudah
  • Layak untuk Perlindungan oleh PDIM

Syarat dan Kelayakan

  • Had Umur 18 tahun dan ke atas
  • Kewarganegaraan Pemastautin
  • Minimum Deposit USD3,000 atau yang setaranya

Cara Buka Akaun Affin Bank Online

Setelah Anda mengetahu maklumat mengenai jenis akaun, berikut adalah langkah cara buka akaun Affin Bank secara online.

  1. Lawati laman web rasmi Affin Bank
  2. Klik Deposit
  3. Pilih satu akaun simpanan yang Anda mahu
  4. Klik Mohon Sekarang
  5. Isikan borang permohonan (Cawangan Pilihan, Alamat Email, No Telefon Bimbit) klik kotak terma dan syarat, klik butang Submit
  6. Selepas Anda hantar borang tersebut, Anda akan dihubungi oleh pihak Affin Bank untuk proses seterusnya

Cara Buka Akaun Affin Bank di Cawangan

Sekiranya Anda berhasrat membuka akaun Affin Bank di cawangan, Anda perlu membawa syarat dan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, wang untuk deposit dan bil elektrik untuk dokumen sokongan. Langkah cara buka akaun Affin Bank walk-in.

  1. Pergi ke cawangan Affin Bank terdekat.
  2. Pergi jam 7 pagi untuk dapatkan nombor giliran. Sekiranya Anda datang lebih dari jam 7, nombor giliran pastilah dah panjang atau habis.
  3. Setelah nombor giliran Anda dipanggil, beritahu pegawai bank bahawa Anda mahu buka akaun simpanan atau akaun semasa.
  4. Isikang borang pembukaan akaun Affin Bank yang diberikan oleh staff bank.
  5. Tunggu 7 minit, akaun bank Anda telah siap digunakan.
  6. Selepas itu Anda akan diberikan kad bank.
  7. Selesai

Waktu Operasi Affin Bank

Berikut adalah waktu operasi Affin Bank yang perlu Anda ketahui.

Semenanjung Malaysia

  • 9:15 pagi – 4:15 petang (Isnin hingga Khamis)
  • 9:15 pagi – 4:00 petang (Jumaat)
  • ​​​​​​​1:00 petang – 2:00 petang (Jumaat) (Tutup untuk cawangan AFFIN ISLAMIC)

Kelantan & Terengganu

  • 9:15 pagi – 4:15 petang (Ahad hingga Rabu)
  • ​​​​​​​9:15 pagi – 4:00 petang (Khamis)

Sabah & Sarawak

  • 9:00 pagi – 4:00 petang (Isnin hingga Khamis)

Pusat Panggilan

  • +603-8230 2222
  • Waktu Operasi: 8:00 pagi – 12:00 pagi (waktu biasa)

Kad Kredit/Debit

  • +603-2028 6300
  • Waktu Operasi: selepas waktu bekerja

Bankcard

  • +603-2028 6262
  • Waktu Operasi: selepas waktu bekerja

Cara Daftar Affin Bank Online Banking

Ikuti cara daftar akaun Affin Bank Online di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi Affinalways di https://www.affinalways.com/
  2. Klik Login>AffinAlways (personal)
  3. Klik First Time Login.
  4. Pilih Jenis Kad
  5. Masukkan Nombor Kad
  6. Pilih Jenis Kad Pengenalan
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  8. Pada ruangan IB PIN From ATM / Branch, masukkan IB PIN enam digit yang Anda peroleh di mana-mana ATM Affin Bank.
  9. Masukkan Card PIN atau PIN ATM
  10. Klik Request TAC masukkan kod TAC
  11. Klik Continue
  12. Masukkan Username dan Password yang Anda inginkan
  13. Tekan butang Login
  14. Klik kotak setuju Terms And Conditions
  15. Jawab kuiz pada The Establish Challenge Questions & Answers untuk menyempurnakan proses pendaftaran akaun online banking
  16. Selesai.

Itu sahaja perkongsian mengenai Affin Bank semoga bermanfaat.