Cara Buka Akaun Bank Islam Secara Online / Walk-in

Mempunyai lebih daripada satu akaun atau kad ATM adalah salah satu tips kewangan yang boleh membantu Anda menguruskan wang. Ada akaun yang digunakan untuk menyimpan, dan ada akaun yang digunakan untuk perbelanjaan.

Bagi Anda yang tidak mempunyai akaun Bank Islam atau bercadang untuk membuka akaun Bank Islam, kami akan berkongsi maklumat cara membuat akaun Bank Islam. Membuka akaun simpanan di Bank Islam sangat mudah, Anda hanya perlu mengikut terma dan prosedur sahaja.

Selain itu, Bank Islam menawarkan pelbagai jenis simpanan dengan tujuan yang berbeza dan tentunya mempunyai faedah mengikut tujuannya.

Berikut kami kongsikan cara buka akaun Bank Islam online dan walk-in.

Cara Buka Akaun Bank Islam
Cara Buka Akaun Bank Islam

Syarat Buka Akaun Bank Islam

Bank Islam menyediakan akaun simpanan yang dapat dipilih sesuai dengan keperluan Anda, sebelum membuat permohonan pastikan Anda sediakan syarat dan kelayakan yang telah ditentukan.

1. Basic Savings Account-i

Dalam penyediaan perkhidmatan perbankan adalah penting untuk memastikan rakyat Malaysia, terutamanya pengguna berpendapatan rendah, mendapat akses kepada perkhidmatan perbankan asas pada kos yang minimum.

Faedah dan Ciri

Berikut adalah faedah dan ciri yang ditawarkan Basic Savings Account-i

Perkhidmatan Minimum

  • Deposit Tunai
  • Pengeluaran ATM dan over-the-counter (OTC)
  • Pemindahan dana dan kemudahan pembayaran bil

Perbankan Internet

  • Kemudahan pemindahan dana (dengan kecuali) kemudahan GIRO di mana Bank akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM0.10 setiap transaksi
  • Kemudahan pembayaran bil dalam talian
  • Pertanyaan akaun termasuk baki/ringkasan akaun, penyata akaun dan sejarah transaksi

Faedah Lain

  • Tiada caj perkhidmatan atau penyelenggaraan akan dikenakan ke atas akaun
  • Nikmati kemudahan mencetak penyata mini melalui mesin ATM
  • Pengeluaran ATM melalui MEPS

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap
  • Pembukaan Minimum RM20
  • Baki Minimum RM20
  • Terbuka kepada semua umur
  • Jenis akaun untuk Individu, Bersama dan Amanah (untuk kanak-kanah di bawah 12 tahun-dibuka dengan ibu bapa/penjaga yang sah)

Kontrak Qard

Pelanggan hendaklah memberi kebenaran kepada Bank untuk berurusan dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana baki dalam akaun mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh Bank.

Sebarang keuntungan yang dijana oleh Bank daripada penggunaan dana hendaklah menjadi milik bank. Bank Islam menjamin pembayaran keseluruhan jumlah yang ada pada kredit akaun Pelanggan apabila diminta.

Fi dan Caj

  • Caj tahunan sebanyak RM8.00
    (permohonan akan diproses seperti biasa di mana caj RM8.00 akan dikenakan)
  • Tiada Yuran Tahunan (8 pengeluaran ATM PERCUMA dalam sebulan)
    (Sebarang pengeluaran yang melebihi 8 kali dalam sebulan akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.50 setiap pengeluaran ATM)
  • MEPS IBG
    (Semua pemegang BSA akan menimati caj perkhidmatan hanya RM0.50 untuk dua transaksi pertama untuk MEPS IBG)
  • Penutupan awal akaun
    (Penutupan awal akaun dalam tempoh 3 bulan selepas pembukaan akaun akan dikenakan bayaran RM20.00 setiap akaun)
  • Pengeluaran Tunai melalui MEPS
    (Sebarang pengeluaran tunai di ATM milik Institusi Kewangan lain di bawah MEPS akan dikenakan bayaran RM1.00 setiap transaksi)

2. Qard Saving Account-i

Bank Islam menawarkan kemudahan Akaun Simpanan-i Qard untuk Anda menyimpan wang Anda. Berdasarkan kontrak Qard, kemudahan ini menyediakan simpanan wang Anda tanpa kerumitan dan membolehkan akses mudah untuk pengeluaran sekiranya diperlukan.

Faedah dan Ciri

Berikut adalah faedah dan ciri yang ditawarkan Qard Saving Account-i

Faedah

  • Buku Simpanan Percuma (atas permintaan)
  • Kemudahan Kad Bank
  • Kemudahan Pengkreditan & Sapu Gaji
  • Kemudahan Arahan Berdiri
  • Hibah boleh diberikan pada setiap bulan berdasarkan budi bicara Bank Kemudahan lain:
    -Pembayaran bil
    -Bankislam.biz
    -Perbankan Mudah Alih TAP-i

Kemudahan Perbankan Elektronik

1. ATM

  • Pengeluaran tunai
  • Pemindahan dana
  • Permintaan kenyataan
  • Pembayaran bil utiliti
  • Pembayaran zakat
  • Urusniaga Tabung Haji
  • Pendaftaran Perbankan Internet (bankislam.biz)
  • Tukar PIN
  • Pengeluaran MEPS
  • IBFT

2. Perbankan Mudah TAP-i

Perbankan Mudah Alih TAP-i menggunakan teknologi cip inovatif yang memaparkan menu perbankan pada telefon mudah alih pengguna, skrin yang biasa digunakan oleh kebanyakan pelanggan, sekaligus mengurangkan kerumitan menghafal kata kunci dan arahan atau memuat turun aplikasi.

Jenis perkhidmatan yang ditawarkan ialah pertanyaan baki, pemindahan dana, tambah nilai prabayar, pembayaran bil dan banyak lagi.

3. e-Debit

e-Debit (pindahan dana elekronik di tempat jualan) ialah perkhidmatan di mana pengguna membayar pembelian mereka menggunakan Kad Bank dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN).

Jumlah pembelian akan ditolak terus sama ada dalam Akaun Simpanan atau Semasa mereka.

Kontrak Qard

Pelanggan hendaklah memberi kebenaran kepada Bank untuk berurusan dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana baki dalam akaun mengikut cara yang difikirkan oleh Bank.

Sebarang keuntungan yang dijana oleh Bank daripada penggunaan dana hendaklah menjadi milik bank. Bank Islam menjamin pembayaran keseluruhan jumlah yang ada pada kredit akaun Pelanggan apabila diminta.

Kelayakan dan Syarat

  • Pembukaan Minimum iaitu RM100
  • Baki Minimum RM10
  • Terbuka kepada semua umur
  • Jenis Akaun
    -Individu (12 tahun ke atas)
    -Amanah (untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, mesti dibuka dengan ibu bapa/penjaga yang sah)
    -Akaun Bersama-untuk membuka akaun bersama-sama dengan orang

Fi dan Caj

SubjectChargesRate / Amount
Penggantian Buku Simpanan

-Buku simpanan hilang
-Kerana pengendalian yang lemah
Duti Setem akan dikenakan untuk Surat Indemniti tanpa mengira jumlahnya-Duti Setem RM10 + RM3.00 jika hilang kerana pengendalian yang lemah
-Duti Setem RM10 sahaja – jika hilang kerana dicuri (lampirkan laporan polis)
Penutupan Awal AkaunDalam masa 3 bulanRM20.00
Akaun DormanDengan baki sehingga RM5.00Akaun akan ditutup dan baki ini akan diserap oleh Bank sebagai caj
Yuran & Caj LainDeposit Syiling – Akaun PerniagaanRM100.00 pertama adalah percuma

RM100.00 seterusnya dikenakan RM2.00

Jenis Akaun Bank Islam

Selain 2 jenis akaun diatas, Bank Islam juga mempunyai:

  • Term Deposit-i Tawarruq
  • Qard Current Account – i
  • Foreign Currency Account-i
  • Qard Current Account – i

Maklumat detail boleh klik pautan deposit account

Cara Buka Akaun Bank Islam di Cawangan

Sekiranya Anda berhasrat membuka akaun Bank Islam di cawangan, Anda perlu membawa syarat dan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, wang untuk deposit dan bil elektrik. Sila rujuk semula maklumat yang kami kongsikan diatas untuk setiap akaun bank.

Keperluan dan dokumen yang Anda bawa ketika akan pergi ke Bank Islam.

  • Kad Pengenalan
  • No Handphone
  • Bil elektrik/bil air atau apa-apa dokumen untuk pengesahan alamat
  • Sediakan wang sebanyak RM60 hingga RM120 untuk buka akaun bank.

Panduan cara buka akaun Bank Islam di cawangan.

  1. Kunjungi ke mana-mana cawangan Bank Islam berdekatan.
  2. Sila pergi jam 6 pagi untuk dapatkan no giliran. Apabila Anda datang lebih dari jam 6, nombor giliran pastilah dah panjang atau habis.
  3. Selepas nombor giliran Anda dipanggil, bagitahu pegawai bank bahawa Anda ingin buka akaun Bank Islam.
  4. Lengkapkan borang yang diberikan oleh staff bank, jangan tersalah isikan maklumat peribadi Anda.
  5. Tunggu 5 minit, akaun Bank Islam Anda telah siap digunakan.
  6. Anda juga akan mendapatk kad debit Bank Islam.
  7. Selesai

Waktu Operasi Bank Islam

Anda dinasihatkan untuk pergi ke cawangan Bank Islam pada waktu bekerja.

  • Semenanjung: Isnin – Jumaat : 9.30 pagi – 4.30 petang
  • Kelantan dan Terengganu: Ahad – Khamis : 9.30 pagi – 4.30 petang
  • Sabah, Sarawak dan WP Labuan: Isnin – Jumaat : 9.00 pagi – 4.00 petang

Pembukaan Akaun Bank Islam Online

Senarai akaun yang dapat Anda buka melalui online iaitu:

  • Akaun Pelaburan Al-Awfar
  • Akaun Simpanan Qard
  • Akaun Simpanan Asas Bank Islam

Hanya individu yang mempunyai kad pengenalan (IC/MyKad) boleh membuka akaun di Bank Islam:

  • Individu berumur 12 tahun ke atas untuk Akaun Simpanan Asas Bank Islam dan Akaun Simpanan Qard
  • Individu berumur 18 tahun ke atas untuk Akaun Pelaburan Al-Awfar

Dibawah ini merupakan langkah cara pembukaan akaun Bank Islam online.

  1. Klik pautan https://vao.bankislam.com.my/sales
  2. Isikan informasi seperti: Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Tarikh Lahir, Status student/ bukan student, Jenis Akaun, Negeri dan Cawangan Pilihan.
  3. Kemudian klik Next.
  4. Seterusnya masukkan maklumat: Alamat, Emel, Nombor Telefon, Bangsa dan Agama, Status Perkahwinan, Nama Ibu, Maklumat Pekerjaan. Klik Next.
  5. Anda perlu membuat declaration, hantar permohonan dan membuat pengesahan. Selepas itu cetak borang permohonan Anda.
  6. Langkah seterusnya iaitu, sila kunjungi Bank Islam terdekat untuk pengesahan dan mendapatkan nombor akaun dalam masa 30 hari selepas Anda mendaftar.

Apabila link VAO atau Virtual Account Opening tak dapat nak capai (problem: site can’t be reached). Anda dinasihatkan untuk membuka akaun Bank Islam di cawangan yang berdekatan.

Cara Daftar Bank Islam Online

Bank Islam online atau dikenali internet banking Bank Islam, merupakan perkhidmatan perbankan yang diberikan oleh Bank Islam untuk pelanggan.

Perkhidmatan perbankan ini dapat memberikan pelbagai kemudahan seperti pembayaran bil, transfer, topup dan banyak lagi.

Sila ikuti langkah-langkah cara daftar Bank Islam online berikut ini:

  1. Lawati pautan rasmi Bank Islam di https://www.bankislam.biz
  2. Klik First Time User.
  3. Sahkan Terms and Conditions.
  4. Klik Continue.
  5. Masukkan Nombor Kad Debit Bank Islam Anda.
  6. Masukkan ATM PIN Anda.
  7. Klik Continue.
  8. Sila buat Username dan Password yang Anda inginkan.
  9. Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
  10. Selesai.

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda, maklumat lanjut mengenai Bank Islam sila hubungi +603 2088 8000 atau +603 26 900 900.