Cara Buka Akaun Maybank Online Tanpa ke Kaunter / Walk-in

Lebih mudah dan praktikal untuk memiliki akaun bank dengan adanya cara membuka akaun Maybank secara online. Di zaman yang semakin maju dan canggih ini, bank adalah antara tempat paling selamat untuk menyimpan wang.

Bukan itu sahaja, ketika ini banyak bank menyediakan pelbagai ciri canggih yang boleh memudahkan pelbagai transaksi kewangan termasuk Maybank. Adanya cara untuk membuka akaun Maybank secara online, lebih banyak faedah yang boleh Anda perolehi.

Membuka akaun bank Maybank secara online menawarkan banyak kelebihan kepada calon pelanggan. Berikut kami kongsikan cara buka akaun Maybank online dan walk-in.

Cara Buka Akaun Maybank
Cara Buka Akaun Maybank

Syarat Buka Akaun Maybank

Bagi Anda yang ingin membuka akaun Maybank, sila sediakan syarat dan kelayakan yang telah ditentukan untuk setiap jenis akaun bank.

1. Simpanan Asas (Basic Savings Account)

Hanya dengan RM20 sahaja yang Anda perlukan untuk mula mendapat faedah. Tiada perkhidmatan atau caj penyelenggaraan diperlukan.

Manfaat Simpanan Asas Maybank

  • Untuk memperoleh faedah, tidak kira berapa baki akaun anda.
  • Tiada caj perkhidmatan atau penyelenggaraan selagi baki minimum RM20 dikekalkan.
  • Penyata mini percuma.
  • Perbankan dalam talian dengan Maybank2u.com

Pilihan untuk pengeluaran

Pelbagai macam pengeluaran yang dapat dilakukan di Simpanan Asas Maybank:

  • 6 lawatan ke kaunter (OTC)
  • 8 pengeluaran tunai ATM percuma (pada pengeluaran ke-9 dan seterusnya, RM0.50 akan dikenakan)
  • Tiada yuran akan dikenakan untuk transaksi pengeluaran bukan tunai (cth pertanyaan baki atau pemindahan dana dalam Maybank)
  • 2 transaksi GIRO pertama melalui kaunter dalam sebulan dengan bayaran RM0.50 setiap transaksi dan RM2.00 dari transaksi ke-3 dan seterusnya.
  • Tiada caj transaksi untuk transaksi GIRO yang dilakukan melalui M2U, M2U Mobile dan MyMobile.
  • RM8 Yuran Tahunan
  • Urus niaga OTC tanpa had dan pengeluaran tunai ATM
  • 2 transaksi GIRO pertama melalui kaunter dalam sebulan dengan bayaran RM0.50 setiap transaksi dan RM2.00 dari transaksi ke-3 dan seterusnya.
  • Tiada caj transaksi untuk transaksi GIRO melalui M2u, M2u Mobile dan MyMobile.

Dokumen yang Diperlukan

Adapun dokumen yang diperlukan sebelum membuka akaun Simpanan Asas Maybank:

  • Kad Pengenalan Asal (Kad Pengenalan)/Kad Pengenalan Polis atau Angkatan Tentera
  • Sijil Kelahiran dan MyKid (untuk akaun amanah dan kecil)
  • Duit RM20

Rates

Savings BandInterest Rates (% p.a)
Up to RM1,0000.25
Up to RM10,0000.25
Up to RM25,0000.25
Up to RM50,0000.25
Up to RM100,0000.25
Up to RM200,0000.25
Up to RM500,0000.25
Above RM500,0000.25

2. Maybank2u Savers

Sila rujuk mengenai Maybank2u Savers di bawah ini:

Manfaat

  • Untuk membuka dan menutup akaun Anda di mana-mana sahaja di dunia Maybank2u.com.my
  • Kadar faedah berbilang peringkat tinggi dengan baki minimum RM2,000, dikira setiap hari dan dikreditkan setiap bulan
  • Lakukan transaksi dengan Maybank2u.com
  • Kad ATM dan Debit, M2u Mobile dan perbankan Telefon Kawanku
  • Akses kepada lebih 2800 ATM Maybank serta ATM Antarabangsa melalui ATM PLUS
  • Beli-belah tanpa tunai dengan Maybankard Debit

Rates, Fi dan Caj

Savings BandInterest Rates (% p.a)
RM2,000 to RM50,0000.60
Above RM50,0000.75

Yuran sebanyak RM5.00 setiap transaksi akan dikenakan jika Pelanggan melakukan transaksi di kaunter (iaitu di mana-mana cawangan Bank) untuk transaksi yang boleh dipenuhi/dilakukan melalui Maybank2u.com.my atau di kiosk Bank (ATM, Tunai). Mesin Deposit, Mesin Deposit Cek) Contoh transaksi yang boleh dipenuhi di Maybank2u/Banks Kiosk adalah:

  • Pengeluaran kurang daripada RM5,000.00
  • Lakukan transaksi GIRO Antara Bank kurang daripada RM5,000
  • Pindahan wang kurang daripada RM5,000
  • Penutupan akaun dalam tempoh 3 bulan selepas dibuka RM20
  • Kad ATM/Debit untuk pelanggan baharu:RM8

Jenis Akaun Maybank

Selain 2 jenis akaun diatas, berikut adalah senarai akaun simpanan yang ditawarkan oleh Maybank.

  • imteen Account minimum deposit RM50
  • Yippie Savings Account minimum deposit RM1
  • MAE
  • imteen-i Account minimum deposit RM50
  • Maybank2u Savers-i minimum deposit RM250
  • Yippie-i Account minimum deposit RM1
  • Savings Account-i minimum deposit RM1
  • Basic Savings Account-i minimum deposit RM20
  • Golden Savers Savings Account minimum deposit RM1,000
  • Kawanku Savings Account minimum deposit RM50 sehingga RM250

Cara Buka Akaun Maybank di Cawangan

Bagi Anda yang ingin membuka akaun Maybank di cawangan, Anda perlu membawa syarat dan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, wang untuk deposit dan bil elektrik. Sila rujuk semula maklumat yang kami kongsikan diatas untuk setiap jenis akaun bank.

  1. Sila pergi ke mana-mana cawangan Maybank yang berhampiran
  2. Sebelum itu, Anda perlu pastikan bahawa Anda ingin membuka akun individu atau akaun semasa Maybank bagi tujuan perniagaan.
  3. Pilih jenis produk Maybank yang Anda inginkan.
  4. Selepas itu, pegawai bank akan bantu Anda dan berikan kad debit.
  5. Selesai

Untuk pengguna yang berumur 18 tahun dan ke atas bagi mendaftar ataupun ingin membuka akaun maybank perlulah mempunyai surat pendapatan ataupun surat kebenaran dari majikan supaya pihak bank mudah untuk membenarkan anda membuka akaun bank di bank mereka (ini kerana faktor keselamatan dan faktor jenayah siber yang berleluasa kini yang menyebabkan prosedur untuk membuka akaun bank menjadi lebih ketat)

Kalau Anda bawah umur 18 tahun ke bawah, Anda dinasihati untuk membawa:

  • Surat Beranak
  • IC Anak-anak
  • IC Ibu bapa
  • Ibu/bapa perlu hadir sekali
  • Bil utiliti/bil telefon/bil elektrik

Cara Buka Akaun Maybank Online

Berikut merupakan langkah-langkah cara buka akaun Maybank secara online.

  1. Klik pautan Maybank2u Open Account
  2. Pilih I am a Young Professional and would like to Open a Savings Account, klik Discover
  3. Sekiranya Anda seorang pelajar, sila pilih Student, klik Discover
  4. Pilih satu acc yang Anda inginkan, contoh Yippie-i Account, klik Apply Now
  5. Isikan butiran maklumat Anda pada borang yang dipaparkan, tick pada bahagian I have read and understand the Terms & Condition.
  6. Klik Submit

Kebiasaanya, pihak bank akan hubungi Anda pada hari bekerja jadi sila tunggu sahaja untuk proses seterusnya.

Cara Daftar Maybank Online Maybank2u

Sekiranya Anda sudah mempunyai akaun Maybank, kami nasihatkan Anda untuk buat Maybank2u bagi mempermudah urusan perbankan Anda.

Sila ikuti cara buat Maybank online atau maybank2u di bawah ini.

  1. Lawati pautan rasmi Maybank di https://www.maybank2u.com.my
  2. Klik Register Now.
  3. Masukkan Nombor Kad Maybank Anda.
  4. Masukkan PIN Kad Maybank.
  5. Klik I Agree with the Terms & Conditions.
  6. Klik Continue.
  7. Seterusnya, masukkan Username yang Anda inginkan.
  8. Masukkan Password yang Anda inginkan
  9. Masukkan sekali lagi kata laluan Anda pada Confirm New Password.
  10. Masukkan Alamat Email Anda.
  11. Masukkan Nombor TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda.
  12. Isikan nombor TAC yang diperoleh.
  13. Klik Next.
  14. Pada Image, masukkan gambar bagi tujuan keselamatan.
  15. Pada Security Phrase, masukkan apa-apa perkataan atau frasa bagi tujuan keselamatan.
  16. Sila pilih soalan yang boleh Anda jawab pada ruangan Memorable Questions.
  17. Klik Done.
  18. Selesai.

Soalan Lazim Maybank

Di bawah ini merupakan soalan lazim yang berkaitan dengan Maybank:

1. Kalau dah 18 tahun keatas and tak kerja (bukak acc sebab nak sambung belajar) kene bawak apa-apa ke kecuali ic?

Bawa surat tawaran belajar dan semua yang kami dah senaraikan tu kecuali parents, tandatangan parents bagai tu.

Tengah tunggu result SPM dan tak dapat surat tawaran, macam mana ya?

kalau Anda nak buka dulu pun boleh cuma Anda kena buat surat pendapatan ataupun Anda kata yang saya nak buka akaun maybank sebab nak simpan duit, kalau dia tanya duit dapat dari siapa Anda cakap parents, kalau dia tanya berapa parents kasi sebulan, itu bergantung kepada parents Anda berapa yang parents Anda bagi sebulan, kalau dia tanya ada bawa penyata pendapatan parents, Anda tunjukkan sekali kedua dua statement tu.

2. Apa beza akaun saving dengan personal?

Personal saving/saving account sama je cuma ayat je berbeza

3. Kalau nak buat acc maybank untuk bawah umur 17, jika bawak parents untuk daftar boleh kan?

Nak suruh parents buatkan boleh nak buat sendiri (kena bawak parents) pun boleh

4. Kalau kerja online macam agent ke ape lepastu nak save duit dekat dalam bank boleh ke? Kene buat yangg saving account kan?

Boleh

5. Ada bayaran dalam proses buat account bank tu ?

Ada. Cuma dia tolak apabila Anda sudah memasukkan wang ke dalam akaun bank Anda sendiri dalam RM18 camtu.

6. Lama ke proses buat card ATM/Debit di cawangan tu?

Haritu buat haritu juga dapat.

Itu sahaja perkongsian mengenai cara pembukaan akaun Maybank secara online dan di cawangan, semoga bermanfaat.