Cara Buka Akaun OCBC Secara Online dan Walk-in

OCBC Bank mempunyai kemudahan untuk Anda yang ingin membuka akaun bank tanpa perlu keluar rumah iaitu pembukaan akaun OCBC secara online dan walk-in.

OCBC merupakan antara bank terbaik yang mempunyai perkhidmatan dan kemudahan perbankan bagi merealisasikan kesejahteraan ekonomi masyarakat.

Salah satu produk simpanan yang ditawarkan oleh OCBC ialah Akaun 360, akaun simpanan ini boleh dibuka oleh sesiapa sahaja dengan syarat mudah. Sebelum membuka akaun OCBC, Anda perlu sediakan dahulu beberapa syarat dan dokumen di bawah.

Syarat Buka Akaun OCBC Bank
Syarat Buka Akaun OCBC Bank

Syarat Buka Akaun OCBC Bank

Sekiranya Anda berhasrat untuk membuka akaun OCBC sama ada menggunakan kaedah online atau offline di cawangan OCBC, terdapat beberapa dokumen yang diperlukan yang perlu dilengkapkan bagi memudahkan proses pembukaan akaun OCBC.

Di bawah ini merupakan produk akaun simpanan OCBC Bank yang dapat Anda pilih. Namun, Anda mesti sediakan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.

1. OCBC Flex Account

Kelayakan

  • Umur Minimum 18 tahun
  • Warganegara Malaysia berstatus Pemastautin sahaja
  • Deposit Permulaan RM20
  • Penyata Bulanan e-Statement

2. OCBC 360 Account

Kelayakan

  • Umur Minimum 18 tahun
  • Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Bukan Pemastautin (tertakluk kepada negara asal)
  • Deposit Permulaan RM500
  • Kertas Penyata Bulanan atau e-Penyata

Faedah

  • Dapatkan 0,05% pada keseluruhan baki Anda.
  • Dapatkan sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan.
  • Dapatkan 0.70% bayar sekurang-kurangnya 3 bil dalam talian
  • Dapatkan 0,70% p.a Belanja sekurang-kurangnya RM500 untuk Kad OCBC Anda setiap bulan.

Note: Faedah 2.15% p.a. terpakai pada baki RM100,000 pertama anda dan akan dibayar pada hari perniagaan ke-14 (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum) pada bulan berikutnya. Hanya satu (1) akaun dibenarkan bagi setiap pelanggan dan dengan deposit minimum RM500.

3. OCBC Booster Account

Tingkatkan simpanan Anda apabila Anda menggabungkannya dengan kekayaan Anda.

  • Faedah Asas 1.60% p.a Pada keseluruhan baki akaun Anda apabila anda menyimpan baki sekurang-kurangnya RM30,000
  • Bonus Kekayaan 1.20% p.a Pada RM50,000 pertama baki akaun anda selama 4 bulan bergantung pada jumlah kelayakan bergantung pada jumlah kelayakan Pelaburan atau Insurans terpilih.
  • Jumlah Faedah 2.80% p.a Pada maksimum RM50,000 baki akaun anda selama 4 bulan, Jika Anda Layak untuk Faedah Asas 1.60% p.a dan Bonus Kekayaan

*Sebagai contoh, jika Anda mengekalkan baki akaun RM30,000 dan layak untuk Bonus Kekayaan pada RM50,000 pertama, Kadar Faedah Berkesan untuk tempoh 4 bulan ialah 2.80% p.a.
Nikmati tiada tempoh kunci masuk ke atas dana anda dan pengecualian yuran MEPS untuk 2 pengeluaran pertama setiap bulan.

Kelayakan

  • Umur Minimum 18 tahun
  • Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Bukan Pemastautin (tertakluk kepada negara asal)
  • Deposit Permulaan RM500
  • Kertas Penyata Bulanan atau e-Penyata

Bonus Kekayaan

Produk Kekayaan yang LayakBermula dari
Insurans Premium BiasaRM6,000 untuk premium tahunan tahun pertama
Pelaburan Sekaligus Unit AmanahRM20,000
  • Bonus kekayaan akan dibayar pada pada RM50,000 pertama purata baki harian akaun Anda. Anda akan menerimanya pada hari perniagaan ke-14 pada bulan berikutnya
  • Caj jualan minimum untuk pelaburan unit amanah yang layak ialah 2.75%
  • Pengecualian yuran pengeluaran 2 MEPS adalah promosi dan sah sehingga 31 Disember 2022
  • Jika Anda layak untuk bonus kekayaan lebih daripada sekali dalam sebulan yang sama, Anda akan menikmati bonus kekayaan dari tarikh berkuatkuasa pembelian produk kekayaan terkini yang layak
  • Anda perlu menjadi pemegang akaun utama Akaun OCBC Booster serta pemilik polisi produk insurans yang layak atau pemegang akaun utama produk pelaburan yang layak

4. OCBC Fixed Deposit

OCBC memberi Anda kelonggaran untuk mengeluarkan sebahagiannya jika Anda paling memerlukannya sementara masih mengembangkan wang Anda dengan kadar Deposit Tetap/-i yang menarik pada baki Anda.

Kelayakan

  • Umur 18 tahun ke atas
  • Rakyat Malaysia, Malaysia dan Warga asing

Deposit Permulaan

  • 1 bulan: RM5,000
  • 2-60 bulan: RM1,000
  • Pengeluaran separa dalam gandaan RM1,000 dengan baki minimum RM1,000

Kadar Deposit Tetap

Nota: Kadar adalah indikatif sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang kadar faedah Deposit Tetap yang ditawarkan kepada bukan pemastautin dan syarikat, sila hubungi +603-8317-5000 (pertanyaan Perbankan Peribadi) atau 1300-88-7000 (pertanyaan Perbankan Perniagaan)

Cara Buka Akaun OCBC Bank di Cawangan

Sekiranya Anda berhasrat membuka akaun OCBC Bank di cawangan, Anda perlu membawa syarat dan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, wang untuk deposit dan bil elektrik.

Sila rujuk semula maklumat yang kami kongsikan diatas untuk setiap jenis produk akaun bank.

  1. Langkah pertama, sila kunjungi cawangan OCBC terdekat dengan syarat seperti kad pengenalan dan deposit.
  2. Seterusnya, beratur dan tunggu nombor giliran Anda dipanggil.
  3. Setelah nombor giliran Anda dipanggil, sampaikan tujuan Anda ingin membuka akaun baru kepada staff bank.
  4. Sediakan syarat yang diperlukan dan isikan borang pembukaan akaun.
  5. Buat deposit awal.
  6. Apabila semua proses selesai, staff bank akan memberikan Anda buku akaun dan kad ATM.
  7. Akhir sekali, sila buat PIN kad ATM Anda.

Cara Buka Akaun OCBC Melalui Online

Syarat buka akaun OCBC secara online.

  • Anda berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Anda adalah warganegara Malaysia yang tidak memegang status Pemastautin Tetap di luar negara.
  • Anda adalah pemastautin yang membayar cukai di Malaysia sahaja.
  • Anda membuka akaun ini untuk diri sendiri (akaun nama tunggal).
  • Anda sedia maklum bahawa Akaun 360 dan Akaun Booster adalah produk konvensional dan deposit permulaan untuk kedua-dua akaun ialah RM500.
  • Anda sedia maklum bahawa Akaun Simpanan Tetap adalah produk konvensional, dan jumlah pembukaan awal ialah RM5,000 untuk penempatan 1 bulan dan RM1,000 untuk penempatan 2 – 60 bulan.
  • Jika Anda adalah pelanggan OCBC sedia ada, sila pastikan nombor telefon bimbit Anda adalah terkini sebelum memohon akaun dalam talian. Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit Anda melalui Perbankan Internet, dengan menghubungi Khidmat Pelanggan OCBC atau dengan melawat mana-mana Cawangan OCBC.
  • Alamat kediaman Anda akan ditetapkan sebagai alamat surat-menyurat Anda.

Anda memerlukan dokumen ini:

  • MyKad
  • Mana-mana di bawah (jika alamat MyKad berbeza daripada alamat kediaman Anda): Bil Utiliti (contoh. elektrik, air, telefon atau Astro), Penyata KWSP (EPF Statement), Lesen memandu ataupun Penyata bank.

*Format fail yang disyorkan dalam PDF, JPG atau PNG

Setelah Anda menyediakan senarai syarat dan dokumen diatas, langkah seterusnya adalah ikuti step berikut:

  1. Buka link pembukaan akaun OCBC online.
  2. Klik Yes.
  3. Baca Terms and Conditions, klik I Agree.
  4. Klik Terms and Conditions untuk produk yang ingin Anda buka. Lepas tu, tick dan klik Next. Cara Buka Akaun OCBC Melalui Online
  5. Klik Next. Buka Akaun OCBC Melalui Online
  6. Sila masukkan maklumat peribadi Anda, kemudian klik Next. Cara Buka Akaun OCBC Secara Online
  7. Lepas tu, lengkapkan maklumat pekerjaan Anda. Klik Next.
  8. Isikan maklumat peribadi Anda pada bahagian Contact Details.
  9. Sila isikan Additional Details.
  10. Upload atau muat naik dokumen.
  11. Setelah itu sila tunggu staff OCBC menghubungi Anda.

Cara Daftar Akaun OCBC Bank Online

Setelah Anda mempunyai akaun OCBC, kami nasihatkan Anda untuk membuat akaun OCBC online banking. OCBC online banking merupakan perkhidmatan internet banking yang boleh membantu Anda memudahkan urusan kewangan seperti transfer, bayar bil, topup dan banyak lagi.

Sila ikuti langkah-langkah cara daftar akaun OCBC bank online berikut:

  1. Lawati website rasmi OCBC Bank https://www.ocbc.com.my
  2. Klik Login.
  3. Klik Activate Now.
  4. Pilih Jenis Kad Anda.
  5. Masukkan Nombor Kad Debit Anda.
  6. Masukkan Card Expiry Date.
  7. Masukkan Pilih Jenis Kad Pengenalan.
  8. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  9. Isikan Date of birth.
  10. Masukkan kod Capthca yang tersedia.
  11. Klik Next.
  12. Selesai.

Soalan Lazim OCBC Bank

Di bawah ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan OCBC Bank.

1. Sejauh manakah Akaun OCBC Flex daripada akaun simpanan lain?

Akaun OCBC Flex ialah akaun simpanan yang membolehkan Anda membahagikan wang Anda antara Simpan Periuk dan Periuk Belanja, memberi Anda cara baharu untuk menyimpan, membelanjakan dan mengurus wang Anda.

2. Bolehkah saya menggunakan wang dalam Akaun OCBC Booster saya?

Ya boleh. Tiada tempoh kunci masuk untuk akaun ini. Anda boleh mengeluarkan wang dengan kad debit dan atau mengakses wang Anda melalui Perbankan Dalam Talian OCBC.

3. Adakah Bank akan memberikan saya notis 21 hari sebelum pada kadar faedah dan atau produk?

Dimulakan oleh Bank, Bank akan memberikan notis 21 hari sebelum melaksanakan perubahan.

4. Bolehkah saya membuka lebih daripada satu Akaun OCBC Flex?

Anda boleh membuka hanya satu akaun OCBC Flex di mana Anda adalah pemegang akaun utama dan tunggal.

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.