Cara Daftar Akaun myBSN

Perkembangan teknologi dan maklumat kini telah menembusi pelbagai sektor termasuk dunia perbankan yang agak dinamik dan menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran. Satu kejayaan yang telah dilaksanakan secara meluas oleh bank adalah penggunaan internet banking untuk menyokong perkhidmatan kewangan jarak jauh.

Dengan menggunakan internet banking, Anda boleh melakukan pelbagai jenis transaksi perbankan melalui telefon bimbit atau komputer riba yang disambungkan ke internet. Salah satu bank yang menawarkan perkhidmatan internet banking ialah Bank BSN (Bank Simpanan Nasional) yang menyediakan perbankan Internet BSN.

Internet banking BSN adalah saluran pengedaran bank untuk mengakses akaun yang dipegang oleh pelanggan melalui internet menggunakan browser pada komputer.

Boleh digunakan secara realtime melalui akses internet 24 jam sehari atau 7 hari seminggu.

Cara Daftar Internet Banking Bank BSN
Cara Daftar Internet Banking Bank BSN

Perkhidmatan Internet Banking MyBSN

Berikut ini adalah perkhidmatan yang ada di Internet banking bank BSN.

  • Balance enquiry
  • Fund Transfer
  • Bill Payment
  • Credit Card Payment
  • Credit Card PIN Request
  • Debit Card :
    – Update Purchase Limit
    – Update Overseas Transaction Status
    – Update Online Purchase Status
  • Report Lost/Stolen Card
  • e-SSP Savings
  • PIN Purchase
    – Further your studies to higher level? Purchase your Unique ID No or PIN No online. Only from BSN
  • Prepaid Reload
  • Standing Instruction
    – Manage your periodic payments to BSN accounts and other Banks’ accounts online
  • Financing Payment
    – You can make payments to all BSN Loan accounts (Personal Loan, Home Loan and Hire Purchase)
  • e-Statement Download
  • Online Application
  • Application for e-Saver
  • Apply for Credit Card.
  • Secured Message Inbox

Apa itu MyBSN

Sebagai pelanggan baru, tentu sahaja Anda ingin mengetahui sebetulnya apa itu MyBSN? MyBSN merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang Bank BSN termasuklah maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

MyBSN menawarkan pelbagai ciri yang sangat bermanfaat seperti:

  • Check Baki
  • Transfer Dana
  • Bayar Bil
  • Bayar Kad Kredit
  • Beli SSP
  • Beli PIN
  • Topup
  • dan banyak lagi.

Sebelum dapat menggunakan perkhidmatan MyBSN, Anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Kami telah sediakan tutorial cara daftar BSN online di HP dan komputer.

Apakah perkhidmatan MyBSN ini percuma? tentu sahaja percuma, jadi tak perlu risau.

Cara Daftar Akaun myBSN Internet Banking Online

Setelah mengenal beberapa kelebihan dari Internet Banking BSN, selanjutnya adalah mendaftarkan akaun menjadi internet banking BSN. Caranya mudah, untuk mengakses internet banking BSN sila buka https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

  1. Buka web rasmi myBSN.
  2. Klik butang First Time Registration.Cara Daftar Internet Banking MyBSN
  3. Accept Terms & Conditions dengan cara Scroll bawah lepas tu klik NEXT.
  4. Masukkan nombor kad debit / kredit, PIN (Kad Debit Sahaja), bulan ramat dan CVV2Cara Daftar Akaun myBSN Internet Banking Online
  5. Jika Anda warganegara Malaysia sila isikan New Ic Number. Bagi yang guna passport (tak punya IC), pilih Millitary IC/Passport number.
  6. Masukan butiran username yang Anda mahu, Password (mesti lebih dari 8 angka), kod OTP dan Online Image.

Kod OTP ini di dapatkan dari nombor telefon yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN dahulu.

Cara Daftar BSN Online MyBSN di Handphone

Jika Anda tidak mempunyai laptop atau komputer, Anda masih boleh mendaftar perhidmatan BSN online banking atau MyBSN melalui handphone Anda.

Langkah cara register BSN online banking di handphone:

  1. Pertama, klik https://www.mybsn.com.my
  2. Selepas itu, klik Register Cara Daftar BSN Online
  3. Tandakan Accept, untuk First Time Registration. Kenapa perlu tandakan Accept? Sebab sebelum mendaftar BSN online banking, Anda mesti bersetuju dengan syarat dan terma yang berlaku. Jika Anda mahu, Anda boleh baca dulu terma dan syarat tersebut.
  4. Selepas Anda bersetuju dengan terma dan syarat, sila klik butang Next/Submit.
  5. Pada halaman ini, sila masukkan maklumat terperinci no kad ATM Debit/Kad Kredit bank BSN Anda. Sila masukkan 16 digit no kad tersebut pada bahagian Debit/Credit Card Number. Cara Daftar myBSN
  6. Kemudian masukkan nombor CVV2, nombor CVV2 boleh Anda lihat pada bahagian belakan kad debit/kredit Anda.
  7. Masukkan tarikh sah tempoh kad Anda pada bahagian Expiry Date.
  8. Selepas itu, isikkan nombor kad pengenalan baru/lama/pasport Anda. Klik butang Next.
  9. Pada halaman seterusnya, sila masukkan username, password, OTP number, pilih online image. Online image di pilih bagi tujuan pengesahan setiap kali Anda akan log masuk MyBSN. Cara Daftar Akaun myBSN Online
  10. Jika pendaftaran berjaya, pada skrin handphone Anda akan terpapar pengesahan pendaftaran beserta butiran maklumat had transaksi perbankan.

Cara Login BSN Online MyBSN

Selepas Anda berjaya mendaftar perkhidmatan BSN online banking, sekarang Anda boleh cuba log masuk MyBSN. Langkah cara login BSN online boleh Anda ikuti di bawah ini.

  1. Buka website rasmi BSN di https://www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username, Password dan Online Image Anda. Klik Login.Login BSN online
  3. Sila masukkan data peribadi yang diminta di kotak bertanda *.
  4. Selepas itu Anda boleh buat sebarang transaksi seperti topup, bayar bil dan banyak lagi.

Soalan Lazim BSN Online

Beberapa hal/perkara yang berlaku semasa mendaftar yang mungkin terjadi kepada Anda.

Kod OTP/TAC tidak masuk ke handphone, apa perlu buat?

Sekiranya kod OTP/TAC tidak masuk ke telefon bimbit Anda, boleh jadi disebabkan kerana Anda belum mendaftarkan no telefon Anda di bank BSN atau Anda belum kemaskini no telefon lama dengan yang baru. Sila baca panduan cara tukar no telefon BSN agar memudahkan Anda.

Macam mana cara tukar no telefon BSN?

Untuk kemaskini/update mobile phone number Anda mesti pergi ke mana-mana bank BSN terdekat, pegawai bank akan membantu Anda untuk kemaskini no telefon lama dengan yang baru.

Di skrin terpapar Unable to process your request, apakah itu?

Perlu diketahui bahawa jika berlaku “Unable to process your request” sebelumnya Anda pernah cuba daftar tapi tak berjaya. Masalah dapat diselesaikan dengan buat telefon Customer Service Centre 1 300 88 1900.

Baca juga : Cara semak baki akaun BSN saya melalui online dan SMS

Internet banking bank BSN akan memudahkan Anda melakukan setiap transaksi yang mahu dijalankan, menyemak baki, transfer dan sebagainya.

Anda tidak perlu lagi datang ke bank atau ATM terdekat.