Cara Daftar Astro Go di Telefon Tonton Online Percuma

Ramai rakyat Malaysia kini telah melanggan Astro GO, perkhidmatan penstriman filem paling popular hari ini. Dengan mendaftar akaun Astro GO, Anda boleh menikmati filem dan siri TV terbaik sepuasnya.

Ini memberi impak yang sangat positif terhadap usaha memerangi laman pawagam dalam talian yang memaparkan kandungan secara haram. Kerana kini Anda boleh menikmati kandungan berkualiti secara sah, tanpa melanggar hak cipta.

Sekarang Anda boleh menonton filem dengan menggunakan smartphone, laptop, PC dan tablet. Anda hanya perlu daftar perkhidmatan Astro Go secara percuma khas untuk pelanggan Astro.

Berikut kami kongsikan langkah cara daftar Astro Go sehingga Anda boleh dapatkan perkhidmatan ini secara percuma.

Cara Daftar Astro Go
Cara Daftar Astro Go

Apa Itu Astro GO

Astro Go adalah satu aplikasi yang dibangunkan oleh pihak Astro kepada pelanggan mereka bagi menonton atau memuat turun filem dan rancangan telivisyen kegemaran pada smartphone, tablet, laptop dan PC dimana sahaja Anda inginkan.

Kami nasihatkan Anda untuk mendaftar Astro Go, sebab perkhidmatan ini percuma tiada caj (free). Anda hanya perlu daftar dan download sahaja untuk menikmati rancangan yang tersiar melalui Astro On The GO.

Kelebihan Astro Go adalah selepas Anda mendaftar, Anda dibolehkan untuk mengakses 4 peranti serentak. Pastikan peranti tersebut mempunyai capaian internet yang stabil.

Namun, untuk filem Pay-Per-View atau siri-siri TV seperti Astro First, Astro Best dan filem-filem berbayar terpilih, 1 nombor akaun (Astro ID) atau 1 nombor Smart Card boleh ditonton sehingga 2 peranti pada masa yang sama.

Cara Daftar Astro Go

Berikut ini merupakan cara Daftar Astro Go.

  1. Lawati pautan rasmi Astro Go sebagai berikut astrogo.astro.com.my
  2. Klik No Astro ID? Create now Register Astro Go
  3. Kemudian, masukkan Nama Anda.
  4. Masukkan Alamat Email Anda
  5. Masukkan Nombor Handphone Anda.
  6. Seterusnya, sila cipta Kata Laluan yang Anda inginkan.
  7. Tandakan pada kotak persetujuan Privacy Policy, Terms of Use
  8. Klik Create Astro ID.
  9. Anda dikehendaki untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan serta maklumat lain yang berkaitan dan nombor akaun/smart kad Astro Anda.
  10. Klik Next.
  11. Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
  12. Selesai.

Sekiranya Anda ingin daftar tanpa akaun ID, Anda boleh mendaftar melalui akaun Facebook.

Cara Register Astro GO Luar Negara

Sekiranya Anda sedang tinggal dan berkelana di Singapore, Brunei atau Indonesia dan mahu tonton siaran Astro Go secara online, kami mempunyai cara yang membolehkan Anda menonton tanpa sebarang masalah.

Pertama sekali, pastikan Anda mendaftar Astro Go sebelum pergi ke luar negara, namun sekiranya Anda telah berada di luar negara Anda boleh gunakan VPN untuk mendaftar Astro Go.

Sila muat turun dan instal aplikasi VPN Surfshark dan buat pendaftaran secara online.

Selepas Anda mendaftar, Anda boleh menonton siaran Astro Go secara percuma.

Cara Login Astro Go

Ikuti langkah-langkah login Astro Go di bawah ini:

  1. Sila kembali ke halaman utama aplikasi
  2. Masukkan Alamat Email atau Nombor Telefon yang telah Anda daftar.
  3. Masukkan juga Kata Laluan Anda.
  4. Klik Login.
  5. Anda berjaya login ke akaun Anda.

Soalan Lazim Astro Go

Di bawah ini merupakan beberapa soalan yang berkaitan dengan Astro Go:

1. Adakah saya perlu membayar tambahan untuk menggunakan Astro Go?

Tidak, Astro Go ialah percuma untuk Pelanggan Astro. Kandungan yang tersedia di Astro Go bergantung kepada pek langgnan yang Anda langgan.

2. Apa sahaja yang boleh tonton di Astro GO?

Akses Anda kepada Astro GO bergantung pada pek langganan yang Anda langgan. Tidak semua rancangan/saluran akan tersedia di Astro Go kerana ini bergantung pada hak kontrak dengan garis panduan khusu tentang kelayakan rancangan/saluran ini.

Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Astro di:

  • Facebook @fb.com/AstroGO.my
  • Twitter @AstroGOmy
  • Laman web https://www.astro.com.my
  • WhatsApp ke +60395433838

Semoga maklumat yang kami kongsikan diatas boleh membantu Anda.