Cara Daftar Bank Muamalat Online

Bayar bill, semak baki, dan transfer duit pada Bank Muamalat sekarang lebih mudah dengan adanya perkhidmatan internet banking Bank Muamalat (i-muamalat online).

i-muamalat telah menerima sijil keselamatan dari GlobalSign, sebuah pihak berkuasa perakuan keselamatan yang terkenal.

Ini untuk mengesahkan bahawa laman web i-muamalat adalah sahih dan mematuhi standard industri terbaik.

Transaksi yang dilakukan melalui i-muamalat juga dienkripsi menggunakan SSL 2048-bit.

Selanjutnya untuk setiap transaksi wang, kod pengesahan tahap kedua yang dihantar terus ke telefon bimbit berdaftar Anda bertindak sebagai lapisan keselamatan tambahan.

Jika Anda menggunakan Bank Muamalat dan ingin membuat online banking, Anda perlu mendaftar dahulu di i-Muamalat.

Cara Daftar Bank Muamalat Online

Cara Daftar Bank Muamalat Online

Anda boleh gunakan pelbagai jenis browser/pelayar untuk mendaftar perkhidmatan internet banking bank Muamalat seperti Internet Explorer, Microsoft Edge, Google Chrome dan Firefox.

  1. Log masuk ke laman web https://www.i-muamalat.com.my untuk memulakan proses pendaftaran dalam talian.
  2. Klik First Time Registration
  3. Terima Terms and Conditions klik Next
  4. Masukkan 16 digit nombor kad debit/ATM Anda
  5. Masukkan PIN ATM
  6. Sila pilih jenis Identiti MYKAD/Passport
  7. Masukkan nombor MYKAD/Passport
  8. Masukkan Nombor Telefon Anda untuk meminta kod TAC klik Next
  9. Masukkan Username yang ingin Anda gunakan (6-12 alphanumeric, alphanumeric bermaksud ada gabungan abjad, nombor dan simbol) contoh Username Ahmad123!
  10. Masukkan Password yang ingin Anda gunakan
  11. Sila pilih 1 Security Image, guna Security Image iaitu sebagai pengesahan untuk akaun Anda
  12. Selesai, sekarang Anda boleh log masuk dengan akaun yang telah Anda buat

Sila cuba semak baki akaun Bank Muamalat secara online untuk mengetahui maklumat baki Anda.

Faq Register i-Muamalat Online Banking

Ramai orang yang pening dan risau sebab tak boleh login akaun internet banking bank Muamalat. Berikut adalah senarai kes yang berlaku dan dapat membantu Anda menyelesaikan masalah tersebut.

Tak Boleh Login Selepas First Time Registration

Perkara tersebut berlaku kerana akaun internet banking Anda belum aktif. Sila call customer service bank muamalat pada 03 2600 5500. Lepastu tekan pilihan 4, minta untuk diaktifkan.

Pihak bank Muamalat akan bertanya sikit informasi/maklumat, Anda dihendaki untuk menjawab semua jawapan dengan betul dengan apa yg Anda masukkan masa nak register akaun online.

Satu lagi, pastikan nombor telefon untuk terima TAC dan nombor telefon akaun bank Anda sama, kalau tidak, Anda dikehendaki pergi ke cawangan bank terdekat untuk kemaskini nombor telefon baharu

Macam Mana Nak Tukar No Telefon Lama Untuk Keperluan TAC

Anda boleh menukar nombor TAC di Other Services > My Data > Update Mobile Number untuk menu TAC setelah log masuk ke i-muamalat. Setelah berjaya mengemas kini sila hubungi Customer Care Line di +60326005500 untuk pengaktifan.

i-Muamalat Kena Block Apa Boleh Buat

Sekiranya Anda tidak log masuk ke akaun Internet Banking i-muamalat mereka selama 90 hari, akaun Internet Banking i-muamalat akan menjadi tidak aktif. Atau sekiranya Anda gagal masuk setelah 3 kali mencuba log masuk, ID Pengguna Anda akan disekat.

Anda harus menghubungi Customer Care Line di talian +60326005500 untuk segera mengaktifkan semula akaun Internet Banking i-muamalat Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *