Cara Daftar CIMB Clicks

Dengan internet banking, transaksi kewangan menjadi lebih mudah dan cepat serta menjimatkan masa. Itulah sebabnya semakin banyak orang menggunakan ciri internet banking. Bagi Anda pelanggan CIMB, inilah masanya Anda mendaftar untuk internet banking CIMB online / CIMB Clicks.

Apa itu CIMB Clicks? CIMB Clicks adalah perkhidmatan perbankan dalam talian (online) yang selamat, mudah, dan pantas 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

CIMB Clicks sangat berguna untuk transaksi perbankan. Contoh, dengan menggunakan CIMB Clicks, Anda boleh menambah kredit telefon, bayar bill, transfer duit, semak baki akaun dan pelbagai aktiviti kewangan lainnya.

Perkhidmatan CIMB Clicks ini boleh digunakan oleh pemegang akaun bank CIMB dan juga pemegang akaun CIMB Islamic Bank.

Cara Daftar CIMB Clicks

Syarat Daftar CIMB Clicks

  • Mempunyai akaun CIMB dan kad debit (kad ATM)
  • Mempunyai E-PIN
  • Mempunyai no telefon berdaftar

Untuk memenuhi syarat diatas, berikut adalah langkah-langkah yang mesti Anda lakukan.

Cara Daftar No Telefon TAC CIMB dan E-PIN

Jika Anda belum mendaftarkan nombor telefon bimbit dan mendapatkan E-PIN Anda dalam sistem CIMB Clicks, sila lakukan pendaftaran bagi tujuan penerimaan OTP dan TAC melalui mesin ATM CIMB berdekatan dan ikuti langkah berikut:

  1. Masukkan kad ATM Anda beserta nombor PIN ATM
  2. Tekan Other di Menu Utama
  3. Tekan CIMB Clicks dan diikuti TAC Registration
  4. Masukkan No Baru Telefon Bimbit Anda
  5. Sila ambil resit/slip yang menyatakan bahawa pendaftaran TAC Anda berjaya

Cara Daftar CIMB Clicks

Kami syorkan Anda untuk menggunakan komputer atau laptop dan menggunakan jenis browser/pelayar Internet Explorer/Microsoft Edge/Google Chrome atau Firefox bagi tujuan mendaftar internet banking CIMB Clicks.

Pastikan juga, sambungan internet Anda sudah OK sehingga proses pendaftaran dapat berjalan dengan baik.

  1. Buka pautan https://www.cimbclicks.com.my
  2. Klik Register for CIMB Clicks.
  3. Pilih butang CIMB ATM, DEBIT & CREDIT CARD.
  4. ATM/Debit/Credit Card Number, masukkan debit 16 digit nombor ATM CIMB Anda.
  5. ATM PIN, masukkan nombor E-PIN/ATM PIN yang diperoleh semasa pendaftaran di mesin ATM.
  6. Enter text as per above, masukkan kod yang terlihat.
  7. Tandakan pada kotak untuk Terms & Conditions. Klik Next.
  8. One Time Activation Code akan dihantar melalui SMS ke telefon nombor telefon Anda.
  9. Masukkan nombor One Time Activation Code tersebut pada ruangan seterusnya. Klik Continue
  10. ID, masukkan username yang Anda inginkan.
  11. Password, masukkan kata laluan yang Anda inginkan. Kata laluan ini mestilah mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol (sekurang-kurangnya mempunyai 8 aksara) contoh Sitinoor33!
  12. Re-enter Password, masukkan semula kata laluan.
  13. Mother’s Maiden Name, masukkan nama ringkas ibu Anda.
  14. Email Address, masukkan alamat emel Anda.
  15. Create Your Secure Word, masukkan apa sahaja perkataan yang Anda ingin gunakan sebagai langkah keselamatan bagi akaun Anda. Contoh Saya Cantik
  16. Enter Your Introducer’s Details tidak perlu diisi (optional).
  17. Klik butang I agree & submit.
  18. Tahniah proses pendaftaran akaun CIMB Clicks telah berjaya.

Sila simpan semua rekod maklumat yang telah diisi pada borang pendaftaran online CIMB bagi tujuan rujukan pada masa hadapan.

Cara Login CIMB Clicks

Anda sudah mempunyai akaun CIMBClicks online, sila cuba log masuk untuk mencuba pelbagai aktiviti kewangan.

  1. Buka pautan https://www.cimbclicks.com.my/clicks
  2. Masukkan User ID klik Login
  3. Tandakan Yes, this is my SecureWord sekiranya perkataan tersebut merupakan secure word Anda.
  4. Masukkan Password/Kata Laluan klik Login

Sekarang Anda boleh semak baki akaun CIMB online dengan cepat dan pantas.

Faq Register Internet Banking CIMB Clicks

Berikut adalah senarai pertanyaan dan masalah yang berlaku semasa Anda menggunakan perkhidmatan internet banking CIMB Clicks.

Macam Mana Nak Tukar No Telefon Lama Dengan Yang Baru

Bagaimana jika no handphone kita baru tapi no handphone yang ada dalam account CIMB tu nombor handphone yang lama. Jika perkara tersebut berlaku kepada Anda, cara tukar no HP CIMB Clicks boleh dilakukan melalui mesin ATM.

Lawati mesin ATM CIMB terdekat, masukkan kad debit dan PIN ATM, tekan menu Other > CIMB CLicks > Masukkan no HP baru.

Tak Boleh Login CIMB Clicks

Saya tak boleh log masuk CIMB Clicks dan kenapa cimb click tak boleh login selepas tukar kad baru? Boleh jadi kerana akaun CIMB Clicks Anda disekat atau Anda log masuk menggunakan pelayar di handphone.

Sila cuba buka komputer atau laptop, login guna username dan password yang lama, nanti akan keluar muka surat baru setelah dia kesan bahawa Anda dah tukar kad.

Masukkan nombor kad baru Anda serta nombor PIN ATM. Tandakan pada kotak TERMS & CONDITION. Tahniah, sekarang Anda boleh login CIMB Clicks semula.

Request TAC CIMB Clicks Tak Berfungsi

Boleh jadi TAC Anda disekat, Anda perlu hubungi Pusat Panggilan Bank CIMB di +603 6204 7788 untuk pengesahan dan pengaktifan.

Sekiranya masalah Anda belum terselesaikan, sila hubungi +603 6204 7788 atau pergi ke cawangan bank CIMB terdekat untuk selesaikan masalah Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *