Cara Daftar Hong Leong Connect Online Banking

Ramai pelanggan tak tahu cara daftar Hong Leong Connect online banking, sebab itulah jika kita pergi ke cawangan bank HLB ramai orang beratur untuk melakukan aktiviti perbankan seperti transfer wang, tarik tunai dan lainnya.

Perkara tersebut tentu membuat beberapa orang kesal sehingga malas untuk melakukan aktiviti perbankan. Bagi Anda yang termasuk sebagai orang malas, sebaiknya sila register online banking Hong Leong Bank.

Perkhidmatan perbankan ini boleh menjimatkan masa sehingga dapat membantu Anda sekiranya memerlukan transaksi penting maupun kecemasan. Cukup gunakan hujung jari untuk memulakan transaksi, tak perlu waktu lama untuk mengirim wang.

Cara Daftar Hong Leong Connect

Syarat Daftar Online Banking Hong Leong

Sebelum mendaftar perkhidmatan HLB Connect pastikan Anda telah mempunyai beberapa syarat yang diperlukan seperti:

  • Nombor Kad Pengenalan atau Pasport Anda sebagai pengenalan
  • Kad Debit/Kredit dengan nombor PIN 6-digit, atau nombor Akaun
  • Nombor telefon yang berdaftar untuk menerima 6-digit Kod Kebenaran Transaksi (TAC) melalui SMS untuk pengesahan
  • Jika Anda mahu kemas kini atau daftar nombor mudah alih Anda, sila kunjungi mana-mana cawangan Hongleong yang berdekatan

Selain syarat diatas, Anda pun mestilah memerlukan salah satu produk berikut:

  • Kad Debit
  • Kad Kredit
  • Akaun Tetap atau Simpanan
  • Akaun Pembiayaan

Cara Daftar Hong Leong Connect

Cara Mendaftar Hong Leong Online BankingSebelum melakukan pendaftaran Hong Leong Connect, kami syorkan Anda mendaftar menggunakan komputer/laptop dan pastikan sambungan internet Anda cukup laju. Seterusnya sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Buka laman https://s.hongleongconnect.my
  2. Klik Register Online Banking
  3. Masukkan Jenis Pengenalan dan Nombor Pengenalan
  4. Masukkan Nombor Kad dan PIN Kad dan Imej keselamatan
  5. Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS
  6. Cipta Nama Pengguna yang Anda inginkan
  7. Cipta Kata Laluan Anda
  8. Pilih Gambar Keselamatan
  9. Cipta Soalan Keselamatan
  10. Tahniah, pendaftaran selesai

Cara Daftar Hong Leong Connect Mobile Banking

Cara Daftar Hong Leong Connect Online BankingJika Anda mempunyai handphone smartphone Android atau iPhone, Anda boleh cuba perkhidmatan mobile banking HLB yang dapat membantu Anda melakukan aktiviti perbankan. Berikut langkah-langkah cara register mobile banking Hong Leong Connect.

  1. Muat turun Hong Leong Mobile Banking di Google Playstore atau App Store
  2. Lancarkan Aplikasi Connect dan pilih Daftar Sini
  3. Masukkan Jenis Pengenalan dan Nombor Pengenalan dan Alamat E-Mel
  4. Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS
  5. Cipta Nama Pengguna yang Anda inginkan
  6. Cipta Kata Laluan Anda
  7. Pilih Gambar Keselamatan
  8. Akui Terma dan Syarat
  9. Cipta Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan
  10. Pendaftaran selesai

Sila baca artikel lupa kata laluan Hong Leong Connect sekiranya Anda terlupa password HLB online banking.

Itulah cara daftar Hong Leong Connect online banking di laman s.hongleongconnect.my dan aplikasi Hong Leong Connect Mobile Banking, semoga perkongsian yang dinyatakan diatas dapat bermanfaat.