Cara Daftar Vaksin COVID-19 Melalui MySejahtera

Untuk menangani wabak COVID-19 yang telah terjadi sejak Mac 2020, kerajaan akhirnya telah menerima bekalan vaksin yang siap diberikan secara bertahap kepada rakyat Malaysia.

Pada masa ini, vaksin difokuskan untuk diberikan kepada petugas kesihatan sebagai mereka yang paling rentan terkena virus corona/COVID-19. Kemudian vaksin juga akan diberikan kepada petugas perkhidmatan awam dan rakyat Malaysia.

Untuk makluman, jika pemberian vaksin tersebut adalah secara sukarela dan percuma kepada semua penduduk Malaysia sama ada warganegara atau bukan warganegara.

Cara Daftar Vaksin COVID-19 Melalui MySejahtera

Cara Daftar Vaksin MySejahtera

Untuk pendaftaran bagi menerima Vaksin COVID-19, Anda boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera yang telah Anda miliki, berikut adalah langkah-langkah cara daftar vaksin COVID melalui MySejahtera:

  1. Sila buka aplikasi MySejahtera Anda.
  2. Pilih COVID19 Vaccination.
  3. Pilih Vaccine for (Nama Anda).
  4. Sahkan maklumat diri Anda dan klik Confirm. Sekiranya maklumat yang Anda masukkan salah, sila klik Edit.
  5. Seterusnya, tekan Click Here.
  6. Sekarang, sila jawab soalan yang diberikan atau terpapar di skrin dan klik Hantar.
  7. Selepas itu, Anda akan menerima maklumat yang menunjukkan bahawa pendaftaran yang Anda buat telah berjaya dilakukan.

Macam mana jika saya belum mendaftar aplikasi MySejahtera? Dapatkah saya mendaftar secara online? Tenang je, sila ikuti panduan cara daftar aplikasi MySejahtera di bawah:

Cara Daftar MySejahtera Secara Online

Fungsi aplikasi MySejahtera:

  • Maklumat berkenaan COVID-19.
  • Penilaian Kesihatan.
  • Panduan Kesihatan.

Langkah-langkah cara mendaftar MySejahtera secara online:

  1. Layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my untuk mendaftar.
  2. Click Daftar MySejahtera.
  3. Masukkan nombor telefon bimbit (aktif) Anda atau alamat e-mel Anda (aktif). Cara Daftar MySejahtera secara Online
  4. Tekan Hantar. Anda akan menerima OTP (One Time Password) melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau emel (jika mendaftar menggunakan emel).
  5. Masukkan kod OTP yang diterima dan lalu tekan Hantar. Cara Daftar MySejahtera Online
  6. Sila masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan Hantar.
  7. Anda akan mendapat mesej Terima Kasih.
  8. Sila muat turun aplikasi MySejahtera dan log masuk.

Fasa Pemberian Vaksin di Malaysia

Sekiranya Anda sudah berdaftar sebagai penerima vaksin, berikut adalah jadual pemberian vaksin yang akan berlangsung dalam 3 fasa:

FasaBulanJumlah Penerima VaksinKeterangan Sasaran Penerima
1Februari - April 2021500,000 orang* Petugas barisan hadapan yang merangkumi
petugas kesihatan kerajaan dan swasta

* Petugas barisan hadapan yang merangkumi
perkhidmatan penting dan pertahanan
2April - Ogos 20219.4 juta orang* Baki kakitangan penjaga kesihatan serta
perkhidmatan penting dan pertahanan.

* Warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi serta Orang Kelainan Upaya (OKU)
3Mei 2021 - Februari 202213.7 juta
orang atau lebih
* Penduduk berumur 18 tahun ke atas (warganegara
dan bukan warganegara).

Kategori Tidak Sesuai Untuk Menerima Vaksin COVID-19

Berikut adalah senarai kategori yang tidak boleh/dapat menerima Vaksin COVID-19:

  1. Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL.
  2. Ibu yang sedang mengandung atau merancang untuk hamil.
  3. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria.
  4. Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
  5. Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.
  6. Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
  7. Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin.
  8. Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
  9. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, dan imunoterapi.

Sekiranya Anda mempunyai salah satu kategori yang disenaraikan diatas, sila jangan melakukan pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai Vaksin COVID-19, Anda boleh layari laman web rasmi https://www.vaksincovid.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *