Cara Instant Transfer Bank Rakyat

Transfer duit kini lebih mudah kerana dapat dilakukan di mana saja dan bila-bila masa. Tidak perlu lagi datang ke pejabat cawangan untuk beratur di perkhidmatan pelanggan bank dan mengisi borang transfer.

Cukup gunakan internet banking atau online banking iRakyat untuk melakukan semua transaksi kewangan termasuk cara instant transfer Bank Rakyat.

Sekarang setiap transaksi di Bank Rakyat mesti menggunakan perkhidmatan DuitNow, bagi Anda yang tak tahu cara transfer duit dari Bank Rakyat guna DuitNow, sila ikuti panduan dibawah.

Cara Instant Transfer Bank Rakyat

Caj Guna Instant Transfer

Ada orang yang bertanya, berapa caj jika guna instant transfer DuitNow?

Sampai sekarang, transaksi melalui perkhdimatan DuitNow adalah percuma. Sebab, setiap bank di malaysia ingin promosikan DuitNow supaya ramai yang guna DuitNow.

Mohon bagitau kami sekiranya maklumat ini sudah berubah.

Cara Daftar DuitNow Bank Rakyat

Dibawah adalah cara daftar perkhidmatan DuitNow bagi tujuan dapatkan ID DuitNow.

  1. Layari https://www.irakyat.com.my
  2. Klik Login > Pilih Personal Banking.
  3. Masukkan Username. Klik Login.
  4. Sahkan Secure Phrase. Klik Yes.
  5. Masukkan Password. Klik Login.
  6. Klik DuitNow.
  7. Pilih DuitNow ID Registration. Klik Next.
  8. Pilih DuitNow ID Type, Mobile Number (nombor handphone) atau  IC Number (MyKad).
  9. Pilih Receiving Account.
  10. Klik pada kotak I hereby agree to Terms & Conditions. Klik Next.
  11. Klik Request TAC. Masukkan kod TAC yang Anda terima di nombor telefon Anda. Klik Confirm.
  12. DuitNow ID Registration successful.Notis menunjukkan pendaftaran Anda telah berjaya.
  13. Klik OK

Cara Instant Transfer Bank Rakyat

Selepas Anda membuat pendaftaran, sila ikuti langkah dibawah ini.

  1. Layari https://www.irakyat.com.my
  2. Klik Login > Pilih Personal Banking.
  3. Masukkan Username. Klik Login.
  4. Sahkan Secure Phrase. Klik Yes.
  5. Masukkan Password. Klik Login.
  6. Klik DuitNow.
  7. Pilih DuitNow pada ruangan Please select your preferable DuitNow features.
  8. Klik Next bagi tujuan cara guna Instant Transfer.
  9. Masukkan maklumat seperti:
    • Transfer from (pilih Savings Akaun Anda).
    • Amaun (RM).
    • Transfer To (pilih New DuitNow ID dan pilih Account Number).
    • Beneficiary Details, masukkan maklumat penerima anda.
    • Beneficiary Account Number, masukkan nombor akaun penerima pada ruang .
    • Beneficiary Account Type, pilih Savings Account.
    • Beneficiary Bank, pilih bank penerima contoh Affin Bank.
    • Beneficiary Name, masukkan nama penerima.
    • Recipient Reference, masukkan rujukan penerima.
    • Payment Type, pilih Fund Transfer.
    • Letakkan Fund Transfer pada ruang Remark.
    • Effective Date, pilih Immediately (hari ini).
    • Klik pada kotak I hereby agree to Terms & Conditions. Klik Next.
  10. Sila semak semula maklumat yang telah Anda masukkan. Klik Request TAC.
  11. Masukkan TAC Number. Klik Submit.
  12. Tahniah, transaksi Anda telah berjaya. Klik Get Receipt.
  13. Resit keluar dalam bentuk pdf, sila klik Save.

Itulah panduan cara instant transfer Bank Rakyat melalui DuitNow, diharapkan perkongsian diatas boleh bermanfaat untuk Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *