Cara Login CIMB Bank Online

Perkhidmatan internet banking semakin diperlukan pada masa kini. Melalui internet banking, pelanggan dapat melakukan pelbagai transaksi dari rumah.

Hampir semua bank mempunyai perkhidmatan ini termasuk CIMB Bank. CIMB Clicks adalah perkhidmatan perbankan internet dari CIMB yang cukup mudah digunakan oleh pelanggan.

Cara Login CIMB Bank Online

Kelebihan CIMB Bank Online

Anda boleh menikmati kemudahan yang ditawarkan oleh CIMB Clicks. Seperti:

  • Tidak perlu bersusah payah pergi ke ATM CIMB atau ke cawangan bank, di mana sahaja dan bila-bila masa Anda boleh mengakses CIMB Clicks.
  • Cukup gunakan sambungan internet di rumah atau pejabat untuk melakukan transaksi secara online.
  • Skrin aplikasi CIMB Clicks dirancang serupa dengan mesin ATM, memudahkan pelanggan menggunakannya.
  • Pelanggan boleh menyekat melalui perbankan internet sekiranya pelanggan kehilangan kad ATM.
  • Pelanggan boleh semak baki akaun CIMB
  • Pelanggan boleh transfer duit
  • Pelanggan boleh bayar bill
  • Pelanggan boleh top up kredit
  • Pelanggan boleh print statement bank
  • Aplikasi mobile banking CIMB CLicks tersedia di Google Playstore dan App Store.
  • Dan lain-lain.

Syarat Daftar CIMB Bank Online

  • Mempunyai akaun CIMB dan kad debit/kad ATM CIMB Bank
  • Mempunyai E-PIN/ATM PIN
  • Nombor telefon yang berdaftar di CIMB Bank

Cara Dapatkan E-PIN dan Daftar Nombor Telefon

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB.
  2. Masukkan nombor pin 6 digit kad ATM CIMB.
  3. Tekan Others.
  4. Tekan CIMB Clicks,
  5. Tekan TAC Registration.
  6. Tetapkan E-PIN/ATM PIN Anda.
  7. Daftarkan nombor telefon Anda.
  8. Ambil slip/resit yang menyatakan pendaftaran Anda telah berjaya.

Cara Register CIMB Bank Online

Sila ikuti panduan cara daftar CIMB Bank online di bawah:

  1. Pergi ke laman https://www.cimbclicks.com.my
  2. Klik Register for CIMB Clicks.
  3. Pilih CIMB ATM, DEBIT & CREDIT CARD.
  4. ATM/Debit/Credit Card Number, masukkan debit 16 digit nombor ATM CIMB Anda. Cara Register CIMB Bank Online
  5. ATM PIN, masukkan no E-PIN/ATM PIN.
  6. Enter text as per above, masukkan perkataan/gambar yang terlihat.
  7. Tandakan pada kotak untuk Terms & Conditions. Klik Next.
  8. One Time Activation Code akan dihantar melalui SMS ke telefon nombor telefon yang berdaftar.
  9. Masukkan no One Time Activation Code tersebut pada ruangan. Klik Continue
  10. ID, masukkan User ID yang Anda inginkan.
  11. Password, masukkan kata laluan yang Anda mahu. Kata laluan ini mestilah mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol (sekurang-kurangnya mempunyai 8 aksara) contoh NoorOke1#
  12. Re-enter Password, masukkan semula kata laluan.
  13. Mother’s Maiden Name, masukkan nama ibu Anda.
  14. Email Address, masukkan alamat email Anda.
  15. Create Your Secure Word, masukkan apa sahaja perkataan yang Anda mahu gunakan sebagai langkah keselamatan bagi akaun Anda. Contoh Kuda Terbang
  16. Enter Your Introducer’s Details tidak perlu diisi (optional).
  17. Klik I agree & submit.
  18. Tahniah pendaftaran CIMB Clicks berjaya.

Cara Login CIMB Bank Online

  1. Buka laman https://www.cimbclicks.com.my
  2. Klik butang Login
  3. Pada laman ini, terdapat pilihan pada bahagian I want to: View My Dashboard, View My Accounts, Transfer Money, Pay Bills, JomPAY dan Top Up. Cara Login CIMB Internet Banking
  4. Pilih View My Dashboard untuk mendapat akses dan melihat secara keseluruhan serivs yang ditawarkan oleh CIMB melalui CIMB Clicks.
  5. Masukkan User ID pada bahagian Enter User ID, klik butang Login.
  6. Masukkan Secure Word, tandakan Yes, this is my SecureWord sekiranya perkataan tersebut merupakan secure word milik Anda.
  7. Masukkan Paswword atau kata laluan, klik butang Login.
  8. Tahniah, Anda berjaya log masuk.

Itulah panduan cara daftar CIMB Clicks, cara login CIMB Bank online dan syarat yang diperlukan untuk mendaftar perkhidmatan CIMB Bank online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *