Cara Login Public Bank Online

Perkembangan zaman dan teknologi sekarang, boleh dikatakan telah mengubah banyak aktiviti yang sebelumnya dilakukan secara offline menjadi secara online.

Berkat kemajuan teknologi, aktiviti perbankan menjadi lebih cepat dan pantas. Lebih-lebih lagi, dengan adanya perbankan internet, dapat memudahkan aktiviti perbankan seperti transfer duit, print penyata bank, topup dan lain-lain tanpa perlu pergi ke mesin ATM atau cawangan bank.

Adakah Anda mempunyai akaun Public Bank online di pbebank.com ? Sekiranya Anda belum mempunyai akaun Public bank online, sila baca panduan cara daftar Public Bank, syarat mendaftar dan cara login Public Bank online di bawah.

Cara Login Public Bank Online

Syarat Daftar Public Bank Online

  • Mempunyai akaun Public dan kad debit/kad ATM Public Bank
  • Mempunyai User ID dan Password PBe sementara
  • Nombor telefon yang berdaftar di Public Bank

Cara Dapatkan User ID dan Password Sementara

Terdapat 2 cara yang boleh Anda lakukan untuk mendapatkan User ID dan Password sementara, iaitu melalui:

Cara Daftar Public Bank di ATM

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Public Bank terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN.
  3. Pilih Other Services
  4. Pilih Register Internet Banking
  5. Tekan Press To Continue
  6. Masukkan nombor telefon Anda untuk mendapatkan resit PBe Authentication Code (PAC).
  7. Masukkan kod PIN yang Anda inginkan untuk akaun Pbebank Anda.
  8. Tahniah, Anda berjaya mendaftar. Sila ambil kad dan resit/slip dari mesin ATM.

Cara Daftar Public Bank di Cawangan

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Public Bank terdekat.
  2. Bagitau pegawai bank bahawa Anda ingin mendaftar akaun PBe.
  3. Sila isikan borang pendaftaran PBe.
  4. Serahkan borang pendaftaran tersebut kepada pegawai bank.
  5. Anda akan mendapatkan User ID dan Password untuk log masuk PBe

Note: User ID dan Password yang dapatkan di cawangan bank atau ATM secara automatik akan disekat setelah 30 hari. Jadi sila segera mendaftar Public Bank online banking dengan User ID dan Password sementara tersebut. Sekiranya telah lewat 30 hari, sila daftar User ID dan Password PBe baru di ATM atau cawangan Anda.

Cara Daftar Public Bank Online

Sekiranya Anda telah mendapatkan User ID dan Password sementara, sila ikuti cara aktifkan Public Bank online di bawah:

  1. Buka laman https://www.pbebank.com
  2. Klik Login > Pilih Pbe
  3. Masukkan ID yang telah Anda dapatkan daripada mesin ATM ataupun cawangan Public Bank.
  4. Masukkan Password sementara, klik Login
  5. Baca Terma dan Syarat, klik Accept. Register Public Bank Online
  6. Masukkan User ID baru pada ruangan New User ID. User ID mestilah mempunyai 6 hingga 12 aksara, mempunyai abjad sahaja pada dua aksara yang pertama, serta User ID secara keseluruhan
  7. Masukkan kata laluan baru pada ruangan New Password. Password mestilah mempunyai 8 hingga 12 aksara, mesti mempunyai minimum satu abjad dan satu nombor, serta password ini bersifat case sensitive. Contoh: AyamSedap!#
  8. Masukkan sekali lagi kata laluan pada ruangan Confirm New Password.
  9. Pilih soalan yang Anda ingin gunakan pada ruangan Memorable Question.
  10. Masukkan jawapan pada ruangan Memorable Answer.
  11. Masukkan perkataan keselamatan pada ruangan Personal Login Phrase. Pastikan Personal Login Phrase Anda mempunyai 13 hingga 20 aksara alpha-numeric, yang juga mengandungi aksara istimewa menggunakan simbol. Personal Login Phrase juga tidak boleh sama dengan ID atau password akaun Anda.
  12. Masukkan alamat email pada ruangan Email Address (Optional).
  13. Klik Submit
  14. Tahniah Anda berjaya register Public Bank online.

Cara Login Public Bank Online

  1. Buka laman https://www.pbebank.com
  2. Klik Login
  3. Klik PBe
  4. Masukkan User ID, klik Next
  5. Is your Personal Login Phrase correct? Sekiranya perkataan keselamatan yang di paparkan betul milik Anda, sila pilih Yes. Cara Log Masuk Public Bank Online
  6. Masukkan Password, klik Login.
  7. Tahniah Anda berjaya log masuk

Selepas berjaya log masuk Public Bank online banking, Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti semak baki akaun Public Bank, print penyata bank, topup kredit, bayar bil dan lain-lain.

Semoga perkongsian diatas dapat bermanfaat untuk Anda.