Cara Terminate Celcom Postpaid Online dan BlueCube

Celcom postpaid ialah perkhidmatan kad SIM pascabayar (postpaid) daripada Celcom. Perkhidmatan ini disokong oleh rangkaian terkini.

Dengan menggunakan perkhidmatan Celcom postpaid, Anda boleh menikmati kemudahan melihat penggunaan data internet dan melihat butiran bil dengan hanya satu aplikasi iaitu Celcom Life.

Walaupun terdapat banyak faedah yang ditawarkan Celcom postpaid, termasuk perkhidmatan pelan internet, sesetengah orang yang menggunakannya memilih untuk terminate Celcom postpaid. Sebenarnya, menamatkan Celcom postpaid sangat mudah.

Bagi Anda yang ingin tahu bagaimana cara berhenti melanggan Celcom postpaid, tetapi tidak tahu bagaimana langkah-langkahnya, sila ikuti panduan yang kami kongsikan dalam artikel ini.

Cara Terminate Celcom Postpaid
Cara Terminate Celcom Postpaid

Cara Terminate Celcom Postpaid

Celcom maklumatkan kepada Anda bahawa untuk Terminate Celcom Postpaid tidak dapat dilakukan melalui online. Anda dapat menghubungi careline Celcom di talian 1111. Sekiranya ada kontrak, perlu ke Celcom bluecube untuk tamatkan kontrak dan bayar caj penalti dulu.

Beberapa perkara yang perlu difahami tentang bil akhir Anda selepas menamatkan akaun Celcom Anda:

  1. Anda akan mendapat bil akhir Anda pada kitaran bil biasa Anda.
  2. Jika tarikh penamatan hampir dengan tarikh bil sebenar, bil standard akan dijana pada tarikh pengebilan biasa Anda.
  3. Bil akhir Anda mungkin lebih tinggi daripada yang Anda jangkakan kerana ia mungkin termasuk: Caj tertunggak iaitu IDD, perayauan, kandungan mudah alih (jika ada) dan Yuran pembatalan iaitu EasyPhone, Device Bundle, Home Wireless (jika ada)
  4. Pengebilan automatik Anda akan diputuskan secara automatk selepas Anda menamatkan akaun Anda.

Anda dinasihatkan untuk menyemak bil akhir Anda dalam talian sama ada melalui Perkhidmatan Pelanggan Dalam Talian Celcom atau Aplikasi Celcom Life. Apa yang Anda perlukan ialah nombor akaun untuk log masuk.

Perkhidmatan Pelanggan Dalam Talian (OCS)

Cara terminate line Celcom melalui OCS.

  1. Buka pautan https://www.celcom.com.my/life-hub/loginNRIC
  2. Sila login ke akaun Celcom Anda.
  3. Kemudian, klik View Account Summary.
  4. Klik pada Inactive Accounts.
  5. Pilih Nombor pilihan Anda.
  6. Klik Nombor akaun ditunjukkan di Your Bills.

Celcom Careline

Cara terminate line Celcom melalui Careline. Sila hubungi Celcom melalui:

  1. 1111 dari nombor Celcom atau
  2. 019-601 1111 dari nombor Celcom atau
  3. +6019-601 1111 jika Anda berada di luar negara

Sekiranya Anda berminat, Anda boleh baca cara tukar plan Celcom ke Maxis

Cara Buat Pembayaran Online pada OCS

Cara membuat pembayaran melalui OCS.

  1. Pilih Bil saya pada menu dan klik butang Pay Now.
  2. Pilih Jumlah yang Anda ingin bayar.
  3. Klik butang Bayar Sekarang.
  4. Seterusnya, Anda akan melihat skrin Kaedah Pembayarran.
  5. Pilih Kaedah Pembayaran Anda, sama ada Kad Kredit/Debit atau Akaun Simpanan/Semasa.
  6. Isikan butiran pembayaran yang diperlukan dan klik butang Buat Pembayaran.

Jika Anda masih menghadapi masalah dengan pembayaran dalam talian di OCS, Anda juga boleh memilih Perbankan Internet atau pergi ke mana-mana cawangan bluecube berhampiran Anda.