Cara Terminate Digi Postpaid Digi Broadband Online

Cara berhenti melanggan Digi postpaid tidaklah sukar. Prosesnya sangat mudah dan boleh diselesaikan dalam masa yang sangat cepat.

Jadi kepada Anda pengguna Digi yang ingin berhenti melanggan, Anda tidak perlu risau prosesnya akan menjadi sukar.

Untuk berhenti melanggan kad pascabayar Digi ini, sudah tentu ada langkah yang perlu Anda lakukan.

Apatah lagi, terdapat juga syarat yang perlu Anda penuhi agar proses unsubscribe dapat berjaya.

Ramai yang tanya macam mana nak terminate Digi Postpaid dan Digi Broadband. Ini kerana pengguna tidak menemui tutorial bagaimana untuk pembatalan Digi postpaid.

Ramai pengguna Digi ingin bertukar kepada Digi prepaid sahaja. Inilah yang membuatkan pengguna terpaksa menyahaktifkan Digi Postpaid supaya tiada bil masuk.

Cara Terminate Digi Postpaid
Cara Terminate Digi Postpaid

Syarat Terminate Digi Postpaid atau Digi Broadband

Pertama sekali, sebelum Anda membuat pembatalan Digi Postpaid atau Digi Broadband melalui online, pastikan simkad Digi yang Anda gunakan tiada hutang atau bil tertunggak (outstanding balance) dan juga tiada baki kontrak agar proses terminate Digi berjaya.

Apakah hal ini penting? Tentu sahaja hal tersebut penting sebab untuk memastikan proses termination berjalan cepat dan selamat. Sekiranya Anda masih mempunyai kontrak dalam Digi, Anda dikehendaki membayar penalti terlebih dahulu sebelum boleh terminate.

Cara Terminate Digi Postpaid Online

Sila muat turun terlebih dahulu aplikasi MyDigi Mobile di Appstore/Playstore secara percuma. Selepas Anda muat turun, ikuti langkah-langkahnya:

  1. Buka aplikasi MyDigi Mobile Anda.
  2. Sila login ke akaun Anda terlebih dahulu.
  3. Selepas login, di bahagian menu klik Support.
  4. Kemudian, klik Report An Issue.
  5. Klik General Enquiry.
  6. Pada bahagian Enquiry, klik Termination Request.
  7. Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
  8. Selesai.

Aplikasi MyDigi menjadi penyelesaian terbaik untuk terminate Digi Postpaid sebab Anda tak perlu kena pergi ke kaunter.

Cara Terminate Digi Postpaid Guna Email

Anda juga dapat terminate Digi Postpaid dan Digi Broadband guna email, ikuti langkah berikut:

  1. Buat email baharu, dengan subject Terminate Digi Postpaid atau Terminate Digi Broadband
  2. Pada bahagian isi emel, maklumkan keperluan Anda, contoh Saya ingin terminate Digi Pospaid saya, boleh ajar langkah-langkahnya?
  3. Sertakan nombor handphone dan digi connect ID atau Account No sekiranya ada.
  4. Hantarkan email ke help@digi.com.my
  5. Seterusnya, tunggu email balas daripada Digi dan kemudian isikan maklumat penting di dalam termination letter seperti:
    – Nombor Handphone
    – Nombor Account
    – Nama Penuh
    – No Kad Pengenalan
    – Salinan IC depan belakang
  6. Termination letter ini, diorang yang berikan kepada Anda, jadi Anda tak perlu buat letter tersebut.
  7. Selepas siap, reply email dan tunggu pengesahan termination dibuat.

Kebiasaanya tak sampai 60 minit, proses terminate Digi dah berjaya. Tiada caj selepas Anda terminate Digi postpaid atau Digi Broadband.

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan lazim mengenai pembatalan Digi Postpaid dan Digi Broadband.

1. Bolehkah pelanggan yang telah berhenti melanggan boleh melanggan semula?

Jawapannya ya. Pelanggan yang telah menggunakan postpaid Digi dan menutupnya masih boleh menggunakan perkhidmatan Digi Postpaid semula.

Cuma nombor yang digunakan mesti berbeza kerana nombor sebelum ini telah ditutup atau mungkin telah digunakan oleh orang lain.

Namun jika Anda mempunyai rekod buruk dalam membuat pembayaran bil Digi sebelum ini. Digi mempunyai hak prerogatif untuk menolak permohonan Digi postpaid baharu Anda.

2. Bagaimana jika tunggakan tidak dibayar, bolehkah saya membuat pembatalan Digi Postpaid?

Bagi Anda yang meninggalkan tanggungjawab pembayaran Digi Postpaid, simkad Digi Anda tidak boleh diaktifkan secara automatik.

Digi Postpaid hanya boleh dihentikan selepas pembayaran Anda selesai. Jika tidak, sudah tentu simkad Anda masih aktif dan bil akan terus berjalan.

Oleh itu Anda mesti membuat pembayaran secara tetap dan tepat pada masanya. Jadi apabila Anda tidak mahu lagi menggunakan perkhidmatan Digi Postpaid ini, Anda boleh menghentikannya pada bila-bila masa. Dan sebaliknya, Anda boleh membuka akaun baharu dengan mudah jika Anda memerlukannya lagi nanti.

Agar penutupan simkad Digi Postpaid Anda berjalan dengan lancar, pastikan Anda membaca langkah-langkah yang telah kami maklumkan di atas. Juga pertimbangkan risiko dan maklumat penting lain supaya Anda tidak membuat kesilapan dalam proses pembatalan.