Cara Topup Digi Tambah Nilai Kredit dan Internet

Salah satu inovasi yang Digi sediakan kepada pelanggannya ialah dengan melancarkan aplikasi bernama MyDigi.

Aplikasi MyDigi berfungsi sebagai pembantu digital untuk memudahkan pengguna simkad Digi untuk menambah nilai atau memperbaharui kuota internet mereka.

Agar dapat menikmati kemudahan yang ditawarkan, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi yang tersedia untuk iOS dan Android.

Proses topup kredit Digi boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Berikut kami kongsikan langkah-langkah cara topup Digi prepaid dan postpaid.

Cara Topup Digi
Cara Topup Digi

Cara Topup Digi Menggunakan MyDigi Mobile App

Anda mesti muat turun terlebih dahulu aplikasi MyDigi Mobile di Google Play Store atau Appstore secara percuma. Selepas muat turun, ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Sila login ke aplikasi MyDigi Mobile Anda.
  2. Kemudian, pilih Reload/Tambah Nilai Tambah Nilai Kredit Digi
  3. Pilih jumlah tambah nilai yang Anda inginkan. Tambah Nilai Digi Online
  4. Pilih kaedah pembayaran. Kaedah Pembayaran Topup Digi
  5. Anda akan menerima pemberitahuan SMS dengan baki kredit masa siaran yang dikemas kini.

Cara beli internet Digi unlimited boleh baca artikel cara beli internet Digi.

Cara Topup Digi Melalui Kaunter

Anda juga dapat melakukan topup melalui kaunter Digi yang berhampiran.

  1. Sila pergi ke kaunter Digi yang berhampiran.
  2. Kemudian, pilih prepaid reload dan ikuti intruksi yang diberikan.
  3. Sila berikan nombor handphone Anda kepada pegawai dan pilih pakej yang Anda inginkan.
  4. Notifikasi mesej berjaya akan dihantar ke handphone Anda.
  5. Selesai.

Cara Topup Menggunakan Softpin Reload Vouchers

Anda dapat mengunjungi Digi Kiosk yang berhampiran. Kini digi juga menyediakan kaedah yang lebih mudah iaitu Softpin Reload Vouchers. Anda juga boleh kunjungi premis berikut untuk dapatkan Softpin Reload Vouchers:

  1. 7 Eleven, KK Mart, Cold Storage, Giant, 99 Speedmart, Watsons, Petron, Petronas, Shell, Pos Malaysia, Carrefour, Cold Storage, e-pay, MobilityOne, Mobile Money, MOL, KK Mart, Petronas, Caltex
  2. Selepas Anda membeli, sila dial *123*16 digit baucar#
  3. Klik Send/Call Contoh: *123*7653627890173647#
  4. Kemudian, Anda akan menerima notifikasi mesej teks.
  5. Selesai.

Cara Tambah Nilai Digi Guna PIN

  1. Buka aplikasi MyDigi
  2. Klik Tambah Nilai di halaman utama MyDigi
  3. Klik menu PIN untuk tambah nilai menggunakan PIN 15 atau 16 digit Cara Tambah Nilai Digi Guna PIN
  4. Klik Reload

Cara Topup Digi Menggunakan Bank Reload

Berikut adalah senarai bank yang membolehkan Anda topup Digi.

  • Affin Bank
  • Bank Rakyat
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • Citibank
  • EON Bank
  • Hong Leong Bank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Agro Bank
  • MEPS sahaja

Itu sahaja perkongsian mengenai cara tambah nilai Digi, semoga perkongsian diatas bermanfaat.