Cara Transfer Duit BSN

Cara transfer duit BSN melalui ATM kepada akaun BSN rakan-rakan (IBFT) atau akaun bank lain (IBG) mesti Anda ketahui, terutamanya bagi Anda yang baru menggunakan mesin ATM.

Cara transfer wang ini penting kerana ia boleh memfasilitasi pemindahan wang dari tangan Anda ke tangan orang lain dengan cepat, baik untuk perniagaan, pendidikan, kesihatan dan bahkan untuk membantu teman-teman yang menghadapi masalah yang dapat dilakukan dengan transfer duit melalui ATM.

Cara transfer duit melalui ATM BSN kepada akaun BSN rakan-rakan atau akaun bank lain sebenarnya tidak jauh berbeza.

Hanya sahaja, jika Anda mahu transfer duit kepada rakan Anda mesti memasukkan nombor akaun dan jumlah pemindahan, tetapi jika Anda ingin transfer duit ke bank lain, Anda perlu memasukkan kod bank tujuan terlebih dahulu sebelum memasukkan nombor akaun.

Cara Transfer Duit BSN
Cara Transfer Duit BSN

Cara Transfer Duit Dari BSN ke Bank Lain

Sila ikuti langkah-langkah berikut ini supaya proses transfer duit Anda berjaya.

  1. Pergi ke mana-mana bank atau ATM BSN tedekat
  2. Masukkan kad ATM ke mesin ATM
  3. Pilih bahasa sila pilih Malaysia sahajaATM Bahasa Malaysia
  4. Masukkan nombor PIN ATM BSNMasukan PIN BSN
  5. Pilih menu PindahanTransfer Wang BSN Melalui ATM
  6. Pilih menu Pindahan IBGCara Transfer IBG BSN
  7. Pilih Pindahan Wang IBG Pindahan Wang IBG bank BSN
  8. Maklumat caj akan dipaparkan di skrinCaj Transfer ke Bank Lain
  9. Tekan untuk teruskan
  10. Masukan amaun duit yang mahu Anda transfer, pilih YaCara Transfer Bank BSN
  11. Sila pilih bank penerima, jika tidak ada dalam senarai sila pilih menu Lain-LainTransfer Wang dari BSN ke Bank Lain
  12. Sebagai contoh, Anda mahu transfer wang ke bank Rakyat
  13. Masukan nombor akaun penerima bank Rakyat, pilih Ya jika betulTransfer Duit dari BSN ke Bank Lain
  14. Masukan nombor rujukan contoh 1234567 (bebas isi apa sahaja), pilih ya jika betulMasukan Nombor Rujukan
  15. Maklumat akaun penerima akan terpapar di skrin, pastikan betul. Pilih ya jika betulTutorial Transfer Duit BSN
  16. Urusan telah berjaya di proses, jika Anda bermaksud transfer duit lagi sila pilih Ya. Jika tidak pilih Tidak
  17. Sila ambil kad ATM BSN Anda dan resit untuk bukti transfer

Cara Transfer Duit Dari BSN ke BSN

Pemindahan wang dari akaun BSN ke BSN mudah je, ikuti langkah-langkah berikut ini.

  1. Pergi ke mana-mana bank atau ATM BSN tedekat
  2. Masukkan kad ATM ke mesin ATM
  3. Pilih bahasa sila pilih Malaysia sahaja
  4. Masukan nombor PIN
  5. Pilih menu PindahanTransfer Wang BSN Melalui ATM
  6. Pilih menu Pindahan Segera (Wang)Pindahan Wang BSN ke BSN
  7. Nilai caj pindahan akan dipaparkan, tekan untuk teruskan
  8. Masukan jumlah amaun yang mahu Anda hantarCara Transfer Bank BSN
  9. Pilih Bank penerima daripada senarai yang tersedia (Bank BSN)
  10. Masukan nombor akaun penerima, tekan jika betul
  11. Masukan nombor rujukan contoh 1234567 (bebas isi apa sahaja), pilih ya jika betulMasukan Nombor Rujukan
  12. Semak butiran pindahan, tekan jika betulTutorial Transfer Duit BSN
  13. Sekiranya Anda tidak memerlukan urusan lain tekan Tidak.

Sudah tahu cara bank in duit BSN melalui ATM ?

Senarai Bank Pindahan Wang BSN

Bank Simpanan Nasional (BSN) hanya membenarkan pindahan wang dari BSN ke bank-bank lain.

  • Affin Bank Bhd
  • Agro Bank
  • Al Rajhi Bank
  • Alliance Bank
  • Ambank
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • CIMB Bank
  • Citibank
  • Hong Leong Bank
  • HSBC
  • Kuawit Finance
  • Maybank
  • OCBC Bank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • SCB
  • UOB

Faq Transfer Wang Bank BSN

  • No rujukan tu untuk apa ya?
    No rujukan ini akan diminta oleh pihak bank jika berlaku masalah transaksi atau masalah kesilapan pemindahan/ transfer wang. Jadi simpan no rujukan ni.
  • Berapa lama transfer duit tu nak sampai ke bank lain?
    Sila baca rujukan IBG Transfer Berapa Hari
  • Boleh ke transfer duit RM3 ke akaun orang?
    Boleh, RM0.5 juga boleh
  • Kenapa lepas masukkan nombor account bank penerima, tak keluar nama tuan account penerima?
    Sila pastikan nombor akaun yang Anda masukan betul

Itulah cara untuk memindahkan wang melalui ATM BSN ke BSN dan bank lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *