Cara Tukar Kad ATM Bank Rakyat Tamat Tempoh Rosak

Mengapa kad ATM Bank Rakyat saya tak boleh buat pengeluaran wang di mesin ATM, apa perlu buat? Perlu Anda ketahui, bahawa kad ATM atau kad debit Bank Rakyat mempunyai tarikh luput.

Sekiranya kad ATM telah tamat tempoh, tentu sahaja Anda tidak dapat membuat transaksi kewangan seperti pengeluaran wang di mesin ATM.

Kebiasaanya pelanggan akan menerima notifikasi melalui SMS yang memaklumkan:

SMS Kad Debit-i Akan Tamat Tempoh:

BANK RAKYAT: Kad Debit-i Anda akan tamat tempoh pada bulan ini. Log masuk dan kemaskini maklumat di www.irakyat.com.my untuk proses pembaharuan dan penghantaran kad Anda. Info lanjut, hubungi 03-26936880.

SMS Kad Debit-i Telah Tamat Tempoh:

BANK RAKYAT: Kad Debit-i Anda telah tamat tempoh. Log masuk & kemaskini maklumat di www.irakyat.com.my untuk proses pembaharuan dan penghantaran kad Anda. Info lanjut, hubungi 03-26936880.

Anda boleh lihat maklumat tarikh luput pada bahagian depan kad ATM (Valid Thru). Lalu apa yang perlu saya buat agar kad ATM tersebut boleh digunakan semula?

Berikut kami kongsikan maklumat lengkap cara tukar kad ATM Bank Rakyat tamat tempoh dan rosak.

Cara Tukar Kad ATM Bank Rakyat
Cara Tukar Kad ATM Bank Rakyat

Cara Tukar Kad ATM Bank Rakyat Online

Pembaharuan kad debit merupakan proses penggantian kad debit yang telah mencapai tarikh luput dan akan digantikan dengan kad debit yang mempunyai tempoh tarikh luput yang baru.

Kriteria bagi penggantian kad debit adalah kad debit yang telah mencapai tarikh luput dan memastikan baki minima akaun simpanan sebanyak RM10.

Di bawah ini merupakan cara tukar Kad ATM Bank Rakyat:

  1. Kunjungi pautan rasmi Bank Rakyat di https://www.irakyat.com.my
  2. Klik Login > Personal Banking
  3. Masukkan Username akaun Anda.
  4. Masukkan Password akaun Anda.
  5. Masukkan kod Captcha yang sudah disediakan di atas.
  6. Selepas Anda login, klik Update Information. Update Information Bank Rakyat
  7. Kemudian, masukkan Nama Penuh, No IC/Pasport dan Alamat Anda. Update Maklumat
  8. Klik Submit. Maklumat Alamat
  9. Klik Request TAC. Maklumat Alamat
  10. Masukkan kod TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda.
  11. Klik Submit.
  12. Kemudian, sistem Bank Rakyat akan beritahu bahawa kad ATM/Debit akan dihantarkan dalam masa 14 hari bekerja. Sistem Bank Rakyat
  13. Kad ATM baru akan dihantar ke alamat yang sudah Anda daftarkan.
  14. Sekiranya Kad ATM Bank Rakyat Anda telah dihantar, Anda akan mendapatkan SMS mengenai maklumat yang berisikan informasi nombor PIN Sementara untuk kad Bank Rakyat baru.
  15. Apabila kad ATM Bank Rakyat sudah sampai, Anda mesti tukar no PIN Kad Bank untuk Aktifkan kad tersebut.

Untuk makluman, akaun Simpanan-i yang berstatus pendam dan mempunyai baki RM10 dan ke bawah akan ditutup dan baki akaun akan diserap sebagai caj perkhidmatan cawangan.

Kehilangan Buku Akaun Simpanan-i: Pelanggan dikehendaki mengisi Borang Laporan kehilangan buku simpanan dan Surat Pengakuan Kehilangan/Kerosakan Akaun Simpanan-i yang telah dimatikan setem terlebih dahulu.

Pelanggan boleh membuat laporan kehilangan buku simpanan dan penutupan akaun di mana-mana cawangan yang berhampiran

Cara Tukar Kad ATM Bank Rakyat di Cawangan

Anda juga boleh ikuti cara tukar kad debit Bank Rakyat di cawangan berikut ini.

  1. Kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran dan pastikan Anda membawa kad pengenalan dan kad ATM lama.
  2. Sila ambil nombor giliran yang diberikan oleh guard/staff bank.
  3. Bincangkan kepada pegawai Bank Rakyat mengenai tukar Kad ATM Bank Rakyat.
  4. Berikan kad pengenalan Anda dan kad ATM lama Anda kepada staff bank.
  5. Anda akan diminta mengisi borang kemaskini kad ATM.
  6. Serahkan borang permohonan tukar kad ATM jika sudah selesai.
  7. Tunggu beberapa minit, kad ATM Bank Rakyat baru akan diberikan kepada Anda.
  8. Selesai.

Cara Tukar PIN Kad ATM Bank Rakyat

Selepas Kad ATM Bank Rakyat Anda terima, Anda perlu menukar no PIN kad ATM untuk aktifkan kad tersebut. Ikuti langkah-langkahnya:

  1. Lawati mesin ATM Bank Rakyat yang berhampiran.
  2. Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
  3. Masukkan Kad ATM ke slot yang sudah disediakan.
  4. Masukkan Nombor PIN Sementara yang telah Anda dapatkan daripada SMS.
  5. Klik Menu Tukar Nombor PIN.
  6. Kemudian, masukkan Nombor PIN baharu yang Anda inginkan.
  7. Sila ambil resit yang keluar dari mesin ATM untuk rujukan.
  8. Selesai.

Soalan Lazim Kad ATM Bank Rakyat

Di bawah ini merupakan soalan lazim yang berkaitan dengan Kad ATM Bank Rakyat:

1. Adakah terdapat sebarang caj semasa proses pembaharuan Kad Debit-i dibuat?

Tiada sebarang caj yang dikenakan kepada pelanggan bagi penggantian kad debit Bank Rakyat.

2. Berapa lama Kad Debit-i akan diterima setelah maklumat telah dikemaskini?

Kad Debit-i akan diterima dalam tempoh masa 14 hari bekerja setelah maklumat alamat dikemaskini di laman sesawang https://www.irakyat.com.my/

3. Macam mana pengaktifan Kad Debit-i dilakukan selepas kad diterima?

Jika pelanggan mengemaskini maklumat alamat di iRakyat pelanggan akan menerima nombor PIN sementara melalui SMS dan pelanggan perlu membuat penukaran nombor PIN di mesin ATM Bank Rakyat terdekat.

Sekiranya pelanggan hadir di cawangan dan membuat pembaharuan kad, pengaktifan kad secara PIN di ATM tidak diperlukan.

Customer Service Bank Rakyat

Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Service Bank Rakyat di:

  • Tel No: 1300-80-5454
  • International calls: 03-55269000
  • Email: telerakyat@bankrakyat.com.my

Itu sahaja perkongsian mengenai cara menukar kad ATM Bank Rakyat expired atau tamat tempoh, semoga bermanfaat.