Cara Tukar No Telefon Citibank Kemaskini HP Online

Citibank menasihatkan pelangga agar mendaftar untuk Citibank Online, perkhidmatan ini akan memberi Anda akses kepada akaun Anda di web, atau pada aplikasi mobile banking Anda.

Transaksi seperti bayar bil, semak baki dan sejarah transaksi boleh dilakukan guna Citibank online banking. Sila segera aktifkan internet banking Citibank sekarang dengan mana-mana kad Citibank Anda.

One-Time PIN Citibank ialah PIN unik yang hanya digunakan sekali dan diperolehi melalui Citibank Mobile App, Token Citibank atau dihantar sebagai SMS ke telefon bimbit Anda.

Anda mesti memasukkan PIN ini jika Anda ingin membuat transaksi dalam talian atau request melalui Citibank Online.

One-Time PIN menyediakan cara yang lebih selamat dan lebih bijak untuk mengesahkan transaksi dalam talian Anda supaya Anda boleh melakukan perbankan dalam talian dengan lebih mudah.

Cara Tukar No Telefon Citibank
Cara Tukar No Telefon Citibank

No Telefon Lama Tak Aktif atau HP Hilang

Jika telefon Anda hilang atau dicuri dan tidak lagi boleh diakses untuk Anda menerima OTP, sila lakukan salah satu daripada yang berikut:

Jika menggunakan SMS OTP

Jika Anda bimbang tentang akses kepada akaun bank dalam talian Anda, sila segera hubungi Citibank dan staff akan seger menyekat akses perbankan internet Anda.

Apabila Anda menukar telefon bimbit Anda, hubungi Citibank dan mereka akan unblock akses perbankan dalam talian Anda.

Jika menggunakan Aplikasi Mobile

Jika Anda telah mendaftar untuk OTP pada telefon pintar Anda, dan mempunyai peranti gantian, cuma muat turun aplikasi Citibank Mobile ke peranti gantian Anda dan daftar untuk OTP.

Hanya satu peranti boleh didaftarkan untuk OTP pada bila-bila masa, jadi jika Anda mendaftarkan peranti baharu untuk OTP, ia akan membatalkan peranti Anda yang hilang secara automatik.

Cara Tukar No Telefon Citibank Online

Ikuti langkah-langkah cara tukar no telefon Citibank Online di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi Citibank berikut ini https://www.citibank.com.my/
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Masukkan Password akaun Anda.
  4. Klik Sign On.
  5. Selepas Anda login, Klik My Profile. My Profile Citibank
  6. Klik Update Your Phone Number. Update Your Phone Number
  7. Masukkan No Telefon Baru Anda.
  8. Klik Update.
  9. Selesai.

Anda boleh log masuk ke Citibank Online mengikut keselesaan Anda sendiri untuk mengemas kini butiran lain seperti:

  • Emel
  • Alamat Rumah
  • Nombor Telefon

Cara Tukar No Telefon Citibank Melalui Cawangan

Anda juga dapat melakukan kemaskini nombor telefon Citibank melalui cawangan:

  1. Kunjungi cawangan Citibank yang terdekat.
  2. Pastikan Anda membawa kad pengenalan dan kad ATM.
  3. Sila ambil nombor giliran.
  4. Beritahu kepada pegawai Citibank bahawa Anda ingin kemaskini no telefon.
  5. Anda akan diberi borang kemaskini yang perlu Anda isi.
  6. Kemudian, serahkan borang kemaskini.
  7. Selesai.

Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Service:

  • 03-2383-0000 (KL)
  • 04-296-0000 (Penang)
  • 07-3406-0000 (JB)
  • 1800-82-1010 (Sabah & Sarawak)

Itu sahaja perkongsian mengenai cara update no telefon Citibank, semoga membantu.