Check Saman Polis JPJ PDRM AES

Setiap pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya pastilah akan terkena saman polis.

Contoh kesalahan yang paling biasa seperti tidak memakai helm, menembusi lampu merah dan tidak mempunyai lesen memandu.

Sekiranya Anda melakukan salah satu kesalahan diatas, silahkan check saman polis secara online untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.Check Saman Polis

Cara Check Saman Polis Online

Sekarang tak perlulah beratur di pejabat JPJ dan AES untuk mengetahui cek saman polis. Sila gunakan perkhidmatan online dibawah ini untuk check saman polis dan pembayaran saman.

Dapatkan diskaun sehingga 10% sekiranya Anda melakukan pembayaran di portal tersebut.

Semak Saman RILEK

Ramai korang yang tidak tahu bahawa portal RILEK boleh digunakan untuk memudahkan Anda melakukan check saman secara online.

Selain itu portal RILEK sering menyediakan diskaun saman. Diskaun yang diberikan cukup besar iaitu sebanyak 10% untuk setiap pembayaran saman PDRM melalui perkhidmatan RILEK.

Sekiranya Anda mahu, Anda pun boleh menyemak status insolvensi dan saman DBKL di portal RILEK.

RILEK menyokong pembayaran secara online melalui perbankan internet seperti Public Bank, Maybank2u, CIMB Click, MyBSN dan bank lain.

Langkah cara check saman di portal RILEK.

  1. Sila layari portal RILEK di https://www.rilek.com.my
  2. Klik link Register untuk mendaftar.Register RILEK Online
  3. Sila isi borang tersebut lalu aktifkan.Cara Daftar RILEK Online
  4. Selepas Anda berjaya mendaftar di portal RILEK, sila login menggunakan username & password yang telah didaftarkan.
  5. Klik pada menu Search By dan pilih semak saman JPJ/Polis.
  6. Masukkan maklumat yang diminta dan klik butang Semak.

Senarai maklumat yang Anda perlukan akan terpapar secara lengkap.

Semak Saman MyEG

Lengkap betul lah portal MyEG ini, sebab Anda boleh melakukan pelbagai semakan, seperti semak saman JPJ, Polis, AES dan servis memperbaharui insurans kenderaan dan pembayaran zakat.

Berikut adalah langkah cara cek saman polis MyEG online.

  1. Sila layari laman MyEG di https://www.myeg.com.my
  2. Untuk pengguna berdaftar di MyEG, Anda boleh terus login dengan username dan password Anda.
  3. Untuk pengguna yang pertama kali, Anda perlu daftar dahulu butir-butir diri Anda sebelum Anda boleh mula semak saman Anda. Tekan butang Daftar Sekarang/Register.
  4. Borang akan keluar dan Anda perlu isi segala maklumat borang tersebut, setarusnya hantar.
  5. Setelah berjaya daftar, sila Log Masuk menggunakan username dan password Anda.
  6. Klik pautan e-Services dan pilih sama ada nak semak saman PDRM / JPJ / AES.
  7. Maklumat saman akan dipaparkan secara detail.
  8. Jika Anda ingin membuat pembayaran Anda boleh teruskan kepada pembayaran online yang disediakan oleh pihak MyEG.

Check Saman JPJ & AES

Untuk check saman JPJ dan AES online di portal rasmi JPJ, sila masukkan nombor kenderaan dan kad pengenalan sahaja. Adakah saya perlu mendaftar di portal JPJ? Jawapannya tidak perlu.

Caranya:

  1. Sila layari portal semakan Saman JPJ online.Check Saman JPJ AES
  2. Pilih Carian No ID dan No Kenderaan.
  3. Kategori ID MyKad atau silah pilih yang lain.
  4. Masukkan No ID.
  5. Masukkan Vehicle Registration No.
  6. Masukkan Kod Sekuriti imej.
  7. Klik butang Semak.
  8. Sistem akan memaparkan laporan saman sekiranya Anda mempunyai saman JPJ/AES.

NOTA: Sila pilih Kategori ID dan masukkan Nombor ID sahaja ATAU Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan Anda.
(Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567). Yang bertanda * wajib diisi.

Berikut adalah penerangan saman JPJ / AES:

  • AES merupakan satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
  • JPJ – Rekod notis atau saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.

Check Saman Polis SMS

Adakah Anda tahu bahawa semak saman polis boleh melalui perkhidmatan SMS? Sekiranya Anda belum tahu, berikut adalah langkah-langkah cek saman polis SMS.

Check Saman Polis SMS

Sebelum menggunakan perkhidmatan Anda, sebaiknya sila semak baki kredit handphone Anda.

  • Sila taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
  • Hantar ke 15888

Contoh: POLIS SAMAN MY8022

Atau

Kaedah ini merupakan salah satu cara untuk check saman polis melalui no plat, jadi pastikan Anda sudah mengetahui nomor plat kenderaan yang ingin di check.

  • Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
  • Hantar ke 15888

Contoh: POLIS SAMAN 86051234567

Semak Saman JPJ SMS

Bagi semakan saman JPN, sila ikuti format SMS dibawah ini:

  • Taip JPJ Saman<jarak>No. Kad Pengenalan
  • Hantar ke 15888

Contoh: JPJ SAMAN 86051234567

Atau

  • Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
  • Hantar ke 15888

Contoh: JPJ SAMAN MY8022

Rayuan Diskaun Saman

Untuk kurangkan bayaran saman, sila gunakan portal yang menyediakan diskaun seperti portal RILEK yang boleh memberikan Anda diskaun sehingga 10%.

Semoga maklumat yang kami kongsi diatas boleh meringankan beban Anda menyelesaikan hutang saman yang wajib dibayar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *