Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Online

KWSP iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. KWSP membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Visi utama KWSP iaitu untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, KWSP meneruskan mandat dengan merangkumi pembangunan infrastruktur negara dan dalam masa yang sama melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan ahli.

KWSP terus menyempurnakan lagi visi bukan saja untuk kekal relevan tetapi untuk mencipta persaraan yang lebih baik untuk semua ahli. Ia menguatkan lagi komitmen KWSP untuk melindungi simpanan ahli dan meningkatkan dedikasi KWSP dalam memberi perkhidmatan cemerlang.

i-lestari KWSP Online

Kelayakan Pengeluaran i-Lestari

Berikut syarat kelayakan untuk memohon pengeluaran i-Lestari KWSP.

  • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia.
  • Berumur di bawah 55 tahun.
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.

Anda boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021).

Kaedah-kaedah penghantaran borang permohonan:

  • Secara e-mel yang dialamatkan kepada: ilestarimohon@epf.gov.my
  • Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  • Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan
46720, Petaling Jaya
dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat

Kami mengesyorkan Anda untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Sekarang, Anda boleh membuat akaun KWSP secara online dengan mudah dan cepat. Berikut langkah-langkah cara mendaftar akaun KWSP online melalui portal rasmi KWSP:

  1. Dapatkan User ID dan kata laluan sementara Anda di pejabat atau kios KWSP atau EPF Counter berdekatan.
  2. Buka laman www.kwsp.gov.my
  3. Klik Log Masuk.
  4. Masukkan ID dan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.Aktifkan Akaun KWSP
  5. Baca Terms dan Conditions lalu tick Anda bersetuju.Daftar i-Akun KWSP
  6. Sila buat User ID dan Password baru.Register KWSP i-Lestari
  7. Pilih Online Image.
  8. Masukkan Frasa Rahsia (maksimum 10 aksara). Klik Next
  9. Skrin pengaktifan yang berjaya akan dipaparkan, Ahli boleh terus masuk ke i-Akaun.

Amaun Yang Boleh Dikeluarkan

Amaun yang layak dikeluarkan iaitu minimum RM50 dan RM500 (maksimum) sebulan. Namun ianya bergantung juga baki jumlah simpanan akaun 2 ahli.

Bayaran akan dibuat bermula bulan permohonan dibuat sehingga Mac 2021.

Pengeluaran hanya boleh dibuat dalam tempoh 1 tahun sahaja iaitu dari April 2020 hingga Mac 2021.

Tarikh Penerimaan Bayaran

Untuk Anda yang diterma sebagai pemohon pad abulan April 2020, bayaran Akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Tetapi untuk pemohon pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Online

Untuk membuat permohonan secara online sila buka laman https://ilestari.kwsp.gov.my

Sebelum memohon pastikan semua maklumat diisikan dengan betul dan tepat.

  1. Masukkan nama penuh.Borang Permohonan Pengeluaran KWSP
  2. Masukkan Nombor MyKad (Pemohon mestilah belum mencapai umur 55 tahun semasa permohonan dibuat).
  3. Masukkan Nombor Telefon Bimbit dan Alamat E-mel.
  4. Masukkan Alamat rumah, Poskod, Bandar.
  5. Pilih Negeri.
  6. Pilih Jumlah Amaun yang di mahukan.
  7. Pilih Bank.
  8. Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif.
  9. Tick atau check saya bersetuju dengan term dan syarat yang ditetapkan.
  10. Tick i’m not a robot atau saya bukan robot, klik Hantar.

Semak Status Permohonan KWSP

Untuk membuat semakan selepas Anda membuat permohonan pengeluaran, sila pilih menu Semak Permohonan. Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.

Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.

  • Masukkan Nombor MyKad
  • Masukkan nombor telefon bimbit.
  • Tick i’m not a robot atau saya bukan robot. Klik butang Semak.

Sekiranya permohonan Anda sudah diterima, berikut contoh paparan yang akan terlihat.

Status Permohonan KWSP Online

Soalan Lazim KWSP

Bagaimana jika baki Akaun 2 kurang RM500?

Anda masih layak memohon bergantung kepada baki simpanan Anda. Had maksimum adalah RM500. Minimum RM50.

Adakah boleh jika saya memohon sekirnya sudah lama tidak bekerja?

Ya ahli boleh memohon jika memenuhi syarat dan mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP.

Adakah ahli yang berumur 55 tahun ke atas layak memohon pengeluaran i-Lestari?

Tidak. Bayaran akan terhenti apabila ahli mencapai umur 55 tahun.

Bolehkah saya memohon jika suami / isteri telah diluluskan pengeluaran ini?

Ya Anda layak memohon walaupun terdapat ahli keluarga telah memohon pengeluaran yang sama.

Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad kepada sekali sebulan?

Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari adalah terhad kepada sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan Ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

Maklumat Lanjut KWSP

Sila hubungi nombor dan alamat email dibawah ini, sekiranya Anda memiliki sebarang pertanyaan:

  • ilestari@epf.gov.my
  • Telefon 03-8922 6000
  • Facebook : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia

Itulah maklumat detail bagaimana nak buat permohonan KWSP i-Lestari dan cara semakan KWSP online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *