IBG Transfer Affin Bank Berapa Hari Duit Masuk Akaun

Apakah Anda telah membuat pemindahan dana guna IBG transfer Affin Bank, risau sebab tak tahu bila duit masuk akaun penerima?

IBG transfer atau Interbank GIRO merupakan cara yang mudah, cepat dan berpatutan untuk memindahkan wang dari satu akaun bank ke akaun bank yang lain, selain daripada membuat pembayaran kepada seorang penerima yang merupakan pelanggan bank yang lain.

Berikut maklumat lengkap mengenai interbank GIRO Affin Bank dan jadual IBG transfer Affin Bank.

IBG Transfer Affin Bank Berapa Hari
IBG Transfer Affin Bank Berapa Hari

Jadual IBG Transfer Affin Bank

BAYARAN DIBUAT OLEH PELANGGANJADUAL PENERIMAAN WANG*PEMULANGAN BAGI URUSNIAGA YANG TIDAK BERJAYA
Hari Bekerja (Isnin-Jumaat)
Sebelum 5:00 pagi
Hari Bekerja yang Sama
Pada 11:00 pagi
Pada 5:00 petang
Hari Bekerja (Isnin-Jumaat)
5:01 pagi ke 8:00 pagi
Hari Bekerja yang Sama
Pada 2:00 petang
Pada 8:20 petang
Hari Bekerja (Isnin-Jumaat)
8:01 pagi ke 11:00 petang
Hari Bekerja yang Sama
Pada 5:00 petang
Pada 11:00 petang
Hari Bekerja (Isnin-Jumaat)
11:01 pagi ke 2:00 petang
Hari Bekerja yang Sama
Pada 8:20 petang
Pada 11:00 pagi, keesokan hari bekerja
Hari Bekerja (Isnin-Jumaat)
2:01 petang ke 5:00 petang
Hari Bekerja yang Sama
Pada 11:00 petang
Pada 11:00 pagi, keesokan hari bekerja
Hari Bekerja (Isnin-Jumaat)
Selepas 5:00 petang
Keesokan hari bekerja
Pada 11:00 pagi
Pada 5:00 petang
Hari Bukan Bekerja
(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan )
Keesokan hari bekerja
Pada 11:00 pagi
Pada 5:00 petang

Cara Buat IBG Transfer Affin Bank

Sila ikuti langkah-langkah cara melakukan IBG Transfer Affin Bank melalui AffinAlways:

  1. Lawati pautan rasmi Affin Bank di https://www.affinalways.com/
  2. Masukkan Username dan Password akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Selepas Anda login, klik Transfer pada menu utama.
  5. Kemudian, klik Fund Transfers dari sub menu.
  6. Pilih Interbank GIRO.
  7. Pilih Akaun Simpanan atau Semasa Anda di senarai juntai bawah From Account.
  8. Klik menu pada Transfer To.
  9. Masukkan Nombor Akaun dan Nama Penerima masing-masing.
  10. Pilih Status Kediaman Penerima.
  11. Masukkan Jenis ID Penerima/Nombor ID pilihan.
  12. Masukkan Nombor IC Penerima untuk rujukan peribadi Anda.
  13. Masukkan Alamat Email Penerima (Pilihan)
  14. Klik Confirm.
  15. Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
  16. Masukkan Rujukan Penerima (Anda boleh memasukkan catatan yang akan ditujukan kepada penerima)
  17. Masukkan Butiran Pembayaran Lain.
  18. Klik Continue.
  19. Sahkan butiran yang dimasukkan.
  20. Klik Request TAC.
  21. Masukkan Nombor TAC 6 digit.
  22. Klik Confirm.
  23. Selesai.

Selepas membuat pemindahan dana guna IBG transfer, kami nasihatkan Anda untuk semak baki akaun Affin Bank untuk semak baki akaun bank.

Soalan Lazim Affin Bank

Di bawah ini merupakan soalan lazim yang mengenai IBG transfer Affin Bank:

1. Adakah had maksimum untuk Interbank Account Transfer

Had untuk Interbank Account Transfer ialah RM5,000 sehari dan had maksimum ialah RM50,000 sehari

2. Berapakah jumlah maksimum penerima yang boleh ditambah sebagai Registered Transfer?

Maksimum 50 penerima boleh ditambah sebagai Pindahan Berdaftar.

3. Bagaimanakah saya tahu jika pemindahan dana berjaya?

Status akan menunjukkan berjaya atau success.

Semoga maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda, sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Service Affin Bank di +603-8320-2222