Kad Maybank Hilang

Apabila Anda kehilangan buku akaun simpanan dan kad ATM Maybank, Anda pasti tidak dapat melakukan transaksi, ketika itulah Anda akan merasa bimbang dengan wang dalam akaun bank, adakah baki dalam akaun simpanan dikurangkan?

Sekiranya Anda mengalami masalah seperti ini tidak perlu risau dan bimbang, kerana tidak ada orang yang boleh melakukan transaksi dengan buku akaun simpanan bank atau ATM Anda tanpa mengetahui PIN ATM.Kad Maybank Hilang

Cara Block Kad Maybank

Sekiranya Anda merasa cemas dan bimbang, maka langkah pertama yang harus Anda lakukan adalah melaporkan secara langsung kerugian kepada bank Anda untuk segera menyekat/block akses akaun. Dengan cara itu akaun simpanan Anda akan lebih selamat dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Untuk menyekat ATM Maybank dan buku akaun simpanan bank Anda yang hilang, sila hubungi pusat panggilan Maybank di nombor telefon 1-300886688 atau boleh terus datang ke pejabat cawangan Maybank terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Anda juga boleh block kad ATM Maybank secara online melalui perkhidmatan Maybank2U.

  1. Login Maybank2u
  2. Pilih Settings
  3. Pilih Cards Manage Debit Cards
  4. Debit Card – Replace & Block
  5. Pilih Menu option (3 dots)
  6. Block Card
  7. Pilih Confirm

Denda Kad Maybank Hilang

Ramai korang yang tanya adakah denda kad maybank hilang? Untul kad ATM/debit, caj RM12 akan dikenakan untuk penggantian kad disebabkan hilang.

Jika buku hilang, adakah saya tidak boleh membuat pengeluaran di kaunter? tanpa membawa buku akaun simpanan/semasa?

Anda masih boleh melakukan pengeluaran menerusi kaunter dengan pengesahan cap jari bersama kad pengenalan asal.

Untuk makluman, pemegang akaun perlu berkunjung ke cawangan asal Maybank bagi akaun tersebut untuk mendapatkan buku akaun yang baru.

Caj penggantian buku akaun yang baru sebanyak RM15.90 (termasuk 6% GST) untuk satu buku.

Bagi penjelasan selanjutnya berkenaan cas tersebut, Anda boleh merujuk kepada kaunter cawangan Maybank terdekat.

Kad Maybank Hilang

Cara dapatkan kad Maybank baru mudah sahaja, sila pergi ke pejabat cawangan Maybank untuk memohon kad ATM dan buku simpanan baru.

Pastikan Anda telah membawa keperluan yang diperlukan, iaitu untuk membawa kad pengenalan. Anda juga akan ditanya mengenai nama ibu kandung dan tarikh lahir untuk mengesahkan bahawa Anda adalah pemilik akaun sebenar.

Untuk makluman, kad gantian boleh diperolehi dari mana-mana cawangan berhampiran. Bagaimana kalau kad ATM saya rosak saja tidak hilang?

Sama sahaja, kad ATM/Debit hilang dan rosak akan dikenakan caj RM12 untuk gantian kad baru.

Baca juga cara tukar nombor telefon TAC Maybank2u

Itulah maklumat terkini cara buat baru kad Maybank hilang dan buku akaun simpanan hilang, sekiranya maklumat yang kami kongsi ini bermanfaat sila share melalui Facebook, Twitter dan Whatsapp terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *