Lupa Kata Laluan BSN Online

MyBSN merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN, maklumat korporat BSN serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dan dengan menggunakan perkhidmatan myBSN online banking Anda juga boleh menjimatkan masa.

Tiada sebarang bayaran menggunakan perkhidmatan ini (percuma). Kerana pihak bank BSN mahu membantu menjadikan kehidupan lebih baik dan lebih mudah untuk semua.

Jika Anda menghadapi sebarang masalah seperti tidak boleh log masuk myBSN atau terlupa kata laluan BSN sila baca langkah-langkah cara tukar password BSN online banking dibawah.Lupa Kata Laluan BSN Online

Prosedur Tukar Kata Laluan BSN Online

Prosedur yang perlu dilakukan untuk melakukan reset password myBSN atau BSN online banking iaitu, Anda harus mempunyai:

  • Sambungan internet yang baik.
  • Nombor Debit/Credit Card.
  • PIN Debit/Credit Card.
  • Nombor telefon yang telah berdaftar untuk kegunaan OTP/TAC.

Sekiranya kad bank BSN hilang, sila segera urus terlebih dahulu. Seterusnya sila ikuti langkah-langkah dibawah.

Lupa Kata Laluan BSN Online

  1. Buka https://www.mybsn.com.my
  2. Klik menu Log Masuk, myBSN.
  3. Klik Forgot Password.
  4. Sila masukan Username.Terlupa Kata Laluan BSN Online
  5. Nombor Debit Card/Credit card.
  6. CVV (CVV adalah nombor tiga digit yang dicetak di ruang tandatangan di bahagian belakang kad Anda)
  7. Expiry Date, masukkan Bulan dan Tahun.
  8. Masukkan IC Number.
  9. Klik butang Submit.
  10. Seterusnya Anda akan dibawa ke laman untuk membina kata laluan BSN online yang baru.
  11. Paparan akan menunjukkan id bagi username Anda, sila pastikan username tersebut tepat dan betul.
  12. Masukkan kata laluan baru (New Password). Contoh: Fighter123!
  13. Masukkan kembali kata laluan baru (Confirm Password).
  14. Sila klik Request OTP, masukkan kod OTP tersebut di bahagian OTP Number.
  15. Klik Submit, tahniah Anda berjaya menukar kata laluan BSN online banking.

Sila log masuk untuk melakukan semakan baki akaun BSN melalui online untuk melihat baki terkini.

Sekiranya Anda ingin menukar kata laluan lagi, sila log masuk MyBSN dan klik Profile Management. Pilih Change Password dan mohon TAC, yang akan dihantar kepada Anda melalui SMS. Masukkan nombor TAC dan tukar kata laluan Anda.

Kami syorkan Anda untuk tidak sesekali berkongsi kata laluan Anda pada mana-mana orang lain.

Maklumat Lanjut

Jika Anda menghadapi sebarang masalah ketika melakukan proses yang dinyatakan diatas ataupun berlaku sebarang keraguan, sila hubungi customer service Bank Simpanan Nasional (BSN) di 1300881900 atau +603-2613 1900 (Luar negara). Pihak bank BSN sedia membantu ada 24 jam sehari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *