Lupa Kata Laluan Hong Leong Connect

Connect Online dibuka kepada semua pelanggan perbankan runcit Hong Leong Bank Berhad (HLBB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) yang memiliki akaun yang aktif.

Dengan menggunakan perkhidmatan online banking Hong Leong (Connect Online), Anda boleh menjimatkan masa dan kos.

Tiada bayaran yang dikenakan untuk menggunakan Connect Online. Walau bagaimanapun, bayaran perkhidmatan perbankan lain dikenakan bagi transaksi seperti Interbank GIRO (IBG), Pindahan Segera, Pembayaran Bil, Pemberhentian Cek dan Permintaan Penyata.

Saya sudah mempunyai account Hong Leong Connect, tapi saya tidak boleh log masuk apa boleh saya buat atau adakah Anda lupa kata laluan Hong Leong Connect?

Lupa Kata Laluan Hong Leong Connect

Tidak Boleh Log Masuk Hong Leong Connect

Ada 2 kemungkinan yang berlaku jika Anda tidak boleh log masuk account Hong Leong Connect.

  • Anda salah masukkan kata laluan dan nama pengguna atau kedua-duanya.
  • Anda tidak login selama 12 bulan dan menjadi dorman.

Jika Anda tidak log masuk selama 12 bulan dan menjadi dorman, sila pergi ke cawangan mana pun untuk meminta ID Sementara.

Tempoh sah untuk ID Sementara yang diberikan adalah 3 hari.

Syarat Tukar Kata Laluan Hong Leong Connect

Sila siapkan beberapa keperluan bagi set semula kata laluan account Hong Leong Connect.

  • Nombor KP (Kad Pengenalan) atau Pasport.
  • Kad debit dan PIN 6 digit.

Lupa Kata Laluan Hong Leong Connect

Berikut adalah kaedah yang perlua Anda lakukan untuk dapatkan semula akaun Hong Leong Connect.

  1. Layari https://s.hongleongconnect.my
  2. Klik pautan Forgot Username/Password
  3. Sila pilih jenis produk yang Anda punya untuk set semula butiran akaun Connect Anda. Sekiranya Anda mempunyai lebih daripada satu produk, sila pilih kad debit.Cara Tukar Kata Laluan Hong Leong Connect
  4. Pilih Jenis Pengenalan yang Anda miliki (Nombor KP Baru, Nombor Pasport, No. Pendaftaran Perniagaan atau Nombor KP Asing) dan isikan Nombor Pengenalan, klik Next.Reset Password Hong Leong Connect
  5. Isikan nombor telefeon Anda dengan betul sebab kod TAC 6 angka akan dihantarkan ke telefon yang berdaftar.
  6. Isikan kod TAC yang Anda terima.
  7. Sila isikan identiti baru.
  8. Pilih soalan keselamatan.
  9. Anda berjaya tukar password Hong Leong Connect.

Anda boleh menggunakan semula nama pengguna semasa Anda atau membuat nama pengguna baru. Walau bagaimanapun, Anda perlu membuat kata laluan baru.

Panjang nama pengguna hendaklah 8 hingga 16 aksara, dengan gabungan huruf dan angka. Contoh: Noordian123!

Selepas berjaya reset kata laluan Hong Leong Connect, sila cuba log masuk untuk semakan baki akaun Hong Leong bank online terkini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *