Lupa Kata Laluan KWSP

KWSP sentiasa berusaha meningkatkan simpanan persaraan ahlinya, di samping pelaksanaan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan ke arah persaraan yang selesa.

KWSP menyediakan portal online yang boleh digunakan oleh Ahli untuk melakukan pelbagai kemudahan seperti:

  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan.
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat.
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini.
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun.
  • Memohon e-Pengeluaran.
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya.
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran.
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah.
  • Menyemak maklumat penamaan.

Tetapi di sebalik semua kemudahan diatas, terdapat beberapa masalah yang sering berlaku, salah satunya iaitu terlupa kata laluan dan ID Pengguna KWSP online.

Berikut kami kongsi maklumat penyelesaian untuk mengatasi masalah lupa kata laluan dan ID pengguna KWSP online.

Sebelum menggunakan fungsi lupa ID Pengguna / Kata Laluan, ahli perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit bagi tujuan penerimaan TAC. Pendaftaran nombor telefon bimbit boleh dilakukan di mana-mana Kios atau Kaunter KWSP.

Lupa ID Pengguna KWSP

Lupa Kata Laluan KWSP

  1. Layari www.kwsp.gov.my
  2. Pilih Log Masuk dan klik i-Akaun (Ahli).
  3. Klik lupa ID Pengguna/Kata Laluan.Terlupa Kata Laluan KWSP
  4. Pilih salah satu bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan).Lupa Kata Laluan KWSP
  5. Masukkan no. MyKad atau no. KWSP.
  6. Klik Permohonan TAC untuk mendapatkan nombor TAC.
  7. Semak nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan untuk penerimaan TAC dan Klik Sahkan.
  8. Makluman TAC dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan akan dipaparkan. Klik Tutup untuk teruskan
  9. Masukkan 6 digit nombor TAC yang diterima melalui SMS dan Klik Seterusnya
  10. Sila cipta kata laluan baru dan isi semula untuk sahkan (8 – 20 aksara, kombinasi abjad dan nombor. Contoh: Carasemak123), klik Hantar.
  11. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan, sekarang Ahli boleh terus login untuk menggunakan i-Akaun lagi.

Sila lakukan semakan penyata KWSP online untuk melihat maklumat KWSP terkini.

Cara yang dinyatakan diatas boleh digunakan juga untuk Anda yang terlupa ID Pengguna/ID Pengguna dan Kata Laluan i-Akaun KWSP online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *