Lupa Nombor Akaun CIMB

Adakah Anda terlupa nombor akaun bank CIMB? Dalam setiap transaksi yang menggunakan kemudahan bank, keberadaan nombor akaun diperlukan agar duit boleh segera ditransfer dari akaun pengirim ke akaun penerima.

Untuk makluman, bahawa nombor akaun bank dimiliki setelah maklumat peribadi Anda diminta oleh pihak CIMB bank sebagai syarat untuk menjadi pelanggan sah.

Sekiranya Anda terlupa nombor akaun CIMB, ada pelbagai cara yang boleh membantu Anda untuk dapatkan semula no account.

Lupa Nombor Akaun CIMB

Buku Bank

Kaedah satu ini, mungkin sudah ramai orang yang tahu. Selain menyimpan rekod baki, buku bank juga menyimpan pelbagai maklumat lain.

Salah satunya adalah nombor akaun yang terdapat di bahagian depan/belakang buku bank.

ATM CIMB

Fungsi ATM CIMB yang ramai orang tahu adalah untuk memudahkan transaksi pengeluaran duit.

Sila masukkan kad ATM Anda kemudian taipkan PIN Anda dan pilih nominal duit yang ingin Anda keluarkan, selepas itu duit akan keluar dari mesin ATM.

Selain itu, mesin ATM mempunyai banyak fungsi lain. Seperti cek baki, transfer duit, bayar bil, topup kredit hingga deposit tunai.

Selain daripada fungsi yang dipaparkan diatas nyatanya ramai korang yang tidak mengetahui bahawa mesin ATM boleh digunakan untuk cek nombor akaun CIMB.

Langkah-langkah untuk dapatkan semula nombor akaun bank CIMB melalui mesin ATM:

  1. Masukkan kad ATM
  2. Pilih Bahasa
  3. Masukkan PIN
  4. Sila cari menu Penyata Bank
  5. Nombor akaun Anda akan dipaparkan bersama dengan sejarah transaksi terakhir.

CIMB Internet Banking

Adakah Anda telah mempunyai akaun internet banking CIMB? Sekiranya Anda belum mempunyai akaun berdaftar sila melakukan pendaftaran. Baca panduan cara daftar CIMB internet banking.

Sekiranya Anda telah mempunyai akaun berdaftar, sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:

  1. Buka laman web https://www.cimbclicks.com.my
  2. Klik Login to Clicks
  3. Masukkan User ID dan Password
  4. Selepas berjaya masuk Dashboard, klik Menu My Accounts
  5. Maklumat nombor akaun CIMB Anda akan terpapar

CIMBClicks Mobile Banking

Muat turun aplikasi CIMBClicks Mobile Banking di Google Playstore atau App Store. Selepas itu sila mendaftar perkhidmatan.

Apabila Anda sudah mempunyai aplikasi CIMBClicks dan telah membuat pendaftaran sila coba cara dibawah:

  1. Log masuk CIMBClicks
  2. Klik My Accounts
  3. Maklimat no account Anda akan terlihat

Call Center CIMB

CIMB Bank menyediakan perkhidmatan pusat panggilan sehingga pelanggan dapat berkomunikasi melalui talian telefon.

Anda boleh meminta maklumat/informasi nombor akaun CIMB Anda melalui Call Center. Sila hubungi nombor pusat panggilan bank CIMB +603 62047788.

Pejabat Bank CIMB

Cara ini adalah kaedah terakhir sekiranya kaedah yang dipaparkan diatas tidak mungkin dilakukan.

Cara terakhir untuk mengetahui nombor akaun adalah dengan pergi ke pejabat bank terdekat dan bertanya di sana.

Sekiranya Anda ingin bertanya melalui juruwang atau khidmat pelanggan di bank, pastikan bahawa Anda membawa kad pengenalan atau IC.

Kad pengenalan diperlukan semasa proses pengesahan data.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *