Pengeluaran ASB Online

Anda perlu wang ASB segera untuk keperluan perbelanjaan hidup harian? Adakah Anda tahu bahawa sekarang ASB membolehkan pelabur untuk membuat permohonan pengeluaran ASB online?

Dahulu proses pengeluaran ASNB, urusan penambahan pelaburan dan kemaskini hanya dapat dilakukan di kaunter dengan membawa buku pelaburan.

Pada masa kini, para pelanggan boleh menggunakan komputer, laptop dan handphone untuk keluarkan duit secara online di portal MyASNB.

Dalam sebulan Anda boleh keluarkan duit tiga kali sahaja. Jumlah pengeluaran minimum iaitu sebanyak RM100 dan pengeluaran maximum RM500 sebulan.Pengeluaran Duit ASB Online

Pengeluaran ASB Online

Cara keluarkan duit ASB secara online MyASNB boleh dilakukan dengan cepat dan selamat. Pastikan, Anda membuat urusniaga pengeluaran duit ASB pada waktu bekerja:

  • Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*
  • Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*

Syarat Pengeluaran Duit ASB

Berikut adalah syarat bagi pengeluaran duit ASN melalui MyASNB:

  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalah RM500 sebulan terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
  • Jumlah minimum bagi sekali pengeluaran adalah RM100.
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
  • Pemegang unit hanya boleh mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.
  • Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.
  • Wang akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya.
  • Kemudahan ini disediakan secara percuma sahaja.
  • Pengeluaran unit secara dalam talian dibenarkan bagi mana-mana unit amanah ASNB kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara2.

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Kemudahan pengeluaran secara dalam talian di myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB.

Berikut adalah cara-cara keluar duit ASB online.

  1. Log masuk ke akaun MyASNB www.myasnb.com.my
  2. Klik Portfolio, seterusnya klik Transaksi pada unit amanah yang dikehendaki.Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online
  3. Pilih Jualan Balik.
  4. Sila pastikan bahawa maklumat bank yang Anda pilih betul, sehingga proses pengeluaran duit selamat.Cara Jualan Balik Unit ASB
  5. Kemudian baca dan √ kotak pengisytiharan dan klik pada butang Seterusnya.Semakan Status Pengeluaran ASB Online
  6. Masukkan jumlah amaun yang mahu Anda keluarkan. Ingat, minimum RM100 dan maksimum RM500 sebulan. Klik Seterusnya.Cara-Cara Keluar Duit ASB
  7. Semak semula butiran bank Anda dan jika betul klik Teruskan untuk membuat permintaan TAC. Klik Seterusnya.Cara Keluarkan Wang ASB Online
  8. Masukkan nombor TAC tersebut untuk pengesahan. Tahniah transaksi pengeluaran ASB Anda telah berjaya.

Atau sila lihat panduan cara pengeluaran unit ASB dalam talian melalui video dibawah:

Pengeluaran ASB Online Aplikasi MyASNB

Pengeluaran Duit ASB Secara OnlineAplikasi myASNB adalah aplikasi mudah alih rasmi oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), disediakan oleh pihak ASB untuk penggunanya sehingga membolehkan pengguna melihat portfolio pelaburan ASNB mereka dengan selamat dan selesa dan melakukan pelaburan tambahan pada telefon bimbit / tablet mereka dari mana saja dan bila-bila masa.

Ciri MyASNB mobile App

  • Lihat Portfolio Pelaburan
  • Paparan baki akaun dengan pantas
  • Melaksanakan pelaburan tambahan
  • Melabur dalam dana lain
  • Jejaki urus niaga terkini
  • Muat turun penyata akaun
  • Periksa harga dana (NAB)
  • Kemas kini profil
  • Cari cawangan terdekat

Anda boleh keluarkan duit ASB melalui aplikasi MyASNB ini secara percuma, sila download aplikasi MyASNB di Google Playstore.

Soalan Lazim Pengeluaran ASB

Berapa lama wang akan masuk ke akaun Anda?

Duit akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit dalam masa 24 jam hari bekerja.

Berapakah had minimum dan maksimum pengeluaran yang dibenarkan melalui MyASNB ini?

  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.
  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.

Adakah sebarang caj yang dikenakan untuk pengeluaran di MyASNB?

Tidak, semua percuma.

Maklumat Lanjut

Sekiranya Anda mempunyai sebarang masalah berkaitan myASNB, Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di

  • Nombor: 03 7730 8899 (Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 10.00 malam)
  • Email: asnbcare@pnb.com.my

Itulah maklumat terkini bagaimana nak keluarkan duit ASB secara online melalui MyASNB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *