Pengeluaran KWSP Untuk Ubahsuai Rumah

Senang betul lah jika Anda boleh buat pengeluaran KWSP untuk ubahsuai rumah. Walau bagaimanapun, boleh ke nak buat pengeluaran KWSP untuk renovate rumah?

Ramai korang yang tertanya, boleh ke duit KWSP 2 untuk ubahsuai rumah? Untuk menjawap persoalan ini sila Anda baca dan lihat terlebih dahulu syarat-syarat pengeluaran wang simpanan KWSP untuk membeli rumah.Pengeluaran KWSP Untuk Ubahsuai Rumah

Pengeluaran KWSP Untuk Ubahsuai Rumah

Sedikit sebanyak berkenaan KWSP. Akaun KWSP Anda terbahagi kepada 2, iaitu :

  • Akaun 1 – 70% daripada jumlah gaji yang ditolak dan akaun ini hanya boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat, iaitu mencapai 55 tahun, kehilangan upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia.
  • 2. Akaun 2 – 30% daripada jumlah yang ditolak. Akaun 2 inilah yang boleh keluarkan untuk tujuan tertentu, contohnya untuk membeli rumah.

Kelayakan Memohon KWSP

  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara.
  • Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan.
  • Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

Syarat Pengeluaran KWSP

Berikut ini adalah syarat-syarat pengeluaran KWSP bagi tujuan membeli rumah.

  1. Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo/teres/berkembar/apartment/kondominium/studio apartment/service apartment/townhouse/SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman
  2. Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman seperti berikut :-
    • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
    • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
    • Majikan ahli
    • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
    • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
    • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
    • Secara tunai
  3. Surat perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
  4. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.
  5. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua.
  6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).
  7. Ahli tidak layak memohon sekiranya :-
    • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.
    • Membeli rumah di luar negara.
    • Mengubahsuai atau renovate, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
    • Membeli rumah ketiga.
    • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
    • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.

Dari senarai syarat yang dinyatakan diatas, sudah jelas bahawa ubah suai atau renovate rumah tidak dibenarkan. Sehingga ahli jangan cuba untuk keluarkan duit KWSP untuk tujuan ubahsuai rumah.

Anda hanya dibenarkan untuk mengeluarkan duit simpanan KWSP untuk tujuan menyelesaikan pinjaman atau membeli rumah sahaja.

Ada juga korang yang tanya boleh ke pengeluaran KWSP akaun 2 untuk bayar hutang kereta? Sila baca artikel tersebut.

Semoga maklumat yang kami kongsi ini boleh bermanfaat untuk Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *