Cara Dapatkan Penyata Bank BSN

Bagi Anda yang perlu dapatkan penyata bank BSN atau cara cetak bank statement BSN secara online boleh ikuti langkah yang kami kongsikan dalam artikel ini.

Jika dahulu Anda perlu pergi ke bank untuk dapatkan penyata bank, sekarang tak perlu lakukan itu sebab Anda boleh gunakan peranti komputer/laptop/smartphone untuk muat turun penyata bank BSN secara online melalui perkhidmatan MyBSN.

e-Statement BSN merupakan versi PDF penyata kad kredit/-i bulanan yang boleh Anda dapatkan secara percuma melalui penghantaran emel atau online banking myBSN.

Penyata Bank BSN
Penyata Bank BSN

Kelebihan Penyata Bank BSN

Kelebihan penyata bank BSN file PDF:

  • Percuma: Tiada kos tambahan untuk perkhidmatan ini.
  • Akses Mudah dan Cepat: Terima e-Penyata Anda tepat pada masa setiap bulan.
  • Terjamin dan Selamat:  Penyata Anda dan dilindungi dengan kata laluan.
  • Sejarah Penyata: Carian mudah rekod-rekod penyata terdahulu dalam myBSN Anda.
  • Mesra alam: e-Penyata menjimatkan kertas dan melindungi alam sekitar.

Cara Dapatkan Bank Statement BSN Online

Sekiranya Anda ingin cetak penyata bank BSN secara lengkap, berikut kami kongsikan langkah cara cetak penyata bank BSN melalui portal MyBSN.

  1. Log masuk akaun BSN online Anda, klik pautan https://www.mybsn.com.my
  2. Klik menu Account Overview
  3. Klik menu E-Statement
  4. Klik Nama Account
  5. Pilih Statement Period yang Anda inginkan
  6. Klik Download
  7. Secara automatik file statement bank akan di muat turun ke komputer/laptop atau handphone Anda.

Macam mana jika saya tiada akaun profile MyBSN atau BSN online banking, apa perlu buat? Tak perlu risau, sila baca panduan cara daftar BSN online untuk membuat akaun profile secara percuma.

Request Bank Statement BSN

Saya nak request bank statement yang saya perlukan sahaja, tunjukkan macam mana caranya, sila ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk akaun BSN online Anda melalui pautan https://www.mybsn.com.my
  2. Selepas berjaya log masuk, pilih menu Statement Request
  3. From Account: Pilih akaun yang Anda inginkan Cara Dapatkan Bank Statement BSN Online
  4. From: Pilih Tarikh Awal dan Akhir, klik Submit
  5. Statement Request Confirmation, klik Submit
  6. Klik butang Print
  7. Untuk cetak penyata bank BSN.

Cara Cetak Penyata Bank BSN di ATM

Sekiranya Anda perlu cetak penyata bank segera, Anda boleh gunakan mesin ATM BSN. Ikuti cara cetak penyata bank BSN melalui ATM berikut:

  1. Kunjungi mesin ATM BSN berhampiran
  2. Masukkan kad ATM BSN dan PIN Anda
  3. Tekan Lain-Lain Urusniaga/Other
  4. Tekan Khidmat Penyata
  5. Tekan Penyata Mini
  6. Tekan Cetak
  7. Mini statement bank BSN akan keluar dari mesin ATM

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Melalui Email

Sekrang Anda tak perlu beratur di cawangan untuk dapatkan penyata bank BSN, sebab sekarang Anda boleh dapatkan penyata bank BSN melalui email, walau bagaimanapun Anda mestilah mendaftar terlebih dahulu perkhidmatan ini.

Langkah cara daftar bank statement BSN di email:

Taip STMT<jarak>No KP<jarak>Alamat E-mel Anda hantar ke 66300

Contoh: STMT 790416654321 gopal.terbang@gmail.com hantar ke 66300

Apabila pendaftaran telah berjaya, Anda akan menerima SMS pengesahan dari BSN. e-Penyata Anda akan bermula dari kitaran penyata yang seterusnya. Setiap bulan, penyata kad kredit/-i Anda akan dihantar terus ke alamat email yang didaftarkan.

Itu sahaja perkongsian kali ini, apabila menghadapi kesukaran mendapatkan bank statement BSN, boleh terus berhubung dengan Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900