Perbankan SMS BSN

Bagi Anda yang tidak mempunyai sambungan atau line internet di rumah, Anda boleh gunakan perkhidmatan perbankan BSN yang dikenali sebagai perbankan SMS BSN.

Jika biasanya pelanggan menggunakan MyBSN yang perlukan sambungan internet untuk membuat transaksi kewangan online, sekarang pelanggan dapat manfaatkan perkhidmatan SMS BSN.

Perkhidmatan perbankan SMS tidak memerlukan sambungan internet sehingga Anda boleh membuat transaksi melalui telefon bimbit dengan menggunakan SMS dan baki kredit.

Perkhidmatan ini ditawarkan sebagai solusi atau penyelesaian untuk pelanggan yang tidak mendaftar atau mempunyai akaun MyBSN.

Melalui perbankan SMS BSN, Anda boleh membuat transaksi seperti transfer/pemindahan wang, top up, bayar bil dan banyak lagi.

Berminat menggunakan perkhidmatan ini?

Perbankan SMS BSN
Perbankan SMS BSN

Kelebihan Perbankan SMS BSN

Bagi Anda yang tidak tahu apa sahaja kelebihan dari perbankan SMS Bank Simpanan Nasional, berikut antaranya:

  • Transaksi yang selamat dan terjamin.
  • Menyenangkan. Anda boleh membayar bil dengan selesa di rumah sendiri, di tempat kerja, di kafe, di taman, di mana-mana sahaja.
  • Mudah. Tiada perlu lagi beratur di bank.

Perkhidmatan BSN SMS

Senarai perkhidmatan perbankan ini boleh di buat melalui SMS.

  1. Pertanyaan Baki (GIRO / GIRO-i / Kad Kredit) – Semak baki semua akaun anda dengan mudah
  2. Pemindahan Dana (Akaun Sendiri / Pihak Ketiga) – Pemindahan wang dengan mudah dan selamat sama ada ke akaun sendiri atau pihak ketiga
  3. Pembayaran Bil – Bayar bil dengan serta-merta ketika dalam perjalanan dengan Perbankan SMS BSN
  4. Tambah Nilai Prabayar – Tambah nilai prabayar melalui BSN
  5. Pembayaran Kad Kredit (Sendiri / Pihak Ketiga) – Bayar kredit kad BSN anda atau kad kredit pihak ketiga dengan mudah dan selamat
  6. Pembelian SSP – Jadi salah seorang Jutawan BSN SSP! Masuk mana-mana skim BSN SSP melalui telefon bimbit anda dengan mudah
  7. Pembelian PIN – Anda telah tamat persekolahan! Sekarang ambillah langkah pertama untuk melalui pengalaman ‘kehidupan di kampus’ dengan Perbankan SMS BSN.

Apakah transaksi wang menggunakan SMS ini instant? Tentu sahaja transaksi boleh instant transfer BSN.

Cara Mendaftar Perbankan SMS BSN

Daftar Perbankan SMS BSN

Bagi pelanggan yang mempunyai akaun simpanan BSN dan mempunyai kad ATM BSN yang aktif. Boleh mendaftar perkhidamatan ini.

Berikut cara mendaftar perbankan SMS:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan BSN berhampiran dan kemudian daftarkan no telefon bimbit/HP Anda.
  2. Ambil nombor giliran, apabila nombor giliran Anda telah di panggil.
  3. Beritahu pegawai bank bahawa Anda ingin daftar perbankan SMS BSN.
  4. Pegawai bank akan berikan kod UAC (4 digit) kepada Anda melalui cetakan pada Borang SMP-1.
  5. Setelah pendaftaran telah berjaya dilakukan, Anda akan menerima SMS di telefon bimbit Anda, SMS tersebut mengandungi M-PIN (6 digit) dan UAC (2 digit).
  6. Selepas Anda dapatkan SMS tersebut, langkah seterusnya iaitu Anda mesti aktifkan perkhidmatan perbankan SMS.
  7. Cara aktifkan perbankan SMS iaitu buat SMS baru lalu masukkan ACTM-PIN6 digit UAC (4 digit + 2 digit) lalu hantarkan ke 36898 atau 019-2866180 (Celcom), 017-3776180 (Maxis) dan 014-3386180 (DiGi)
  8. Perbankan SMS telah aktif.

Bagi Anda yang ingin menggunakan internet banking BSN, boleh ikuti cara daftar BSN online yang telah kami kongsikan.

Lokasi Transaksi

Di bawah ini merupakan lokasi transaksi perkhidmatan perbankan SMS BSN.

TransaksiKaunterATM & CDMPusat Khidmat Pelanggan
Pendaftaran Akaun – Untuk pendaftaran Perbankan SMS.
Pembatalan – Untuk perkhidmatan pembatalan atau HP.
Tukar M-Pin – Menukar M-Pin anda.
Tukar Had Pemindahan – Menukar had debit untuk Perbankan SMS anda.
Tukar HP – Menukar no. pendaftaran HP.
Tukar Bahasa – Penukaran Bahasa untuk Perbankan SMS.

Kos Transaksi

Berikut adalah kos bagi setiap transaksi yang berjaya dibuat.

BilPERKHIDMATANCAJ PERKHIDMATANBUTIR-BUTIR
1PendaftaranPercuma
2PengaktifanPercuma
3PenyelenggaraanPercuma untuk sekali setahunTukar bahasa
Tukar M-PIN
Tukar nombor telefon bimbit
Tukar Had
RM0.50Bagi setiap transaksi seterusnya.
4Pertanyaan BakiPercumaPercuma untuk satu pertanyaan baki sebulan.
RM0.50Bagi setiap pertanyaan baki seterusnya dalam bulan yang sama.
5Tambah Nilai PrabayarRM0.25Bagi setiap transaksi.
6Pindahan DanaRM0.50Bagi setiap transaksi.
7Pembayaran BilRM0.50Bagi setiap transaksi.
8Pembelian PINRM0.50Bagi setiap transaksi.
9Pembelian SSPRM0.25Bagi setiap transaksi.
10Pembayaran Kad  Kredit BSNRM0.50Bagi setiap transaksi.
11Akaun Tak CukupRM0.50Bagi setiap transaksi yang berjaya.
12Jawapan Silap MesejRM0.25Bagi setiap transaksi.
13Pertanyaan BSN : SMSRM0.25Pertanyaan tentang: Pembelian Pin UPU, Tambah Nilai Prabayar dan format Pembelian SSP.

Senarai Pembayaran Bil, Pembelian Pin UPU, Pembelian SSP dan Tambah Nilai Prabayar.

Kod Transaksi

Kod transaksi diperlukan agar transaksi Anda dapat berjaya.

TransaksiKod Transaksi
Pembelian Top-UpTOPUP <> mpin <> kod.topup <> (no. penerima)
Senarai Kod Top-UpLIST<>TOPUP<>NILAI
Pertanyaan Baki BAL <> mpin 
Pembayaran BilBILL <> mpin <> kod.bil <> no.akaun.bil <> amaun 
Bayaran Kad Kredit BSNCARD <>mpin <> no.kad kredit <> amaun
Kod Top-Up BilLIST<> BIL
Pemindahan Dana TRF <> mpin <> akaun penerima <> amaun 
Pembelian Pin PIN <> mpin <> kod.kursus <> no.KP calon 
Kod Senarai KursusLIST<> PIN 
Pembelian SSP SSP <> mpin <> amaun
Tukar BahasaCHG <> LANG <> mpin <> bahasa.pilihan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi customer service BSN di talian 1300 88 1900 atau email ke  customercare@bsn.com.my atau layari https://www.bsn.com.my

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai perbankan SMS BSN, semoga bermanfaat.