Permohonan eGTUKAR Online

Bermula dari pengalaman peribadi untuk membuat permohonan pertukaran sekolah dengan harapan dapat lebih dekat dengan keluarga. Untuk mempercepat hal tersebut, saya cuba berkomunikasi dengan pihak sekolah yang kemudian dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi pertukaran Guru KPM.

Ramai guru yang tidak tahu apa itu eGTUKAR, berikut maklumat mengenai eGTUKAR yang saya ringkas sebagai makluman untuk Anda.Permohonan eGTUKAR Online

Apa Itu eGTUKAR

eGTUKAR iaitu satu lagi modul pengurusan guru yang ada di dalam sistem pengurusan sekolah di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia.

EGTUKAR KPM ini juga adalah sangat berkait rapat dengan sistem eoperasi kerana ianya dibawah modul pengurusan guru yang sama.

Modul eGtukar melibatkan pengurusan pertukaran guru di seluruh Negeri Malaysia dan terdapat beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Daerah, Sekolah dan Negeri.

Setiap proses pertukaran guru melalui modul e-GTukar online dilaksanakan secara berperingkat iaitu sesi Jun dan sesi Januari setiap tahun dengan sekali permohonan sahaja.

Setiap permohonan pertukaran guru wajib menggunakan aplikasi eGTUKAR online, jadi Anda tidak boleh membuat permohonan secara manual atau konvensional.

Syarat Umum Permohonan Pertukaran Guru

Syarat ini berlaku untuk semua guru dan wajib Anda penuhi untuk memohon pertukaran di eGTUKAR:

  • Jika di negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan, maka pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) tidak akan mempertimbangkan permohonan tersebut.
  • Sebelum surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri diluluskan dan diterima oleh guru, maka guru tidak boleh membuat pertukaran.
  • Setiap penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri atau pejabat pendidikan daerah atau bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM.
  • KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan.

Syarat Guru Tidak Layak Memohon Pertukaran

Syarat guru yang tidak layak untuk memohon pertukaran di eGTUKAR:

  • Anda merupakan guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib.
  • Anda merupakan guru yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh gaji.
  • Anda merupakan guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC).
  • Anda merupakan guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
  • Anda merupakan guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
  • Anda merupakan guru yang sedang mengikuti kursus atau cuti belajar.

Jadi pastikan Anda tidak terikat atau terdampak hal diatas.

Permohonan Pertukaran Guru Online

Selepas Anda mengetahui serta memenuhi syarat umum dan syarat kelayakan guru yang boleh memohon, seterusnya Anda dapat mengikuti proses permohonan pertukaran guru online.

Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada:

  • Guru Penolong Gred DG29
  • DG32 (KUP Time Based)
  • DG34 (KUP Time Based)
  • DG38 (KUP Time Based)
  • DG41
  • DG42
  • DG44 (KUP Time Based)
  • DG48 (KUP Time Based)
  • DG52 (KUP Time Based)
  • DG54 (KUP Time Based)

Berikut adalah langkah langkah cara memohon pertukaran guru online melalui aplikasi eGTUKAR:

Soalan Lazim eGTUKAR

1. Bagaimana cara tukar kata laluan eGTUKAR ?

Sekiranya Anda sudah pernah melakukan pendaftaran aplikasi eGTUKAR, dan terlupa kata lalun eGTUKAR, sila guna laman cara tukar kata laluan eGtukar.

Pastikan Anda menginat soalan keselamatan dan jawapan semasa membuat pendaftaran pada masa dahulu.

2. Siapa yang layak memohon pertukaran guru ?

Berikut kriteria yang melayakkan guru bertukar:

  • Kepentingan perkhidmatan
  • Kekosongan jawatan
  • Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Itulah maklumat permohonan pertukaran guru online di aplikasi eGTUkar, semoga maklumat yang kami kongsi dapat bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *