Semak Baki Akaun Bank Muamalat

Sekarang Anda tak perlulah beratur di cawangan bank Muamalat untuk melakukan transaksi atau aktiviti perbankan seperti cek baki akaun, transfer wang, topup kredit, bayar bill dan lainnya.

Pihak bank Muamalat telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk Anda. Kemudahan ini akan menjimatkan kos dan masa, kerana Anda hanya perlu komputer atau smartphone untuk melakukan pelbagai aktiviti perbankan.

Jika Anda ingin semak baki akaun bank Muamalat, ada 3 cara yang boleh Anda cuba, iaitu melalui mesin ATM, internet banking dan mobile banking. Sila pilih yang cara yang menurut Anda paling mudah.

Semak Baki Akaun Bank Muamalat

Semak Baki Akaun Bank Muamalat Online

Salah satu cara yang dapat Anda lakukan untuk menyemak baki akaun bank Muamalat Anda iaitu melalui internet banking.

Sebelum menggunakan perkhidmatan internet banking, adakah Anda telah mempunyai akaun berdaftar di Muamalat online banking i-Muamalat ? Sekiranya Anda belum/tidak mempunyai akaun online banking sila baca panduan cara daftar akaun bank Muamalat online.

Jika Anda telah memiliki akaun bank Muamalat online, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Lawati laman https://www.i-muamalat.com.my
  2. Masukkan username dan password Anda
  3. Klik My Account > Accounts Summary
  4. Maklumat baki Anda akan dipaparkan secara detail

Check Baki Akaun Bank Muamalat Mobile Banking

Bank Muamalat Malaysia menyediakan perkhidamatan mobile banking untuk memudahkan pelanggan melakukan pelbagai aktiviti perbankan hanya dengan menggunakan hujung jari.

Aplikasi i-Muamalat Mobile mempunyai pelbagai ciri seperti:

  • Login & Security Authentication with Fingerprint (optional)
  • Account Management – CASA, FCA, Financing and FTA-i
  • Transaction History – CASA, FCA
  • Fund Transfers (Intrabank)
  • Fund Transfers (Interbank)
  • Bill & Other Payment
  • Financing Payment
  • JomPAY
  • Prepaid Reload
  • Cheque Management – Inquiry
  • SMS TAC Notification
  • Successful Transactions – Inquiry
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad Branch Locator
  • Waktu Solat and Arah Kiblat
  • Quotes of the Day
  • DuitNow
  • DuitNow QR
  • Mortgage Flexi

Bagi Anda yang ingin cek baki akaun bank Muamalat di aplikasi i-Muamalat Mobile, sila ikuti langkah-langkah dibawah ini.

  1. Download aplikasi i-Muamalat Mobile di Google Playstore atau App Store
  2. Sila lakukan pendaftaran dengan memasukkan butiran lengkap
  3. Log masuk aplikasi i-Muamalat Mobile
  4. Klik Account Summary untuk melihat baki akaun Anda

Semak Baki Akaun Bank Muamalat Melalui ATM

Sila membawa kad ATM sebelum pergi ke mesin ATM bank Muamalat terdekat.

  1. Masukkan card debit/credit ATM Muamalat
  2. Pilih Bahasa Malaysia
  3. Masukkan PIN kad ATM
  4. Tekan Pertanyaan Baki
  5. Tekan Maklumat Baki
  6. Maklumat baki akaun bank Muamalat Anda akan dipaparkan di skrin ATM

Itulah 3 cara yang dapat membantu melihat maklumat baki akaun bank Muamalat, semoga perkongsian diatas bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *