Cara Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online iRakyat

Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Bank Rakyat kepada pelanggan, terutamanya dari segi melakukan transaksi, pelanggan dapat menggunakan beberapa metode seperti menggunakan ATM dan internet banking.

Jika Anda ingin mempunyai mobiliti tinggi, Anda boleh menggunakan perkhidmatan internet banking, kerana Anda tidak perlu bersusah payah pergi ke ATM.

Dengan internet banking Anda boleh membuat urus niaga bila-bila masa selagi terdapat internet. Setiap transaksi melalui internet banking adalah percuma seperti semak baki akaun Bank Rakyat.

Cara Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online
Cara Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online

Sekiranya Anda ingin menyemak baki simpanan secara online menggunakan internet banking, kami akan memberitahu Anda bagaimana caranya.

Sudah tentu Anda harus terdaftarkan terlebih dahulu. Jika belum mempunyai akaun internet banking silakan mendaftar boleh melalui www.irakyat.com.my atau datang terus ke Bank Rakyat, nanti orang bank akan membantu Anda.

Kenapa Semak Baki Akaun Penting?

Check baki akaun Bank Rakyat adalah langkah penting dalam pengurusan kewangan anda. Check baki akaun akan memberikan anda gambaran yang jelas mengenai keadaan kewangan anda pada bila-bila masa.

Berikut adalah beberapa alasan mengapa memeriksa baki akaun Bank Rakyat adalah penting:

  • Dengan check baki akaun secara berkala, anda boleh mengesan dengan tepat berapa banyak wang yang anda miliki dalam akaun.
  • Anda dapat melihat transaksi terkini dan mengenal pasti corak perbelanjaan anda.
  • Anda dapat mengelakkan risiko baki akaun menjadi negatif atau kurang daripada sifar.
  • Anda dapat dengan cepat mengesan sebarang transaksi yang tidak dikenali atau mencurigakan.
  • Memeriksa baki akaun membantu anda merancang kewangan jangka pendek dan jangka panjang.
  • Memeriksa baki akaun membantu anda mengelakkan insufisiensi dana, terutamanya jika anda mempunyai pembayaran berkala seperti bayaran pinjaman atau bil utiliti.

Apa Itu iRakyat

Perbankan Internet Bank Rakyat, atau lebih dikenali sebagai iRakyat, merupakan satu platform perkhidmatan perbankan dalam talian yang disediakan oleh Bank Rakyat.

iRakyat membolehkan pelanggan bank mengakses dan menguruskan akaun perbankan melalui talian internet, tanpa perlu pergi ke cawangan fizikal.

Dengan menggunakan iRakyat, pelanggan boleh menjalankan pelbagai urusan perbankan seperti check baki akaun, transfer wang, pembayaran bil, topup, dan banyak lagi, dengan hanya menggunakan laptop atau smartphone yang mempunyai sambungan internet.

Platform ini membolehkan pelanggan berurusan dengan akaun mereka pada bila-bila masa, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

Ini bermakna iRakyat mempunyai fleksibiliti dan kemudahan akses yang tinggi, membolehkan para pelanggan menguruskan kewangan mereka mengikut kesesuaian jadual mereka.

Cara Daftar iRakyat Internet Banking

Perkara pertama yang perlu Anda lakukan adalah daftar perbankan internet iRakyat, tapi sebelum tu Anda kena ada:

  • Kad Debit/Kredit atau ID Sementara
  • Pastikan nombor telefon sama semasa pembukaan akaun bank. Jika Anda dah menukar nombor telefon Anda, sila lawati cawangan bank rakyat terdekat untuk mengemas kini nombor telefon Anda.

Register iRakyat

Selepas Anda sediakan kad debit/kredit atau ID sementara, langkah seterusnya Anda boleh daftar internet banking melalui irakyat.com.my, sila ikuti panduan berikut ini.

  1. Masuk ke www.irakyat.com.my
  2. Pilih First Time Registration.Cara Daftar iRakyat
  3. Pilih ATM (MyDebit) Card/Debit Card/Credit Card noCara Daftar iRakyat Online
  4. Masukkan maklumat yang diperlukanCara Mendaftar iRakyat
  5. Jika nombor telefon bimbit Anda telah didaftarkan ke Bank Rakyat. Anda akan menerima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) melalui SMS pada nombor ini
  6. Masukan username, password dan emailCara Mendaftar i-rakyat
  7. Baca dan terima Terma & Syarat.
  8. Pendaftaran selesai. Anda kini boleh mula menggunakan i-Rakyat.

Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online

Berikut ini panduan cara semak baki akaun Bank Rakyat online.

  1. Masuk ke www.irakyat.com.my
  2. Pilih menu Akaun Simpanan.
  3. Maklumat baki Anda akan terpapar.

App iRakyat

iRakyat Mobile Banking adalah satu perkhidmatan Bank Rakyat yang membolehkan anda mengakses dan menguruskan perkhidmatan perbankan menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar.

Apabila anda menggunakan iRakyat Mobile Banking, anda boleh melakukan pelbagai urusan seperti check baki akaun, pindahan wang, reload, dan banyak lagi, terus dari peranti mudah alih anda.

Aplikasi ini direka khas untuk memberikan pengalaman perbankan yang mesra pengguna, serta memastikan bahawa semua transaksi dan maklumat peribadi anda dijaga keselamatannya.

Muat Turun App iRakyat

Pertama sekali Anda kena muat turun app iRakyat, berikut adalah langkah-langkah untuk memuat turun aplikasi iRakyat dari Google Play Store (untuk peranti Android) atau App Store (untuk peranti iOS):

  1. Buka aplikasi Google Play Store / App Store.
  2. Di bahagian atas aplikasi, terdapat kotak carian. Taipkan iRakyat dalam kotak tersebut dan tekan butang carian.
  3. Dalam hasil carian, anda akan melihat aplikasi iRakyat. Klik pada ikon aplikasi tersebut untuk membuka halaman butiran.
  4. Di halaman butiran aplikasi iRakyat, anda akan melihat butang Pasang/Install. Ketikkan butang tersebut.
  5. Aplikasi iRakyat akan dimuat turun dan dipasang secara automatik ke peranti anda.
  6. Selesai

Check Baki Guna App iRakyat

Berikut adalah langkah untuk check baki akaun Bank Rakyat menggunakan aplikasi iRakyat:

  1. Selepas anda memuat turun dan memasang aplikasi iRakyat dari Google Play Store (Android) atau App Store (iOS), buka aplikasi tersebut.
  2. Pada skrin utama aplikasi, masukkan maklumat log masuk anda.
  3. Setelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke dashboard utama aplikasi iRakyat.
  4. Dalam dashboard, pilih akaun simpanan atau akaun semasa yang anda ingin semak baki.
  5. Pada bahagian ini, anda akan melihat baki akaun anda.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh dengan mudah memeriksa baki akaun Bank Rakyat menggunakan aplikasi iRakyat.

No Call Center Bank Rakyat

Sekiranya Anda mempunyai masalah sewaktu mendaftar i-Rakyat, sila hubungi kami di 1-300-80-5454 (Local) atau + 603 5526 9000 (dari Luar Negara) semasa waktu pejabat atau email di telerakyat@bankrakyat.com.my.

Waktu operasi Bank Rakyat adalah Isnin – Jumaat: 7.30 pagi – 9.30 malam, Sabtu dan Ahad: 8.30 pagi – 5.30 petang. Bank Rakyat tutup pada Cuti Umum Persekutuan.

Kaedah memeriksa baki akan terus berkembang untuk memudahkan pelanggan. Bank akan bersaing antara satu sama lain dalam mengadopsi teknologi baru untuk meningkatkan perkhidmatan mereka kepada pelanggan.

Jika ada maklumat terbaru cara cek baki bank rakyat dengan metode lain, akan segera kami kongsikan disini.