Semak Baki Akaun Hong Leong Bank

Tidak hairanlah, masih terdapat beberapa pelanggan Hong Leong Bank yang tak tahu bagaimana nak semak baki akaun Hong Leong bank secara online.

Dengan menggunakan perkhidmatan online banking, Anda tidak perlu lagi beratur di cawangan bank hanya untuk sekadar melihat sejarah transaksi dan baki akaun.

Sekarang telah tersedia perkhidmatan Hong Leong Connect Mobile Banking dan perbankan dalam talian connect yang boleh memudahkan Anda sebagai pelanggan untuk melakukan pelbagai aktiviti perbankan seperti check baki, transfer duit dan top up kredit yang boleh dilakukan dalam beberapa detik sahaja.

Semak Baki Akaun Hong Leong Bank

Semak Baki Akaun Hong Leong Bank

Perkhidmatan Hong Leong Connect Online boleh digunakan oleh semua pelanggan perbankan runcit Hong Leong Bank Berhad (HLBB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) yang memiliki akaun yang aktif.

Pelanggan Hong Leong Connect Online mestilah mempunyai salah satu produk berikut:

  • Kad Debit
  • Kad Kredit
  • Akaun Tetap atau Simpanan
  • Akaun Pembiayaan

Jika Anda telah memenuhi syarat diatas, pastikan bahawa Anda telah mempunyai akaun online banking Hong Leong. Sekiranya Anda belum/tidak mempunyai akaun online banking sila baca panduan cara daftar Hong Leong Connect online banking.

Bagi Anda yang telah mempunyai akaun Hong Leong Connect online banking boleh ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Sila pergi ke laman https://s.hongleongconnect.my
  2. Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan Anda
  3. Pada laman utama klik Overview > Account Overview > Savings Account
  4. Maklumat baki akaun Hong Leong Bank Anda akan dipaparkan secara lengkap

Selain cek baki akaun Hong Leong Bank, Anda pun boleh melihat atau memuat turun sejarah transaksi untuk tujuan rekod. Cara melakukannya mudah sahaja.

Anda boleh muat turun transaksi dalam talian dalam format Excel. Sila pergi ke menu Bayar & Transaksi > Transaksi Dalam Talian > Lihat Sejarah > Muat Turun CSV

Check Baki Akaun Hong Leong Online

Hong Leong Bank menyediakan perkhidmatan mobile banking yang boleh Anda dapatkan secara percuma di Google Playstore (Android) atau App Store (iPhone). Langkah-langkah check baki akaun HongLeong Bank melalui aplikasi handphone.

  1. Download Hong Leong Mobile Banking
  2. Sila melakukan pendaftaran, selepas Anda berjaya mendaftar
  3. Masukkan nama pengguna dan kata laluan
  4. Klik Overview > Account Overview > Savings Account untuk melihat maklumat baki Anda

Lupa Kata Laluan Hong Leong Connect Online

Bagi Anda yang terlupa nama pengguna dan kata laluan Hong Leong Connect dan ingin tukar nama pengguna atau kata laluan Anda. Anda boleh tetap semula akaun Anda melalui Perbankan Atas Talian Connect.

Sila baca panduan artikel lupa kata laluan Hong Leong Connect untuk dapatkan semula akaun HLB online banking Anda.

Perkhidmatan Hongleong Connect boleh Anda guna secara percuma dan boleh diakses bila-bila masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *