Semak Baki Pinjaman MBSB

MBSB Bank merupakan salah satu bank yang menjalankan perniagaan perbankan Islam di Malaysia. MBSB Bank telah diberikan lesen oleh BNM (Bank Negara Malaysia) serta dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia di bawah akta perkhidmatan kewangan Islam pada tahun 2013.

MBSB Bank menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan seperti Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Deposit Bertempoh, Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan Hartanah dan lain-lain.

Sekarang ini ramai pelanggan yang tertanya-tanya macam mana nak semak baki pinjaman MBSB, adakah ada cara mudah, cepat dan pantas untuk mengetahui baki pinjaman secara online? Jawapannya tentu sahaja ada, kami akan kongsikan langkah-langkah untuk dapatkan maklumat baki pinjaman di MBSB Bank melalui online.

Semak Baki Pinjaman MBSB

Cara Daftar MBSB Bank Online Banking

Sila gunakan laptop atau handphone untuk akses perkhidmatan online MBSB Bank. Sekiranya Anda belum mempunyai akaun di MBSB Bank online, sila ikuti panduan di bawah:

  1. Buka pautan https://www.mbsbjourney.com/rib
  2. Klik New User?Register Now
  3. Pilih Financing Account klik Register Now
  4. Masukkan Nombor Pinjaman Anda di ruangan Financing Account No.
  5. Pilih ID Type New IC Number
  6. Masukkan Nombor NRIC
  7. Masukkan Kod Captcha
  8. Klik Next
  9. Masukkan maklumat peribadi Anda pada bahagian Personal Details.
  10. Kemudian ikuti panduan seterusnya sehingga pendaftaran Anda berjaya.

Semak Baki Pinjaman MBSB

Setelah Anda berjaya mendaftar internet banking MBSB, sila ikuti langkah dibawah bagi dapatkan maklumat baki pinjaman Anda.

  1. Buka pautan https://www.mbsbjourney.com/rib
  2. Masukkan Username dan Password Anda.
  3. Maklumat baki pinjaman Anda akan dipaparkan secara detail.

Faq Pinjaman MBSB

1. Saya mempunyai pembiayaan yang pembayarannya dipotong secara automatik dari gaji saya. Bilakah arahan untuk menghentikan atau mengurangkan pemotongan bermula?

Bagi pelanggan di bawah skim pemotongan gaji (BIRO / AG / Majikan),  jika permohonan diterima sebelum 10 haribulan, potongan gaji akan dihentikan atau dikurangkan pada bulan berikutnya.

Contoh:

Permohonan yang diterima pada atau sebelum 10 Julai 2022, penangguhan atau pengurangan mulai Ogos 2022.

Sekiranya permohonan diterima selepas 10 haribulan, potongan gaji akan dihentikan atau dikurangkan dua (2) bulan berikutnya.

Contoh:

Permohonan yang diterima dari 11 hingga akhir Julai 2022, penangguhan atau pengurangan mulai September 2022.

Nota : Pelanggan boleh memilih untuk memulakan penangguhan bayaran (moratorium) dalam bulan yang sama dengan permohonan.

2. Sekiranya saya memilih bantuan untuk bermula dalam bulan permohonan yang sama; adakah pembayaran yang dibuat akan dikembalikan ?

Ya, sekiranya ada pulangan bayaran akan dikredit ke akaun yang diberi semasa permohonan. Sekiranya TIADA maklumat diberikan semasa permohonan, bayaran akan diproses sebagai bayaran bulanan berikutnya. Proses pembayaran balik akan dilakukan dalam masa 30 hari dari tarikh bayaran diterima.

3. Bolehkah saya memohon untuk penjadualan semula pembiayaan sekiranya keadaan kewangan saya telah stabil.

Ya, sekiranya kewangan anda telah stabil sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MBSB di talian 03-20963000 untuk bantuan lanjut.

Itulah panduan dan informasi perbankan cara semak baki pinjaman MBSB melalui online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *