Di era moden seperti sekarang, saluran TV/Radio/Internet adalah keperluan asas yang memainkan peranan dalam menyokong kehidupan manusia. Salah satunya adalah perkhidmatan Astro yang sudah ramai orang melanggan dirumah.
Dalam praktiknya, harga Astro bergantung kepada pakej yang dipilih. Bagi Anda yang ingin mengetahui bil Astro bulanan Anda, Anda boleh melakukannya dengan praktikal dengan mengikuti panduan cara semak bil Astro melalui telefon bimbit/smartphone.

Semak Bil Astro
Sebelum Anda membayar bil Astro, tentu Anda perlu tahu terlebih dahulu berapa banyak bil yang mesti dibayar.
Terdapat 2 cara yang boleh Anda lakukan untuk menyemak bil Astro. Iaitu secara online dan melalui SMS.
Semakan Bil Astro Online
Cara semakan bil Astro secara online memerlukan Anda untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu.
Anda boleh gunakan smartphone/laptop/komputer untuk mengakses laman pendaftaran.
- Pendaftaran boleh dibuat melalui laman selfservice.astro.com.my
- Klik butang Register
- Sekiranya Anda sudah mendaftar dan mempunyai ID Astro sila login pilih menu Bills & Payments
- Klik Latest Bill untuk melihat bil terkini
Sila tukar saluran Astro Anda dengan pakej terkini bila Anda boring dengan pakej Astro lama: Cara tukar pakej Astro
Semakan Bil Astro SMS
Pastikan Anda memiliki kredit di telefon bimbit Anda sebelum menghantar mesej. Sila ikuti langkah-langkah berikut membuat semakan melalui SMS.
Semak Bil Astro Menggunakan No Akaun Astro
Taip ASTRO<space>BAL<space>AC<space>AC NO dan hantar ke 33310
Contoh : ASTRO BAL AC 09080432222
Hantar ke 33310
Semak Bil Astro Menggunakan IC
Taip ASTRO<space>BAL<space>AC<space>IC NO dan hantar ke 33310
Contoh : ASTRO BAL AC 80010105858
Hantar ke 33310
Selepas menyemak bil Astro yang mesti Anda bayar, sila baca panduan cara bayar bil Astro secara online atau melalui SMS
Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Astro ini sangat memudahkan para pelanggan Astro. Pelanggan Astro pada masa kini tidak perlu pergi ke kaunter untuk membuat semakan.
Tentu perkhidmatan ini betul-betul menjimatkan masa dan boleh membuat semakan bil Astro dimana-mana sahaja.
Semoga maklumat yang kami kongsi dapat bermanfaat untuk Anda. Sila share ke kawan, rakan, teman sehingga mereka nak tahu maklumat ini.