Semak Status Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kehadiran bantuan JKM atau Jabatan Kebajikan Masyarakat betul-betul menjadi nafas segar bagi rakyat Malaysia. JKM boleh membantu meringankan bebanan hidup terutamanya bagi mereka yang ditimpa kesusahan.

Ramai korang yang tak tahu fungsi dari JKM ini, sebagai makluman JKM ditubuhkan bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.

Memang, tidak semua korang boleh mendapatkan program bantuan kebajikan ini kerana pihak JKM akan mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Semak Status Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kelayakan Permohonan Bantuan JKM

Berikut adalah senarai kategori bantuan JKM yang boleh Anda mohon.

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK).
  • Elaun Pekerja Cacat.
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB).
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT).
  • Bantuan Orang Tua (BOT).
  • Bantuan Am Persekutuan.
    Bantuan Anak Pelihara (BAP).
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP).
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP).
  • Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT).
  • Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.

Syarat Mohon Bantuan JKM

Senarai syarat dibawah ini mestilah dipenuhi supaya proses permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat diterima.

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU).
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri).
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro).
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan).

Pastikan Anda hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan secara online.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Semak Status Permohonan JKM

Sekiranya Anda sudah menghantar permohonan JKM dan ingin mengetahui status permohonan diluluskan atau tidak, berikut merupakan cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  1. Buka laman web rasmi eBantuan JKM www.ebantuanjkm.jkm.gov.my
  2. Klik menu Semak Status Permohonan Talian.
  3. Seterusnya sila masukkan No. Kad Pengenalan dan klik butang Semak.

Maklumat mengenai status permohonan akan dipaparkan secara lengkap.

Maklumat Lanjut Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Sekiranya Anda mempunyai sebarang soalan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Semoga maklumat yang kami kongsi boleh bermanfaat untuk Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *