Semak Syarikat Berdaftar SSM

Adakah Anda tahu apa itu ​Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau yang dikenali sebagai SSM? Ramai korang yang tidak tahu aktiviti utama SSM di Malaysia dan apa guna dari SSM ini.

Sebelum Anda membeli barang atau produk, hal pertama yang mesti Anda ketahui iaitu adakah perniagaan tersebut berdaftar secara rasmi di SSM dan adakah nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat yang dipaparkan itu betul?

Atau sekiranya Anda memiliki perniagaan yang sudah berdaftar, Anda boleh cuba untuk pastikan bahawa perniagaan Anda sudah betul berdaftar di SSM.

Tidak mendaftarkan perniagaan Anda adalah satu kesalahan dan Anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Semak Syarikat Berdaftar SSM

Apa Itu SSM

​Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertugas mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM merupakan badan berkanun yang terbentu​k hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia.

Tugas utama SSM iaitu sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.

SSM juga bertugas sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara Malaysia.

Semak Syarikat Berdaftar SSM

Semak nama syarikat yang berdaftar SSM mudah sahaja, langkah-langkah yang perlu Anda buat iaitu:

  1. Buka laman https://www.ssm-einfo.my
  2. Untuk menggunakan perkhidmatan SSM, Anda perlu memiliki account yang berdaftar. Sila Register sekiranya Anda belum memiliki account (Percuma).
  3. Isi borang dengan maklumat yang betul. Tekan Submit.Cara Daftar SSM
  4. Sila login menggunakan username dan password Anda.
  5. Selepas itu, pilih kotak carian/search lalu masukkan nama syarikat yang berdaftar SSM yang Anda cari.
  6. Sekiranya ada maklumat nama syarikat yang Anda cari, ia bermakna syarikat tersebut sudah berdaftar di SSM. Tetapi sekiranya tidak ada, maka syarikat tersebut belum berdaftar.

Kami syorkan untuk tidak membuat bayaran kepada akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza sepertimana yang di iklankan oleh penjual. Jika nama syarikat yang dipaparkan sebagai XYZ Corporate, nama akaun bank juga mesti bernama XYZ Corporate.

Macam mana kalau saya sudah membuat bayaran kepada syarikat yang sudah berdaftar di SSM tersebut, apa boleh saya buat?

Anda boleh buat laporan polis bersama-sama dengan maklumat syarikat tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarikat tersebut, Anda perlu beli akaun SSM Business Profile seharga RM13.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *