Semakan Penyata Gaji Secara Online

Slip gaji adalah bukti sahih yang mengandungi jumlah gaji atau jumlah pendapatan yang diterima oleh pekerja.

Kehadiran Portal e-Penyata Gaji dan laporan akan memudahkan Anda sebagai Kakitangan Kerajaan berperingkat Persekutuan untuk buat semakan, mengakses, serta mencetak slip penyata gaji dengan mudah dan cepat.

Anda boleh menggunakan peranti seperti laptop, komputer, tablet dan handphone untuk melayari portal ePenyata Gaji online.Semakan Penyata Gaji Secara Online

Semakan Penyata Gaji Secara Online

e-Penyata Gaji merupakan sistem online oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM) dan membolehkan Anda untuk memuat turun slip gaji yang dapat Anda gunakan untuk urusan harian yang melibatkan penggunaan slip gaji seperti pinjaman peribadi, membeli rumah secara ansuran, mengisi maklumat persekolahan anak-anak dan lain-lain.

Dengan menggunakan perkhidmatan e-Penyata Gaji & Laporan ini, Anda dapat menjimatkan masa dan kos.

Ramai korang yang tidak tahu bagaimana cara semak penyata gaji online melalui portal e-Penyata Gaji ini, jadi kami akan kongsi langkah-langkahnya.

Cara Daftar E-Penyata Gaji Online

Sebelum Anda boleh melakukan semakan, sila register E-Penyata Gaji terlebih dahulu.

Berikut langkah-langkah cara daftar e-Penyata Gaji.

  1. Layari laman web rasmi E-Penyata Gaji & Laporan.
  2. Klik link Pertama Kali Mendaftar.Daftar ePenyata Gaji Online
  3. Pendaftaran pengguna baru E-Penyata Gaji memerlukan Anda untuk mengisi borang seperti yang terlihat.Cara Daftar e-Penyata Gaji Online
  4. Sila isi borang tersebut dengan betul.
  5. Seterusnya klik OK.

Cara Semak e-Penyata Gaji Online

Sekiranya Anda sudah berdaftar di portal e-Penyata Gaji, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Layari laman web rasmi E-Penyata Gaji & Laporan.
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan atau Pasport.
  3. Masukkan Kata Laluan, klik butang Daftar Masuk.
  4. Kemas kini maklumat Anda.
  5. Setelah berjaya daftar masuk dan mengemaskini maklumat, barulah Anda boleh klik pada submenu Sendiri untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.

Semak Penyata Gaji Bulanan

Bagi Anda yang mahukan maklumat penyata gaji bulanan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila pilih Tahun dan Bulan dan klik butang Cari.
  2. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji.
  3. Seterusnya Anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam hardisk komputer atau flashdisk.

Semak Penyata Gaji Tahunan

Bagi Anda yang mahukan maklumat penyata gaji tahunan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Klik menu Penyata Pendapatan Tahunan yang terdapat di bawah submenu Sendiri.
  • Maklumat jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekiranya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan.
  • Seterusnya Anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam hardisk komputer atau flashdisk.

Perhatian : Sistem ePenyata Gaji & Laporan hanya dapat menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan sahaja dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun serta Laporan Gaji Pusat Pembayar bagi tempoh 4 bulan terkini sahaja. Selepas dari tempoh tersebut data tidak ada.

Apps ePayslip JANM

Aplikasi Penyata Gaji OnlineAdakah Anda tahu bahawa sekarang teleh tersedia perkhidmatan mobile untuk semakan e penyata gaji dan laporan online.

ePayslip JANM merupakan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) versi mobile.

Aplikasi ePayslip JANM menyediakan 4 fungsi ringkas kepada penjawat awam Persekutuan iaitu untuk memuat turun penyata gaji bulanan serta penyata pendapatan tahunan, untuk mengemaskini profil pengguna (emel dan no telefon sahaja), untuk menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat dan untuk menjana penyata gaji bagi tujuan pinjaman kewangan.

Pengguna perlu memasang perisian PDF Reader pada peranti smartphone atau handphone bagi membolehkan proses muat turun dokumen format PDF.

Maklumat Lanjut ePenyata Gaji

Sekiranya Anda mempunyai sebarang soalan, sila E-melkan masalah atau aduan berkaitan Sistem e-Penyata Gaji & Laporan ke e-mel rasmi epayslip@anm.gov.my dengan menyertakan Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Gaji, No. Kod Pejabat Perakaunan, No. Kod Jabatan dan No. Kod Pusat Pembayar.

Semoga maklumat yang kami kongsi mengenai semakan penyata gaji secara online dapat bermanfaat bagi Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *