Semakan Status iSuri KWSP

Insentif i-Suri ini mampu memberi banyak manfaat kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam bentuk skim KWSP.

Pada tahun 2018, iSuri KWSP diperkenalkan dan sekarang setiap suri rumah boleh menikmati dividen tahunan dari insentif iSuri KWSP yang boleh digunakan untuk bantuan kematian, hilang upaya, pelepasan cukai dan pengeluaran simpanan.Semakan Status iSuri KWSP

Apa Itu Insentif iSuri KWSP

Tak hairanlah jika ramai korang belum tahu program Insentif i-SURI. Berikut adalah maklumat lanjut tentang insentif iSuri.

Insentif i-SURI merupakan program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Skim iSuri merupakan skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan dan lain-lain.

Syarat Kelayakan iSuri KWSP

Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Sekiranya Anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), Anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

  • Warganegara Malaysia.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

Manfaat i-Suri KWSP

Faedah dibawah ini dapat Anda rasakan semasa menjadi ahli iSuri KWSP.

  • Bantuan Kematian.
  • Bantuan hilang upaya.
  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP.

Cara Daftar i-Suri KWSP

Sekiranya Anda telah memenuhi syarat kelayakan dan mahu mendaftar program ini, sila pergi ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan dengan membawa dokumen berikut:

  • MyKad.
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja).
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran).

Nota: Yang boleh mencarum iaitu suami kepada pasangan yang layak dan diri sendiri (isteri).

Kaedah Pembayaran Caruman i-Suri KWSP

Pembayaran Caruman iSuri KWSPPembayaran caruman dapatn dibuat melalui pelbagai cara seperti:

  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

Sekiranya tidak ingin mendapatkan sebarang caj perkhidmatan, boleh melalui bank BSN (Bank Simpanan Nasional) dan kaunter KWSP.

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan sebanyak 2 kali setahun bagi tempoh Januari – Jun dan Julai – Disember ke akaun KWSP peserta.

Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan seperti berikut:

  • Akaun 1 dan Akaun 2 – peserta yang berumur bawah 55 tahun.
  • Akaun Emas – peserta yang berumur 55 tahun ke atas.

Maklumat Lanjut

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program i-Suri KWSP, sila layari dan hubungi melalui:

  • Website: www.kwsp.gov.my
  • Telefon: 03-8922 6000

atau

  • Website: www.kpwkm.gov.my
  • Telefon: 03-8000 8000

Semoga perkongsian ini boleh bermanfaat untuk Anda, dan jadilah orang baik kepada orang lain dengan berkongsi maklumat ini melalui butang share.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *