Temujanji Bank Muamalat Cara Buat Appointment Online

Bank Muamalat melancarkan perkhidmatan online yang dapat membantu pelanggan mempercepatkan urusan perbankan di kaunter. Perkhidmatan tersebut dikenali temujanji Bank Muamalat (appointment online).

Ramai yang bertanyakan macam mana cara buat temujanji Bank Muamalat, berikut kami kongsikan maklumat detail mengenai janji temu Bank Muamalat online.

Untuk makluman, temujanji hanya perlu dibuat bagi urusan seperti berikut.

  • Pembukaan akaun
  • Sebarang transaksi berkaitan Ar-Rahnu

Untuk lain-lain urusan, pelanggan boleh terus mengunjungi cawangan Bank Muamalat yang terdekat untuk bantuan selanjutnya. Di sepanjang tempoh PKP, cawangan Bank Muamalat beroperasi dari 9.30 pagi hingga 4.00 petang (Isnin – Jumaat).

Bagi Anda yang ingin uruskan tukar kad debit Bank Muamalat Anda boleh terus berkunjung ke mana mana kaunter Bank Muamalat untuk bantuan selanjutnya, tiada sebarang temujanji perlu dibuat.

Temujanji Bank Muamalat
Temujanji Bank Muamalat

Cara Buat Temujanji Bank Muamalat

Sila ikuti langkah-langkah cara membuat temujanji Bank Muamalat di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi appointment Bank Muamalat https://map.muamalat.com.my/appointment/
  2. Masukkan Nama Penuh Anda. Appointment Bank Muamalat
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  4. Masukkan Nombor Telefon Anda.
  5. Isikan Alamat Email Anda.
  6. Pilih Cawangan yang Anda inginkan.
  7. Pilih Jenis Transaksi yang Anda inginkan.
  8. Pilih Tanggal yang Anda inginkan untuk Temujanji.
  9. Kemudian, pilih Waktu yang Anda inginkan.
  10. Klik Confirm.
  11. Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
  12. Selepas itu, buat tangkapan layar untuk rujukan temujanji, Anda boleh semak email Anda untuk dapatkan bukti pengesahan.
  13. Selesai.

Temujanji bagi permohonan pembukaan akaun baharu dan perkhidmatan Ar Rahnu juga boleh dibuat melalui pegawai Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500.

Soalan Lazim

1. Kalau nak buat online banking perlu buat appoinment tak ?

Untuk makluman, pendaftaran akaun perbankan internet i-Muamalat perlu dibuat melalui laman sesawang Bank Muamalat di pautan ini https://www.i-muamalat.com.my

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500 ( Beroperasi 24 jam setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum )

2. Saya nak temu janji urusan pinjaman kereta saya, bila akan tamat bayaran?

Berkenaan dengan pertanyaan Encik di atas, Bank Muamalat menasihatkan Anda untuk merujuk pegawai dari Jabatan Kutipan dan Pemulihan Konsumer Bank Muamalat bagi bantuan semakan maklumat akaun pembiayaan kenderaan Anda.

Justeru, untuk tujuan pengesahan dan keselamatan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2600 5500

3. Sekiranya akaun bank hilang atau terbakar semasa kebakaran, dokumen apa yang perlu dibawa ke bank untuk membuat buku baru?

Berkenaan dengan pertanyaan Anda di atas, Anda boleh membawa Kad Pengenalan sahaja bagi bantuan permohonan Buku Akaun yang baharu.

4. Kad debit akan tamat bulan 12 nie. Boleh kah saya pergi dalam bulan 9 atau 10?

Untuk makluman, Anda boleh berkunjung ke cawangan Bank Muamalat yang berdekatan bagi urusan pembaharuan kad debit lebih awal dari tarikh tempoh tamat kad tersebut. Ianya bergantung kepada kesesuaian masa dari pihak Anda.