Temujanji Bank Rakyat Cara Buat Appointment Online

Bank Rakyat telah melancarkan sistem yang boleh memudahkan pelanggan membuat urusan perbankan. e-Janji Temu atau e-Appointment akan membantu Anda mempercepatkan urusan perbankan seperti pembukaan akaun, pengeluaran, simpanan, tabung haji dam banyak lagi.

Macam mana cara buat temujanji Bank Rakyat secara online untuk membuat urusan perbankan di cawangan/kaunter Bank Rakyat secara fizikal?

Izinkan kami kongsikan langkah-langkah cara buat appointment Bank Rakyat online.

Temujanji Bank Rakyat
Temujanji Bank Rakyat

Jenis Perkhidmatan e-Appointment Online

Pada masa ini urusan perbankan jadi lebih mudah dan tidak perlu beratur.

Anda dapat memilih sama ada mahu membuat janji temu bagi urusan:

  • Ar-Rahnu
  • Transaksi Perbankan

Berikut ini merupakan senarai perkhidmatan yang dapat dilakukan selepas Anda membuat temujanji Bank Rakyat.

  1. Permohonan Penyata Akaun: Permohonan untuk penyata akaun simpanan, penyata akaun pembiayaan atau penyata penjelasan akaun pembiayaan.
  2. Permohonan Pembiayaan-i: Permohonan pembiayaan untuk Sewa Beli-i, Perumahan-i, Perusahaan Kecil dan Sederhana, Peribadi-i
  3. Pembukaan Akaun: Buat atau daftar akaun baru Bank Rakyat (Akaun Simpanan-i, Semasa-i, Deposit Berjangka, iRakyat dan iBiz
  4. Susulan Kredit (Bayaran Ansuran/Perundingan): Bayaran ansuran pembiayaan pembiayaan atau sebarang khidmat nasihat/rundingan dengan pihak bank
  5. Perkhidmatan Tabung Haji: Pembukaan akaun baru Tabung Haji, Proses deposit/pengeluaran akaun, Pindahan wang antara akaun Tabung Haji, Pendaftaran Haji
  6. Penggantian Kad Debit-i: Proses penggantian Kad Debit-i boleh dibuat jika kad rosak, kad hilang/dicuri, terlupa nombor pengenalan persendirian atau tersilap menghubungan no akaun.
  7. Deposit Syiling: Perkhidmatan deposit duit syiling.
  8. Penghantaran Wang (IBG/Rentas/Remittance): Pengiriman wang melalui sistem (IBG/Rentas) di kaunter.
  9. Pengeluaran /Simpanan: Pengeluaran atau Simpanan bagi akaun Deposit-i Berjangka.

Cara Buat Temujanji Bank Rakyat

Sila ikuti langkah-langkah cara membuat temujanji Bank Rakyat berikut ini:

  1. Lawati pautan rasmi Bank Rakyat di https://appointment.bankrakyat.com.my/
  2. Pilih New Appointment.
  3. Pilih State Anda. New Appointment
  4. Pilih Type of Service.
  5. Pilih Jenis Perkhidmatan yang Anda inginkan. Jenis Perkhidmatan
  6. Klik Next Step.
  7. Pilih Branch yang Anda inginkan.
  8. Pilih Tanggal yang Anda inginkan. Jadual Appointment
  9. Pilih Waktu yang Anda inginkan.
  10. Seterusnya, masukkan Nama Penuh Anda. Maklumat Appointment
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  12. Masukkan Nombor Handphone Anda.
  13. Masukkan Alamat Email Anda.
  14. Isikan Remarks.
  15. Klik Next Step.
  16. Pastikan maklumat yang Anda isikan betul.
  17. Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
  18. Selesai.

Nota:

  • Pelanggan akan mendapatkan notifikasi permohonan melalui nombor telefon atau email. Maklumat tersebut mengandungi maklumat, pelanggan mesti hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa janji temu yang ditetapkan.
  • Sebelum masuk ke cawangan, pelanggan dikehendaki untuk mengimbas kod QR Bank Rakyat menggunakan aplikasi MySejahtera.
  • Pelanggan mestilah mematuhi saranan kerajaan dengan menjalani check suhu badan, pemakaian mask muka, mengamalkan sosial distancing dan menggunakan pensanitasi tangan.

Check Temujanji Bank Rakyat

Setelah Anda membuat Temujanji Bank Rakyat, Anda dapat check temujanji Anda bagi memastikan bahawa pendaftaran temujanji telah masuk ke dalam sistem Bank Rakyat:

  1. Lawati pautan berikut ini https://appointment.bankrakyat.com.my
  2. Klik Check Appointment. Check Appointment
  3. Masukkan Nombor Booking Reference Number.
  4. Maklumat mengenai Temujanji Anda akan dipaparkan.
  5. Selesai.

Soalan Lazim Bank Rakyat

Soalan lazim mengenai appointment Bank Rakyat:

1. Macam mana pengesahan permohonan janji temu dilakukan?

Pelanggan yang telah membuat permohonan akan menerima notis pengesahan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan email (jika informasi dimasukkan oleh pelanggan) sebagai peringatan.

2. Siapa sahaja yang boleh membuat Temujanji Bank Rakyat?

  • Pelanggan sedia ada Bank Rakyat
  • Pelanggan baharu Bank Rakyat

3. Bagaimana cara batalkan temujanji Bank Rakyat?

  1. Buka laman web https://appointment.bankrakyat.com.my
  2. Klik Semak Janji Temu
  3. Masukkan no tempahan Janji Temu (Booking Reference Number)
  4. Klik Batal

Customer Service Bank Rakyat

Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Service berikut ini:

  • Customer Service: 1-300-80-5454
  • Email: telerakyat@bankrakyat.com.my
  • Facebook: https://www.facebook.com/myBANKRAKYAT

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai appointment Bank Rakyat, semoga membantu.