Cara Topup Kredit Digi Guna Nombor PIN MyDigi

Pengguna simkad Digi mesti tahu cara reload topup kredit Digi guna no PIN. Digi menyediakan kemudahan dalam perkhidmatan pengguna untuk telefon selular yang lancar dan selamat.

Digi adalah salah satu pembekal telefon selular yang paling terkenal di Malaysia. Digi menawarkan pelbagai perkhidmatan, dari internet, telefon, sehinggalah SMS.

Setiap perkhidmatan pakej internet, telefon dan SMS boleh diperoleh secara dalam talian dan offline termasuk baucar Digi dan nombor PIN.

Sebelum era digital berkembang, baucar Digi menjadi salah satu perkhidmatan penting untuk menambah nilai kredit, pakej internet, panggilan telefon, dan SMS.

Jika Anda menghadapi masalah untuk reload kredit secara manual menggunakan no PIN, Anda juga boleh reload no PIN tu di aplikasi MyDigi. Tak perlu tekan * # semua tu. Masukkan no terus je.

Cara Topup Kredit Digi Guna Nombor PIN MyDigi

Apa Itu Nombor PIN

No pin tu no yang bila kita beli topup kat stesen minyak contoh nya, dia akan bagi resit. Atas resit tu ada no pin yang perlu kita guna kalau nak topup kredit.

Cara guna macam yg ditunjukkan dalam artikel ni kalau pakai aplikasi MyDigi. Kalau cara manual, arahan ada atas resit tu.

Cara Topup Kredit Digi Guna Nombor PIN di Aplikasi MyDigi

Download terlebih dahulu aplikasi MyDigi di Google Playstore (Android) atau App Store (iOS), lepas tu daftar. Kemudian ikuti langkah cara topup Digi di bawah ini.

  1. Mula-mula buka aplikasi MyDigi
  2. Pada paparan utama, klik Reload
  3. Ke atas tu ada beberapa pilihan (Online, PIN, Advance dan Validity)
  4. Pilih PIN
  5. Masukkan nombor PIN, klik Reload Cara Topup Kredit Digi Guna Nombor PIN
  6. Paparan Reload Successful akan dipaparkan pada skrin HP Anda Topup Kredit Digi Guna No Pin
  7. Sila buka balik aplikasi MyDigi, klik Refresh untuk melihat baki terkini Anda

Cara Topup Kredit Digi Melalui UMB

Beli kad PIN reload/top-up card atau baucar di mana-mana Kedai Digi atau salah satu daripada rakan kongsi Digi yang disenaraikan di bawah.

Dail <*123*><15 atau 16 digit no PIN><#> dan tekan Hantar/Panggil

Contoh: *123*1111222233334444#

Setelah reload berjaya, Anda akan menerima pemberitahuan SMS dengan baki kredit masa siaran yang dikemas kini.

Pelanggan Digi mempunyai pilihan untuk reload atau tambah nilai nombor telefon mereka dengan kaedah PIN daripada kad tambah nilai, kupon atau baucar Digi Prepaid. Setiap PIN mengandungi 15 atau 16 digit nombor PIN untuk pengaktifan tambah nilai.

PIN reload/topup tersedia dengan mudah di POS Malaysia atau mana-mana kedai rangkaian utama berikut di seluruh negara:

Convenience Stores

  • 7-Eleven
  • 99 Speedmart
  • KK Super Mart
  • myNews.com
  • FamilyMart

Supermarkets

  • Giant
  • Lotus’s
  • Cold Storage

Pharmacies

  • Guardian
  • Watsons
  • Apex Healthcare

Petrol Mart

  • Petronas
  • Petron
  • Shell
  • BHP Petrol
  • Caltex

Sekiranya Anda ingin beli internet Digi, Anda boleh ikuti panduan cara beli internet Digi yang telah kami kongsikan.

Sila hubungi Khidmat Pelanggan Digi untuk mendapatkan bantuan melalui Live Chat, MyDigi atau Talian Bantuan 016-2211800.