Cara Tukar Kad ATM Public Bank Tamat Tempoh Hilang

Bagaimana cara tukar kad ATM Public Bank tamat tempoh atau expired, dan macam mana mengetahui tarik luput kad debit Public Bank?

Untuk mengetahui tarikh luput kad ATM Public Bank, Anda boleh lihat pada bahagian depan kad tersebut. Secara amnya, tarikh tamat tempoh adalah bersebelahan dengan logo Visa atau Mastercard.

Walau bagaimanapun, ada beberapa bank juga mencetaknya di bahagian bawah sebelah kiri kad.

Perihalan lokasi tarikh tamat tempoh kad ATM yang ditandakan dengan keterangan Valid Thru. Dua nombor yang dipisahkan dengan garis miring ialah had bulan dan tahun tempoh aktif kad ATM.

Contoh, 05/26, ini bermakna kad Anda aktif sehingga Mei 2026. Oleh itu, pada awal Jun 2026 kad Anda tamat tempoh atau tidak boleh digunakan lagi untuk transaksi kewangan.

Untuk memperbaharui kad ATM Public Bank expired, Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut.

Cara Tukar Kad ATM Public Bank
Cara Tukar Kad ATM Public Bank

Sebab Tukar Kad Debit Public Bank

Ada beberapa sebab sehingga Anda mesti menukar kad debit Public Bank, berikut ini merupakan pelbagai sebabnya:

  • Kad ATM CIMB kena telan di mesin ATM
  • Kad ATM hilang
  • Kad ATM disekat oleh bank sebab expired

Syarat Tukar Kad Debit Public Bank

Senarai syarat di bawah ini perlu Anda bawa sebelum pergi ke cawangan Public Bank.

  • Kad Pengenalan/Pasport
  • Kad Debit/Kad ATM
  • Buku bank (optional)

Kami dah confirm kepada Public Bank, bagi urusan renew kad debit Public Bank tidak diperlukan buku bank. Sila bawa kad pengenalan dan kad ATM sahaja.

Cara Tukar Kad ATM Public Bank di Cawangan

Ikuti langkah-langkah cara tukar Kad ATM Public Bank melalui Cawangan:

  1. Pergi ke cawangan Public Bank terdekat.
  2. Pastikan Anda membawa Kad Pengenalan beserta Kad ATM lama.
  3. Ambil nombor giliran terlebih dahulu.
  4. Jika nombor giliran Anda dah dipanggil, beritahu kepada staff Public Bank bahawa Anda ingin menukar kad ATM Public Bank expired dengan yang baru.
  5. Serahkan kad pengenalan kepada pegawai Public Bank.
  6. Kemudian, Anda akan diminta mengisi borang permohonan tukar kad ATM secara detail.
  7. Tunggu 5 minit, kad ATM Public Bank baru akan diberikan kepada Anda.
  8. Selesai.

Cara Tukar Kad ATM Public Bank Secara Online

Anda juga dapat menukar Kad ATM Public Bank secara Online:

  1. Lawati pautan rasmi Public Bank https://www.pbebank.com/
  2. Masukkan User ID akaun Anda.
  3. Sahkan Login Phrase Anda.
  4. Masukkan Password Anda.
  5. Klik Login.
  6. Selepas Anda login, klik menu Card Management.
  7. Pada Card Management, pilih kad yang perlu ditukar.
  8. Kemudian, pilih untuk membuat permohonan semula kad ATM.
  9. Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
  10. Selesai.

Kad Debit Public Bank Hilang

Sekiranya kad debit Public Bank Anda hilang, tak perlu risau. Kami nasihatkan Anda untuk ikuti langkah-langkah berikut ini bagi selamatkan baki akaun Anda.

  1. Lawati pautan rasmi Public Bank https://www.pbebank.com/
  2. Masukkan User ID akaun Anda.
  3. Sahkan Login Phrase.
  4. Masukkan Password Anda.
  5. Klik Login.
  6. Selepas login, pilih Profile Maintenance
  7. Pilih Cancel ATM Card.
  8. Pilih Kad yang Anda ingin batalkan.
  9. Klik Next.
  10. Check semula kad yang Anda pilih sebelum meneruskan.
  11. Klik OK.
  12. Kemudian, selepas pengesahan kad ATM Anda akan dibatalkan serta merta.
  13. Kad tidak dapat aktifkan semula.
  14. Selesai.

Selepas itu, hubungi Public Bank di 603-2179 5000 untuk melaporkan kad ATM Anda yang dicuri atau salah letak. Untuk memohon penggantian Kad ATM, sila kunjungi cawangan PBB/PIBB berhampiran Anda.

Semoga maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda. Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Service Public Bank di +603-2179-9999