Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat Kemaskini Online

Sekiranya nombor telefon yang didaftarkan dengan Bank Muamalat telah expired kerana tidak digunakan lagi atau HP Anda hilang dicuri dan Anda sedang mencari artikel tentang cara menukar nombor telefon Bank Muamalat secara online, Anda telah menemui artikel yang sesuai. Anda boleh membuat pengemaskinian no telefon dengan beberapa kaedah yang kami kongsikan dalam artikel ni.

Untuk menukar nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan Bank Muamalat online banking (i-Muamalat), terdapat beberapa langkah yang perlu Anda lakukan terlebih dahulu.

Berikut adalah langkah-langkah yang Anda boleh ikuti untuk kemaskini no telefon Bank Muamalat.

Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat
Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat

Apa Itu TAC?

TAC adalah Transaction Activation Code yang dihantar melalui SMS yang berisi langkah keselamatan dalam mengukuhkan pengesahan semasa membuat transaksi.

Nombor TAC akan dihantar ke telefon bimbit melalui SMS, apabila Anda membuat pembelian online atau membuat transaksi pembayaran.

Penukaran No Telefon Bank Muamalat

Mengapa penukaran no telefon Bank Muamalat perlu segara dilakukan? Berikut beberapa sebabnya.

  • No telefon mestilah aktif bagi tujuan penerimaan kod TAC
  • Jangan mendaftarkan nombor telefon orang lain untuk TAC
  • Kod TAC diperlukan bagi setiap transaksi Bank Muamalat online

Kemaskini No Telefon Bank Muamalat Melalui Cawangan

Anda dapat kemaskini no telefon Bank Muamalat melalui cawangan Bank Muamalat dengan ikuti langkah berikut.

  1. Sila pergi ke mana-mana cawangan Bank Muamalat terdekat.
  2. Pastikan Anda membawa kad ATM dan kad pengenalan Anda.
  3. Minta kepada staff bank nombor giliran dan tunggu nombor giliran dipanggil.
  4. Selepas no giliran Anda dipanggil, beritahu staff bank bahawa Anda ingin kemaskini nombor telefon lama dengan yang baru.
  5. Tunggu 5 minit, pegawai bank akan kemaskini no telefon Anda.

Macam mana jika tidak dapat kod TAC di telefon bimbit? Apabila Anda tidak dapat TAC selepas pertukaran no telefon di cawangan, Anda boleh menghubungi customer care line Bank Muamalat di +603-2600-5500 untuk semakan lanjut.

Bank Muamalat mengesyorkan untuk Anda dapat pergi ke cawangan pada hari bekerja dan waktu operasi Bank Muamalat yang beroperasi pada 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari (Isnin-Khamis) dan 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari (Jumaat).

Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat Online

Sila ikuti langkah-langkah cara tukar no telefon Bank Muamalat secara online berikut.

  1. Lawati pautan rasmi Bank Muamalat di https://www.i-muamalat.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Next.
  4. Sahkan Chosen Image Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda berjaya log masuk, klik Other Service.
  8. Kemudian, klik My Data.
  9. Pilih Update Mobile Number.
  10. Sila masukkan Nombor Telefon Anda.
  11. Sekiranya Anda dah kemaskini nombor telefon Anda, Anda dikehendaki menghubungi talian perkhidmatan pelanggan 03-2600-5500 untuk pengaktifan.
  12. Selesai.

Soalan Lazim Bank Muamalat

Di bawah ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan Bank Muamalat:

1. Adakah saya perlu membayar untuk perkhidmatan Perbankan Internet i-muamalat?

i-muamalat ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Bank kepada pelanggannya secara percuma. Namun, terdapat bayaran bil tertentu caj perkhidmatan nominal, IBG, FTT dan lain-lain jenis perkhidmatan akan dikenakan oleh Bank Muamalat kepada pelanggan.

2. Macam mana saya boleh menukar maklumat peribadi saya?

Penyelenggaraan maklumat peribadi boleh dilakukan di Perbankan Internet i-Muamalat untuk rujukan peribadi sahaja. Jika Anda ingin menukar atau mengemaskini maklumat peribadi Anda (contoh alamat surat menyurat, nombor telefon, dll) Anda dapat mengunjungi cawangan BMMB yang berhampiran.

3. Bagaimana cara menukar nombor telefon saya untuk TAC?

Sila kunjungi cawangan BMMB terdekat untuk menukar nombor telefon bimbit Anda untuk TAC.

Semoga maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda.